TEKANAN DARAH TINGGI VS TEKANAN DARAH RENDAH
TEKANAN DARAH adalah penting untuk memompa darah dari
jantung ke seluruh tubuh. Dalam keadaan sihat, tekanan darah kita adalah
bergantung kepada aktiviti fizikal (lebih tinggi ketika aktif) dan juga
bergantung kepada emosi (lebih tinggi apabila marah, stress dan kecewa).
JENIS – JENIS TEKANAN DARAH
1) TEKANAN DARAH RENDAH (HIPOTENSI)
Hipotensi atau tekanan darah rendah berlaku
apabila bacaan tekanan darah lebih
rendah daripada bacaan normal. Tekanan darah rendah boleh berlaku kepada
sesiapa sahaja. Tekanan darah rendah akan menyebabkan jantung dan otak
kekurangan oksigen sehingga boleh mengakibatkan kematian
* Simptom Tekanan Darah Rendah :-
- Rasa bedebar - debar
- Pening Kepala dan pengsan
- Badan menjadi Lemah
- Sesak nafas
- Pandangan menjadi kabur ataupun berpinar
- Muka pucat dan badan terasa sejuk
2) TEKANAN DARAH NORMAL
3) TEKANAN DARAH TINGGI (HIPERTENSI)
Hipertensi atau tekanan darah tinggi
berlaku apabila bacaan tekanan darah lebih tinggi daripada bacaan normal.
Tekanan darah tinggi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tekanan darah tinggi
menyebabkan jantung bekerja lebih keras berbanding biasa untuk mengepam darah
ke seluruh tubuh.
* Simptom Tekanan Darah tinggi
-
Pening kepala
-
Tidak focus
-
Penglihatan Kabur
-
Titik darah pada bola mata
-
Mual dan muntah
Hipotensi VS Hipertensi. MANA LEBIH BAHAYA???
* Seseorang
mungkin mengalami salah satu gangguan terhadap tekanan darah, iaitu tekanan
darah rendah atau tekanan darah tinggi. Kedua hal ini dapat menyebabkan
gangguan yang lebih parah dengan caranya sendiri. Maka dari itu, keduanya dapat
menyebabkan bahaya pada pengidapnya.
* Sebenarnya
baik darah tinggi maupun darah rendah adalah kondisi yang sama-sama berbahaya. Hal
ini kerana kedua dua jeinis tekanan memberi pengaruh buruk terhadap organ
tubuh. Sehingga tidak dapat dibandingkan yang mana yang lebih berbahaya kerana
kedua jenis gangguan ini sama-sama faktor penyakit yang boleh menyebabkan
kematian.
Cara
Memastikan Tekana Darah Berada Pada Tahap Normal
- Pengambilan makanan yang seimbang
- Berhenti merokok dan jauhi perokok
- Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Secara
Berkala
- Kawal emosi serta elakkan stress
- Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
- Bersenam atau bersukan secara teratur
- Jom mencuba herba alternatif yang lulus KKM dan Halal.
-