Rokok umpama racun yang membunuh secara perlahan-lahan |
PEROKOK TEGAR !
Sofwan merupakan seorang pengurus ladang disebuah estet. Telah menjadi kebiasaan Sofwan untuk merokok, selalunya dia akan menghabiskan 2 kotak rokok dalam sehari. Sofwan telah mula merokok sejak umur 18 tahun lagi. Dalam sehari, jika tidak merokok dia akan merasa gelisah dan tidak senang duduk.
Jika tidak bekerja, Sofwan lebih suka menghabiskan masa di rumah sahaja. Oleh itu, isteri dan anaknya sering terdedah dengan asap rokok yang dihembus oleh Sofwan dan secara tidak langsung isteri dan anaknya menjadi perokok pasif.
Anak-anak secara tidak langsung menjadi perokok pasif |
Suatu hari, anaknya Julie mengadu sakit di bahagian dada dan katanya rasa sakit itu sudah berlarutan selama seminggu. Kadang-kadang dia akan batuk dan diikuti rasa sakit di dada dan bahagian ulu hati. Sofwan beranggapan bahawa sakit yang dialami Julie hanyalah gastrik, lalu dia berikan ubat gastrik dan ubat angin yang dibeli dari farmasi kepada anaknya.
Selang beberapa hari, batuk dan sakit dada Julie semakin teruk. Sofwan pun membuat pemeriksaan di hospital. Setibanya di hospital, doktor menyarankan agar Julie melakukan ujian x-ray.
Asap rokok memberi kesan buruk pada kesihatan paru-paru dan jantung |
Hasil x-ray menunjukkan, terdapat kerosakan pada paru-paru Julie. Doktor menerangkan bahawa ianya telah terjadi disebabkan asap rokok yang disedut walaupun sebenarnya dia tidak merokok. Doktor menyarankan agar anaknya diberikan rawatan segera dan Sofwan turut dinasihati agar berhenti merokok kerana ia akan menjejaskan orang sekelilingnya.
PEROKOK PASIF MENJADI MANGSA KEADAAN !!
Data menunjukkan bahwa seramai 46.000 orang bukan perokok di Amerika meninggal akibat penyakit jantung dan seramai 3.400 orang meninggal akibat kanser paru-paru seperti yang dilapor oleh American Cancer Society.
Apa penyebabnya ??
Ternyata bahawa merokok secara pasif adalah penyebabnya. Perokok pasif adalah merujuk kepada orang yang tidak merokok namun, hanya menghidu asap rokok yang dilepaskan oleh perokok di sekelilingnya. Walaupun hanya menghidu asap rokok disekeliling ia ternyata memiliki peningkatan risiko untuk Demensia, peningkatan tekanan darah, dan perubahan genetik.
Saat ini, para ilmuwan dari Journal of Clinical Endocinology & Metabolism (JCEM) melaporkan bahawa wanita muda memiliki potensi lebih tinggi untuk mengalami kesan sampingan dari merokok pasif berbanding lelaki.
Umum mengetahui, bahawa kandungan rokok amat berbahaya untuk kesihatan tubuh terutama jantung dan paru-paru. Kandungan rokok yang pelbagai seperti Nikotin, Benzene, Tar, Arsenik dan lain-lain mampu merosakkan organ tubuh manusia.
Sememangnya kerosakan itu tidak dapat dilihat pada luaran, namun jika dilihat dengan menggunakan peralatan hospital seperti X-Ray, sudah semestinya kerosakan-kerosakan organ dalaman manusia dapat dilihat .
KESAN ROKOK PADA JANTUNG!
KESAN ROKOK PADA JANTUNG!
1. Menyebabkan Kerosakan Jantung
Bagi seseorang yang merokok, asap rokok akan merosakkan dinding pembuluh darah. Kemudian nikotin yang terkandung dalam asap rokok akan merangsang hormon adrenalin yang akibatnya akan mengubah metabolisme lemak dimana kadar HDL akan menurun.
Adrenalin juga akan menyebabkan perangsangan kerja jantung dan menyempitkan pembuluh darah. Di samping itu, adrenalin akan menyebabkan terjadinya pengelompokan trombosit (sumbatan pembuluh darah) sehingga semua proses penyempitan akan terjadi. Jadi asap rokok yang tampak sederhana itu berupaya menjadi penyebab penyakit jantung koroner.
Merokok menyebabkan kerosakan paru-paru |
Demikian pula faktor stress yang akhirnya melalui jalur hormon adrenalin, menyebabkan proses penyakit jantung koroner terjadi sebagaimana asap rokok tadi. Apabila seseorang berada dalam keadaan stres kemudian mengambil langkah mudah untuk melepaskan stress dengan merokok sebenarnya sama saja dengan melipat gandakan proses penyakit jantung koroner pada dirinya.
Di samping itu, umum mengetahui bahawa nikotin yang terkandung di dalam rokok merupakan zat kimia yang bersifat simpatomimetik sehingga dapat meningkatkan degupan jantung, meningkatkan tekanan darah dan curah jantung. Nikotin juga mempunyai kesan metabolik, iaitu meningkatkan lipolisis (proses pemecahan lemak).
Setiap Sedutan Membawa Maut |
Lipolisis ini akan meningkatkan kadar asam lemak bebas dan kadar gliserol di dalam darah. Kadar asam lemak bebas dan glicerol yang tinggi akan meningkatkan metabolisme lemak yang memerlukan banyak oksigen. Secara keseluruhan, kesan nikotin di dalam tubuh secara keseluruhan akan meningkatkan keperluan oksigen pada jantung.
Peningkatan keperluan oksigen yang terlalu tinggi akan memicu terjadinya serangan jantung jika tubuh tidak mampu membekalkan oksigen yang diperlukan oleh jantung, hal ini dirasa dengan timbulnya rasa nyeri dada (angina).
2. Penyempitan Pembuluh Darah Jantung
Percaya atau tidak rokok mampu membuat jantung manusia rosak dan fungsi jantung menjadi tidak menentu. Rokok akan mempengaruhi semua tahap pembentukan plak pembuluh darah, bermula dari kerosakan dinding pembuluh darah hingga terbentuknya trombosis (sumbatan pembuluh darah) yang menyebabkan terjadinya serangan jantung dan stroke.
Kerosakan pembuluh darah tersebut tidak hanya terjadi pada perokok aktif, namun hal tersebut juga terjadi pada perokok pasif. Umum mengetahui bahawa rokok mampu menyebabkan terjadinya peradangan dalam tubuh, menyebabkan terjadinya disfungsi endotel (dinding pembuluh darah),
dan menyebabkan terbentuknya stress oksidatif yang dapat merosakkan pembuluh darah.
3. Penyakit Jantung Koroner
Seorang perokok berisiko 2 hingga 4 kali ganda lebih besar terkena jantung koroner daripada orang bukan perokok. Risiko ini semakin meningkat seiring dengan bertambahnya usia dan juga jumlah rokok yang dihisap.
Hal ini membuktikan bahawa bahan-bahan yang terdapat pada rokok dapat menjadi penyebab kepada penyakit jantung koroner. Sebuah penelitian menunjukkan bahawa risiko merokok dan ditambah dengan faktor lain seperti hipertensi, kadar lemak atau gula darah yang tinggi akan menambah risiko untuk menghidap penyakit jantung koroner.
4. Merokok penyebab Aterosklerosis
Rokok menimbulkan aterosklerosis atau terjadinya pengerasan pada pembuluh darah.
Keadaan ini merupakan penggumpalan zat lemak di arteri, lemak dan plak menghalang aliran darah dan membuat penyempitan pembuluh darah.
Hal ini akan mengakibatkan jantung harus bekerja lebih keras dan tekanan berlebihan dapat menyebabkan sakit dada. Jika satu arteri atau lebih terhalang, serangan jantung boleh terjadi. Semakin banyak rokok yang dihisap dan semakin lama seseorang merokok, semakin besar risikonya meningkatkan penyakit jantung .
5. Menyebabkan Strok
Merokok meningkatkan risiko mendapat serangan strok |
Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10% –12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
Dari segi saintifik, kesan nikotin menyebabkan dinding salur darah menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar dan tersumbat di dalam otak. Lalu, sebahagian badan mungkin akan lumpuh atau kesan yang lebih kritikal ialah berkemungkinan maut.
P/S : Katakan TIDAK pada rokok !! Sayangi nyawa anda dan nyawa keluarga anda!!
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :
1. Mak aii!! badan aku "kaya" toksin !!
2. Jaga kesihatan anda ketika di puncak kerjaya kerana STROK akan memusnahkan kerjaya Anda!!!
3. Bahaya 1 Batang Rokok Dihisap Selepas Makan !
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :
1. Mak aii!! badan aku "kaya" toksin !!
2. Jaga kesihatan anda ketika di puncak kerjaya kerana STROK akan memusnahkan kerjaya Anda!!!
3. Bahaya 1 Batang Rokok Dihisap Selepas Makan !
No comments:
Post a Comment