HTML

Thursday, September 24, 2020

Penjagaan Kolesterol Adalah Penting !

 


KOLESTEROL ialah bahan semula jadi yang dihasilkan oleh tubuh yang mempunyai pelbagai 'tugas' seperti penghasilan hormon, fungsi otak, saraf, penghasilan vitamin D, keanjalan kulit dan fungsi-fungsi sel yang lain.


DUA JENIS UTAMA KOLESTROL :-



i)     high-density lipoprotiens (HDL) dikenali sebagai Kolestrol Baik.

ii)    low-density lipoprotiens (LDL) dikenali sebagai Kolestrol Jahat.



BENARKAH MAKANAN BERMINYAK / BERLEMAK PUNCA KOLESTROL TINGGI ?

  • Makanan berminyak dan berlemak bukan punca kepada kolesterol tinggi dan risiko penyakit kardiovaskular.
  • Makanan yang menyebabkan risiko penyakit kardiovaskular adalah disebabkan peningkatan keradangan dalam tubuh seperti lemak trans, gula pasir dan karbohidrat proses.
  • Pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa, minyak ikan, minyak habbatus sauda, avocado, minyak kelapa sawit meningkatkan paras HDL (kolesterol baik) dan menurunkan paras LDL (kolesterol tidak baik) dan mengurangkan radang dalam tubuh.



TANDA / GEJALA KOLESTROL TINGGI
  • Sakit dada dan ketidakselesaan pada betis apabila banyak berjalan.
  • Strok atau mini strok.
  • Ketulan kuning pada kulit terutamanya sekitar mata (Xhantoma).


Tinggi kolestrol juga bermaksud tinggi risiko serangan jantung, strok, diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti dan lain-lain.