Anda sudah check tekanan darah anda minggu ini? |
Anda tahu tak bahawa tekanan darah kita akan meningkat pada waktu pagi iaitu ketika kebanyakan orang baru bangun dari tidur? Mungkin ramai yang tak tahu perkara ini tetapi ia adalah keadaan yang kita alami setiap hari.
Walaupun lonjakan tekanan darah pada waktu pagi adalah fenomena biasa untuk badan, namun tekanan darah yang terlalu tinggi boleh meningkatkan risiko serangan strok yang serius.
Oleh itu, jom kita sama-sama ketahui 6 cara MUDAH untuk dapatkan tekanan darah yang normal.
1. SENAMAN
Bersenam secara konsisten. Senaman boleh membantu anda mengekalkan berat badan dan merendahkan tekanan darah. Lakukan senaman berintensiti sederhana atau aerobik sekurang-kurangnya dua setengah jam (150 minit seminggu).
Antara senaman aerobik adalah berjalan cepat, joging, menari, bermain badminton atau apa saja aktiviti yang membuatkan jantung anda berdegup pantas dan memaksa anda menggunakan oksigen daripada biasa.
Antara senaman aerobik adalah berjalan cepat, joging, menari, bermain badminton atau apa saja aktiviti yang membuatkan jantung anda berdegup pantas dan memaksa anda menggunakan oksigen daripada biasa.
Oh ya, sekiranya anda mengalami tahap tekanan darah sistolik, aerobik adalah cara yang sangat berkesan untuk melawan gejala hipertensi.
Kekalkan berat badan ideal. Kegemukan dan obesiti akan meningkatkan risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi.
2. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM!
Pakar-pakar kesihatan secara meluas mencadangkan pesakit yang menderita hipertensi untuk mengurangkan penggunaan garam mereka atau kurang daripada 1500 miligram setiap hari. Jadi, lepas ni bila memasak, anda boleh kurangkan garam dalam masakan & kalau nak beli makanan di luar pula, pastikan anda baca info pemakanan yang telah dilekatkan pada bungkusan makanan.
Pastikan anda membaca label pemakanan di dalam setiap bungkusan makanan |
3. BERHENTI MEROKOK
Walaupun merokok tidaklah menjadi punca langsung yang menyumbang kepada hipertensi kronik, namun penggunaan tembakau dan nikotin yang terdapat dalam rokok boleh menyebabkan pancang tekanan darah jangka pendek. Dan apabila merokok diiringi dengan kekurangan bersenam dan penggunaan alkohol yang berlebihan, ia tidak langsung akan menimbulkan gejala hipertensi.
Untuk pengetahuan anda, berat badan berlebihan boleh menyebabkan jantung anda bekerja lebih keras untuk mengepam darah dan ini menyumbang kepada gejala hipertensi. Jadi, penurunan berat badan boleh mengurangkan beban kerja pada sistem kardiovaskular, dan mengurangkan tahap tekanan darah.
Sekiranya anda mengalami masalah berat badan yang berlebihan, peluangnya adalah, mengurangkan berat badan adalah jalan terbaik yang anda perlukan untuk menormalkan tahap tekanan darah anda.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN ALKOHOL
Penyelidikan mendedahkan bahawa penggunaan lebih daripada keperluan minuman setiap hari akan meningkatkan faktor risiko yang menyumbang kepada perkembangan tekanan darah tinggi, dalam kalangan kedua-dua wanita dan lelaki.
Pakar pemakanan dan pakar kesihatan secara meluas mencadangkan minum secara sederhana, yang menyatakan tidak lebih daripada dua minuman untuk lelaki dan satu minuman untuk wanita setiap hari.
Banyakkan minum air kosong mengikut keperluan tubuh dan amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Paling utama, kurangkan pengambilan garam dan tingkatkan jumlah potassium dalam diet. Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
6. RELAKSS, TAK NAK STRESS-STRESS
Banyakkan minum air kosong mengikut keperluan tubuh dan amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Paling utama, kurangkan pengambilan garam dan tingkatkan jumlah potassium dalam diet. Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
6. RELAKSS, TAK NAK STRESS-STRESS
Langkah penjagaan pencegahan yang paling penting untuk mengurangkan tekanan darah anda adalah belajar untuk menguruskan stres yang timbulkan dalam kehidupan anda. Sememangnya, tiada pelan yang khas untuk hilangkan stres langkah demi langkah.
Namun, anda boleh cuba elakkan tekanan melampau, cuba rehatkan diri apabila berasa tertekan. Cari cara yang bersesuaian untuk menenangkan fikiran anda. Ambil masa untuk memikirkan punca tekanan anda adakah ia disebabkan masalah keluarga, kerja, kewangan atau berkaitan dengan kesihatan. Apabila diketahui puncanya, ia akan memudahkan anda untuk mencari jalan penyelesaian
Oleh itu, anda boleh mencuba & amalkan 6 langkah mudah ini untuk dapatkan tekanan darah yang normal. Selamat mencuba!
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-
1. Ketahui Rawatan Kecemasan Strok Haba Di sini!
2. 15 SEBAB BATUK BERDARAH TERJADI!
3. Nak tahu risiko mengandung bagi penghidap kencing manis?
1. Ketahui Rawatan Kecemasan Strok Haba Di sini!
2. 15 SEBAB BATUK BERDARAH TERJADI!
3. Nak tahu risiko mengandung bagi penghidap kencing manis?