Dilema ibu mengandung untuk berpuasa |
DILEMA IBU MENGANDUNG
"Doktor, esok dah puasa mula puasakan?"
"A'ah, dah mula puasa da puan. Esok nak kena bangun masak untuk sahur dah ni"
"Errm..saya boleh berpuasa ke Doktor?"
"In shaa Allah boleh puan. Kenapa puan?"
"Takda la, saya takut baby dalam perut ni. Takda effect kat baby ke Doktor kalau saya puasa?
"Kandungan puan sekarang dah 5 bulan . Baby dan puan pun sihat. In Shaa Allah semuanya ok. Tapi, saya nasihatkan kalau puan rasa tak dapat nak puasa, jangan paksa diri puasa. Tapi, puan kena ingat, puan kena qada' puasa"
"Owh, saya rasa ok je ni kalau nak puasa. Cuma, risau sikit jer.."
"Biasalah puan, lagipun ni first baby kan. Perasaan risau tu memang ada."
"Ada apa-apa tips untuk pastikan kandungan sihat walaupun puasa ni tak Doktor?"
"Yang penting, puan kena jaga pemakanan, jangan ikutkan sangat selera nak makan macam-macam. Puan, kena banyakkan makan makanan berkhasiat, buah-buahan & sayur-sayuran tak boleh tinggal. Kena pastikan juga Puan jangan buat kerja berat-berat dan bila berbuka tu kena banyakkan minum air putih tau."
"owh, macam tu Doktor. In Shaa Allah esok saya puasa dan saya akan cuba jaga semua tu. Terima kasih Doktor!"
TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENGANDUNG
Bila tiba bulan Ramadan, semua umat muslim pasti sibuk menyiapkan diri untuk memastikan rukun Islam ketiga ini ditempuhi dengan jayanya. Maklumlah setahun cuma sekali.
Dalam kesibukan tu, tidak ketinggalan golongan ibu mengandung juga akan persiapkan diri fizikal & mental untuk menjalani ibadah puasa bagi memastikan kesihatan diri dan kandungan mereka sihat.
Kalau puasa ni, kandungan tak apa-apa ker? Inilah antara persoalan yang selalu bermain difikiran golongan ibu mengandung. Sebenarnya dalam Islam sendiri telah memberi kelonggaran kepada para ibu mengandung.
Mereka boleh berpuasa jika mampu dan dirasakan tidak memudaratkan kandungan & diri sendiri. Mereka juga boleh untuk tidak berpuasa jika dirasakan akan memudaratkan kandungan & diri sendiri dengan syarat, puasa tersebut perlu di qada' (ganti).
Jadi, di sini ada beberapa TIPS untuk ibu mengandung yang ingin berpuasa!
1. Sila pastikan anda bersahur setiap hari & mengambil makanan berkhasiat
2. Banyakkan minum air putih dan elakkan mengambil minuman berkafein
3. Jangan berlebihan dalam pengambilan gula & garam
4. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup
5. Elakkan dari membuat aktiviti & kerja yang berat.
6. Elakkan berada di tempat yang panas/ terdedah dengan cuaca panas
7. Semasa berbuka, pastikan anda makan secara perlahan-lahan. Ini bagi mengelakkan usus dari terkejut sebab kemasukan makanan yang berlebihan.
8. Pastikan juga anda mendapatkan makanan yang mempunyai nutrien yang cukup
9. Pastikan juga anda memakan makanan dari sumber yang bersih dan sihat.
Di samping itu, terdapat beberapa simptom yang anda perlu perhatikan ketika berpuasa. Hal ini bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
PERHATIKAN SIMPTOM INI :-
Sakit bahagian bawah tulang belakang |
1. Kekurangan pergerakan anak dalam kandungan
2. Kontraksi abdomen anda
3. Rasa mual atau muntah-muntah
4. Pening atau rasa di awang-awangan
5. Demam
6. Sakit bahagian bawah tulang belakang
7. Sakit semasa membuang air kecil
8. Sakit kepala
9. Rasa lemah/ Sengal badan
10. Dahaga atau kelaparan yang melampau
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat & pemeriksaan lanjut. Sebaik-baiknya, anda dapatkan nasihat doktor untuk meneruskan puasa.
Sila dapatkan nasihat doktor sekiranya terdapat perubahan pada kandungan anda. |
Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua umat muslimin & muslimat. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu satu rahmat kepada kita semua & semoga anda semua dikurnia kesihatan yang baik agar dapat menunaikan ibadah dengan khusyuk.
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-
1. "Inilah 6 gejala sakit jantung wanita wajib tahu"
2. Insulin Alternatif Buat Pesakit Diabetes!
3. BAGAIMANA BANTUAN KECEMASAN PESAKIT STROK YANG BETUL??
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-
1. "Inilah 6 gejala sakit jantung wanita wajib tahu"
2. Insulin Alternatif Buat Pesakit Diabetes!
3. BAGAIMANA BANTUAN KECEMASAN PESAKIT STROK YANG BETUL??
No comments:
Post a Comment