HTML

Monday, August 21, 2017

Jantung Tiba-tiba Berdebar Laju atau Terlalu Perlahan? JANGAN Pernah Abaikannya!


Aritmia Jantung
Nadia dapat rasakan jantungnya berdegup sangat laju. 

Kejadian ini berlaku kira-kira 2 bulan yang lalu. Masa itu, Nadia tidur dan terbangun sekitar jam 3 pagi. Ketika hendak duduk dia dapat rasakan jantungnya berdegup sangat laju. Nadia pun panik. Beberapa saat selepas itu, dia mula merasa agak sukar bernafas. 

Nadia semakin panik namun tetap berusaha untuk mengatur nafasnya sambil melangkah ke bilik kakaknya untuk dapatkan bantuan.  Setelah beberapa kali mengetuk pintu, Sofia pun membuka pintu dan terkejut melihat Nadia terduduk lemah di hadapan pintu biliknya. 

Nadia kelihatan pucat dan termengah-mengah kerana cuba untuk mengatur nafasnya. Nadia menjelaskan keadaan yang dialaminya kepada Sofia. Sofia cuba memastikan sama ada Nadia merasa sakit pada bahagian dada atau jantungnya atau tidak. Nadia hanya mampu menggeleng kepala menandakan tidak. Sofia berasa sedikit lega.

Sofia menelefon sahabatnya yang merupakan seorang doktor untuk dapatkan bantuan. Tidak lama kemudian, doktor tiba di rumah mereka dan memeriksa tekanan darah Nadia. Doktor tersebut mengatakan tekanan darah Nadia tidak normal dan memberikan ubat penenang kepada Nadia. Doktor  juga menyarankan agar Nadia ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan lebih lanjut. 

Keesokannya, Sofia & Nadia ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Doktor melakukan pemeriksaan ECG pada Nadia, namun, hasil pemeriksaan mendapati degupan jantung Nadia adalah normal.

Selang dua minggu selepas itu, ketika Nadia sedang duduk membaca buku, jantungnya berdebar-debar dengan kencang seperti sebelumnya. Namun, kali ini ia terasa lebih dahsyat dari sebelumnya. Ini kerana, Nadia tidak mampu berjalan dan hanya mampu bersandar di kerusi sambil berusaha untuk mengatur pernafasannya. Kakinya juga terasa sejuk.

Nadia bernasib baik sebab Sofia kebetulan hendak ke dapur dan terlihat keadaanya yang kelihatan tidak bermaya bersandar di sofa. Tanpa berlengah, Sofia segera membawa Nadia ke hospital berhampiran. Tiba di hospital, Nadia sekali lagi menjalani pemeriksaan ECG untuk melihat degupan jantung Nadia. 


Rawatan Aritmia Jantung
Lakukan pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca rasa berdebar. 


Setelah selesai pemeriksaan ECG tersebut, doktor menyarankan agar Nadia melakukan check-up secara menyeluruh. Setelah selesai pemeriksaan tersebut, doktor melakukan perbandingan hasil pemeriksaan pada jantung Nadia. Seterusnya, doktor dapat membuat keputusan bahawa Nadia sebenarnya mengalami Aritmia Jantung. 

Doktor, sempat menasihati Nadia supaya sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat, kurangkan stres dan kawal cara pemakanan. Hal ini kerana, jantung Nadia masih dalam keadaan baik dan kadar kolestrol jahat dalam badan Nadia juga di tahap yang rendah. 



Apa sebenarnya Aritmia Jantung?

Pernah tak anda rasa degupan jantung anda tidak teratur? terlalu laju atau terlalu perlahan? Jika PERNAH, jangan lupa segera dapatkan nasihat doktor kerana anda mungkin mengalami ARITMIA JANTUNG. 

Aritmia jantung adalah keadaan degupan jantung anda menjadi tidak teratur. Sebenarnya, jantung normal akan berdegup mengikut ritma yang teratur, iaitu, berdegup perlahan ketika berehat manakala berdegup kencang ketika teruja dan ketakutan.

Di samping itu, Aritmia jantung yang paling kerap terjadi dikenali sebagai Fibrilasi Atrium (AF). Keadaan ini akan menyebabkan jantung anda berdegup secara tidak efektif. Hal ini terjadi kerana, terdapat darah bergumpal di dalam jantung. 

Gumpalan darah ini boleh naik ke bahagian otak dan boleh menyebabkan angin ahmar atau strok. Oleh itu, sekiranya perkara sedemikian terjadi, anda dinasihati untuk mengambil ubat pencair darah. Ubat ini bertujuan untuk mencairkan darah agar ia tidak bergumpal. 

AF biasanya terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit jantung dan individu yang mempunyai tekanan darah yang tinggi kronik. Peningkatan hormon tiroid, pengambilan alkohol secara berlebihan juga boleh menyebabkan kerancuan degupan jantung. Namun, dalam kebanyakkan orang yang menghidap AF tiada punca yang ditemui.



Jenis Aritmia jantung
Perbandingan degupan jantung normal dan degupan jantung Aritmia

Jenis Aritmia?



  • Atrial Fibrillation = Menyebabkan timbulnya sejumlah bekuan darah kecil pada serambi jantung
  • Conduction Disorders = Jantung tidak berdegup dengan normal
  • Tachycardia = Jantung berdegup terlalu pantas
  • Bradycardia = Jantung berdegup dengan perlahan 



Gejala Utama AF



Perubahan rentak jantung normal dapat menyebabkan seseorang menjadi risau dan lemas. Seseorang juga berkemungkinan akan pengsan, sukar bernafas, berpeluh dengan banyak dan terasa sakit pada dada. Walau bagaimanapun, tidak semua tanda-tanda ini perlu dirisaukan. 

Namun, sekiranya ia terjadi pada seseorang yang memang mempunyai masalah jantung, anda dinasihati untuk segera berjumpa dengan doktor. 
  • Mudah letih
  • Denyutan jantung yang cepat dan tidak teratur
  • Berdebar di dada
  • Pening
  • Sesak nafas dan cemas
  • Lemah
  • Dalam keadaan keliru
  • Keletihan semasa bersenam
  • Sakit atau tekanan dada (Dinasihati untuk berjumpa doktor kerana risiko serangan jantung)


Pencegahan Aritmia



Aritmia dapat dicegah melalui langkah-langkah berikut ini:

  • Menghindari diri daripada stres. 
  • Mengamalkan cara pemakanan yang sihat 
  • Menjaga berat badan ideal. 
  • Mengurangkan pengambilan minuman keras dan berkafein. 
  • Tidak merokok 
  • Bersenam secara teratur 
  • Sentiasa mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil supplemen/ubat terutama ubat batuk yang mengandung zat stimuli yang menyebabkan jantung berdegup dengan cepat. 

Friday, August 11, 2017

Tekanan Darah Rendah atau Hipotensi.

Punca tekanan darah rendah
Kerap rasa pening & berpinar-pinar

Semalam selesai je Prof Ros habiskan kuliahnya, aku pun terus mengemas laptop di hadapan ku. Tak sabar rasanya nak balik hostel sebab badan rasa lemah. Kuliah yang Prof sampaikan pun sebenarnya aku tak faham sebab tak dapat fokus.

Bila aku berdiri jer, tiba-tiba badan rasa tak seimbang, berpinar-pinar, gelap dan akhirnya aku rebah. Tak ingat apa yang jadi selepas itu. Tapi, hari ni, sebaik saja aku sedar, aku nampak kawan baik aku, Lina ada duduk di kerusi tepi katil aku. 

Belum sempat aku tanya apa yang dah terjadi, Lina segera panggilkan doktor. Doktor pun datang dan check keadaan aku. Selesai semuanya, doktor bagi tahu, tekanan darah aku sangat lemah. 90/54 mmhg. Sebab tu, aku pengsan, pucat dan badan rasa tak bertenaga. Doktor arahkan aku untuk berehat dahulu sebelum balik ke hostel.  

Sebagai seorang pelajar yang tidak faham apa-apa tentang perubatan, aku pun bertanya pada doktor, kenapa aku boleh mengalami tekanan darah rendah ni. Doktor pun menjelaskan dari A hingga ke Z. 

Setelah mendengar penjelasan doktor, barulah aku faham, rupa-rupanya simptom-simptom seperti selalu rasa lemah & berpinar-pinar ketika bangun bukanlah disebabkan penat semata-mata tapi semuanya berpunca daripada tekanan darah rendah. 


Apa itu tekanan darah rendah??



Punca tekanan darah rendah
Apa itu tekanan darah rendah?

Tekanan darah bermaksud keupayaan darah menolak ke arah dinding pembuluh darah arteri ketika jantung mengepam darah. Tekanan darah diukur sebagai tekanan Sistolik (bilangan atas) dan Diastolik (bilangan bawah).

Tekanan darah sistolik adalah tekanan yang diukur semasa jantung berdenyut, ia akan menunjukkan tekanan maksimum ketika jantung berkontraksi. Manakala tekanan diastolik adalah tekanan yang diukur semasa jantung sedang rehat. Ia menunjukkan tekanan minimum jantung dalam keadaan rileks.

Untuk tekanan darah yang dikatakan sebagai tekanan darah normal adalah bila tekanan darah anda TIDAK lebih rendah dari 120/80 mmhg. Dan perlu diingat bahawa, tekanan darah seseorang tidak selalu sama dari satu waktu ke waktu lainnya. 


Agaknya Berapa Bacaan Yang Boleh dikategorikan sebagai tekanan darah rendah ?



bahaya tekanan darah rendah
Bacaan tekanan yang rendah.

Tekanan darah yang normal adalah antara 90/60 dan 140/90. Manakala, ukuran tekanan darah yang  dikategorikan sebagai RENDAH adalah di BAWAH 90/60Jika tekanan darah di atas 140/90 maka orang tersebut menderita tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Misalnya, bila anda melakukan pemeriksaan tekanan darah pada hari ini dan tekanan darah anda adalah 120/80 mmhg manakala, keesokan harinya pula tekanan darah anda berbeza daripada hari pertama anda membuat pemeriksaan.

Antara ujian yang dilakukan oleh doktor kepada pesakit yang mengalami tekanan darah rendah ialah ujian darah untuk melihat kepada paras gula, kolesterol, hemoglobin, fungsi buah pinggang, ujian elektrokardiogram (ECG), echocardiogram iaitu ultrasound jantung, dan ujian tekanan (stress test).

3 Jenis Tekanan Darah Rendah


1. Tekanan Darah Rendah Orthostatic


Jenis tekanan darah rendah ini akan berlaku bila anda berubah posisi. Sama ada dari bangun kepada tidur atau duduk.  Penurunan tekanan darah ini akan menyebabkan anda berasa pening atau pitam. Ianya terjadi bila tubuh badan tidak dapat menyesuaikan tekanan pengaliran darah dengan cepat agar sesuai dengan kedudukan badan anda. 

Keadaaan ini biasanya akan berlaku hanya sekejap, dari beberapa saat ke beberapa minit selepas anda berdiri.


2. Tekanan Darah Rendah Neurally Mediated (NMH)

Keadaan ini berlaku apabila otak dan jantung tidak berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain. Sebagai contoh, apabila anda berdiri untuk jangka masa yang panjang, darah mulai berkumpul di kaki anda.

Hal ini akan menyebabkan tekanan darah anda menurun. Dalam NMH, badan keliru dan memberitahu otak bahawa tekanan darah tinggi. Sebagai tindakbalas, otak melambatkan kadar denyutan jantung. Hal ini membuat penurunan tekanan darah yang lebih, menyebabkan pening  kepala dan rasa hendak pitam.


3. Tekanan Darah Rendah Teruk berkaitan dengan Shock

‘Shock’ adalah suatu keadaan yang boleh mengancam nyawa di mana tekanan darah turun begitu rendah sehingga otak, buah pinggang dan organ-organ penting yang lain tidak dapat bekalan darah yang cukup.

Siapa yang berisiko untuk mendapat Tekanan Darah Rendah?

Hipotensi boleh berlaku dalam kalangan individu dari pelbagai peringkat umur. Walau bagaimanapun, ada individu dalam kumpulan usia tertentu lebih cenderung untuk mendapat tekanan darah rendah yang tertentu. Seperti:-

✔ Orang tua lebih cenderung untuk mendapat hipotensi Ortostatik selepas makan
✔ Orang-orang yang mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti ubat tekanan darah tinggi
✔ Orang-orang yang mempunyai gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson)
✔ Individu yang mempunyai masalah/penyakit hati.
✔ Individu yang kurang bergerak (contohnya lumpuh) untuk tempoh masa yang lama
✔ Wanita hamil dan ia adalah perkara biasa dan akan pulih selepas bersalin
✔ Kanak-kanak dan remaja lebih cenderung memiliki tekanan darah rendah Neurally mediated   


Gejala Hipotensi

Tidak semua individu yang mengalami hipotensi akan mengalami gejala-gejala berikut. Namun jika tekanan darah cukup rendah, kemungkinan besar boleh menimbulkan gejala-gejala seperti berikut ini.

✔ Jantung berdebar kencang atau tidak teratur.
✔ Pusing.
✔ Lemas.
✔ Mual.
✔ Pengsan.
✔ Kehilangan keseimbangan atau merasa goyah.
✔ Pandangan kurang jelas.

Jika mengalami gejala hipotensi, sebaiknya anda segera duduk atau berbaring, minum air putih, dan menghentikan semua kegiatan yang sedang anda lakukan. Gejala biasanya akan segera hilang setelah beberapa saat.

Jika Anda sering mengalami gejala hipotensi seperti yang disebutkan di atas, segeralah bertemu doktor untuk membuat pemeriksaan tekanan darah anda.

Kesan tekanan darah rendah, antaranya:



Cara atasi tekanan darah rendah
Kerap pening & sakit kepala. 

✔ Pening/ Sakit Kepala
✔ Pengsan
✔ Sering rasa dahaga
✔ Sukar untuk fokus
✔ Mata berkunang – kunang
✔ Mual – mual
✔ Batuk
✔ Badan terasa dingin
✔ Kulit menjadi pucat dan lembap
✔ Pernafasan cepat dan pendek
✔ Sering merasa lelah


Bagaimana hipotensi dirawat?

Anda tidak memerlukan rawatan sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa tanda dan gejala walaupun tekanan darah anda rendah. Sekiranya anda merasa pening atau hampir pitam, anda sepatutnya terus duduk atau baring. Letak kaki anda di paras yang sama dengan jantung anda atau duduk sambil meletak kepala di antara lutut.

Kalau masalah ini masih berkekalan, anda mesti segera berjumpa dengan doktor. 

Amalan yang disyorkan untuk mengurangkan terjadinya keadaan hipotensi:

✔ Minum banyak air sekiranya nyahhidrasi
✔ Menghadkan pengambilan alkohol
✔ Berdiri dengan perlahan
✔ Jangan silang kaki semasa duduk
✔ Elakkan berdiri terlampau lama pada satu tempat
✔ Tingkatkan pengambilan garam mengikut nasihat doktor
✔ Kurangkan pengambilan karbohidrat sekiranya anda selalu pening selepas makan


Diagnosis Tekanan Darah
Mengukur tekanan darah adalah cara yang tepat dan mudah untuk mendiagnosis hipotensi. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum mengukur tekanan darah untuk mendapatkan pengukuran tekanan darah yang betul.
  • Mengosongkan pundi kencing atau membuang air kecil.
  • Break sekurang-kurangnya 5 minit.
  • Tidak aktif dan tidak dalam bercakap.
Selain mengukur tekanan darah, terdapat beberapa cara atau ujian lain untuk mendiagnosis punca tekanan darah rendah akibat daripada keadaan tertentu atau penyakit, dan juga untuk menentukan rawatan yang sesuai, iaitu:



  • Elektrokardiogram (ECG). 
pencegahan hipotensi
Elektrokardiogram (ECG).
Ujian ini bertujuan untuk mengesan kelainan struktur jantung, masalah oksigen dan bekalan darah ke otot jantung, serta degupan jantung yang tidak teratur.

  • Echocardiogram.  
Hypotension
Echocardiogram.
Ujian ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej struktur jantung dan fungsinya.

  • Ujian "stress". 
rawatan tekanan darah rendah
Ujian "stress"

Ujian ini dilakukan dengan membuat kerja-kerja jantung lebih sukar untuk menjadi lebih mudah mendiagnosis tekanan darah. Boleh dilakukan dengan berjalan di atas treadmill.

  • Ujian darah. 
Tekanan darah rendah atau hipotensi
Ujian darah

Ujian darah boleh dilakukan untuk memeriksa tahap hormon, dan jika pesakit mempunyai anemia atau kencing manis.






Tuesday, August 1, 2017

BERMINAT UNTUK MULAKAN BISNES DENGAN TASLY ??

agent wanted
ANTARA EJEN TASLY SABAH YANG TELAH BERJAYA!


Dari Pengguna Biasa, Kini Bertukar Menjadi Ejen !!


Ya !! Itulah yang telah berlaku kepada beberapa orang pelanggan setia kami di Stokis Tasly Sabah. 

Disebabkan mereka telah jatuh hati dan puas hati  dengan hasil Herba Tasly Danshen Plus , mereka terus membuat keputusan untuk menjadi agen di kawasan mereka !! 
Hebat bukan?!!



Jom Sertai Kami Sebarkan Kebaikan !!

Mungkin bukan kita yang memerlukannya, tapi ramai di luar sana pasti sedang mencari dan memerlukannya !! Jom bantu mereka yang memerlukan!! kenapa anda perlu sertai Tasly Sabah? 

Anda boleh buat secara Part time atau Full time.
➤ Training disediakan! 
➤ Pulangan yang LUMAYAN!
➤ Masa Fleksible!
➤ Support group!

Siapa yang Boleh Daftar ?? 


Sesiapa sahaja boleh mendaftar sebagai ejen !! 
Tidak kira anda seorang pelajar ke, suri rumah ke, tengah bekerja ke...
SEMUA pun boleh !! kami amat mengalu-alukan anda semua untuk menjadi sebahagian daripada team Tasly Sabah. 

Kriteria untuk menjadi ejen?? Mudah jerr...


Yang penting anda :-

- Tidak mudah mengalah
- Mempunyai  keinginan untuk membantu orang ramai
- Mempunyai keinginan untuk berkongsi dengan orang ramai
- Mempunyai keinginan untuk menjana sumber pendapatan dan ubah taraf hidup


Bagaimana caranya? 


MUDAH !! 

Hubungi 019-226 6478 / 012-358 6478
 
ATAU

Anda boleh terus walk-in ke Stokis Tasly Sabah di alamat :


TASLY SABAH STOKIS, 
Lot 7 - Tingkat 1, Block A, 
Lorong KK Taipan 1,  Inanam New Township, 
88450 Kota Kinabalu, Sabah 



Ejen Tasly
Hj Nazif  (Agen Tasly Selayang)
& Hamidi Mohd Nor ( Tasly Ulu Klang)



Ejen Tasly
Junenaini Binti Bunari 
Tasly Sabak Bernam Centre


Ejen Tasly Sabah
En Ahmad, Ejen Lahad Datu


Jom Jadi Ejen Tasly
Ejen Papar



Ejen Tasly Sabah
En Josue, Ejen Ranau



Tasly Sabah
Encik Solupin, Ejen Kota Marudu 


En James, Ejen Sibu Sarawak


TAKUT & RISAU TAK BOLEH BUAT?? 

Kenapa nak risau sedangkan kami akan memberi tunjuk ajar kepada anda!! 
Di samping itu, kita juga akan bertemu dalam beberapa sesi/kelas coaching untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan kita!


Kebaikan menjadi Ejen Tasly
Sesi Coaching tentang cara melakukan promosi


Sesi kelas bersama ejen
Sesi Perbincangan 


Kursus cara penggunaan mesin Mikro-peredaran Darah


Agen Tasly Sabah
Sesi Coaching untuk agen di Kuala Lumpur


Apa yang BEST sangat dengan Herba Tasly Danshen Plus ni?

[✔] Herba Pembersih Salur Darah No.1 Dunia
[✔] 100% Berasaskan Herba
[✔] 100% Diiktiraf Halal Oleh Jakim
[✔] Lulus KKM
[✔] Tindak balas yang cepat apabila dimakan
[✔] Potensi penyembuhan tinggi jika dimakan secara konsisten
[✔] Mudah dimakan
[✔] Fungsi yang pelbagai
[✔] Tidak ada kesan sampingan jika digunakan dalam jangka panjang
[✔] Tidak menimbulkan gangguan pada organ dalaman tubuh kita.





Apa yang Herba Tasly Danshen Plus ni dah buat kat pengguna-penggunanya??!!


Baca sendiri testimoni para pengguna Herba Tasly Danshen Plus ni.


Hujung bulan nak repeat order??!!



Berita gembira selepas 4 bulan pengambilan. 




Ibu Hajah salah satu pengguna setia Stokis Tasly Sabah



Kaki dah tak bengkak selepas mengambil Tasly Danshen Plus


Alhamdulillah, rasa lenguh dah berkurang


Herba Tasly menjadi peneman walau kemana saja 


SUPERB PRODUCT!! 



Apa yang anda tunggu lagi?? Jom jadi sebahagian dari team Tasly Sabah. Lambat anda bertindak, lambatlah hasilnya!! Ambil peluang ini untuk meningkatkan pendapatan sambil kita beramal!! Hubungi 019-2266478 untuk sebarang pertanyaan.





Anda mungkin berminat dengan artikel ini :-