HTML

Saturday, January 27, 2018

SUKA TIDUR MENIARAP? UBAH POSISI TIDUR ANDA!


Posisi tidur salah jejaskan kesihatan
Bagaimana posisi tidur anda? 


PILIH POSISI TIDUR YANG PALING SELESA. 


Bila berbincang tentang posisi tidur, pasti setiap orang mempunyai posisi tidur yang berbeza-bezakan?

Posisi tidur akan dipilih mengikut keselesaan masing-masing. Pasti ada yang tidur mengiring di sebelah kanan, ada yang ke sebelah kiri pula & tak kurang juga ada yang suka tidur meniarap.

Bagaimana pula posisi tidur anda?

Posisi tidur yang bahayakan kesihatan
Tidur meniarap bahaya untuk kesihatan? 

KEBURUKAN TIDUR MENIARAP! 


Namun, ini BERITA KURANG BAIK untuk mereka yang suka tidur meniarap!

Ini kerana, menurut kajian saintfik, tidur meniarap (di atas perut) boleh menyebabkan LIMA risiko kesihatan yang akan melarat dan mendatangkan masalah lebih besar kepada kesihatan kita jika ia diteruskan.

1. Sakit Belakang/Masalah Tulang Belakang.


Bagi mereka yang suka tidur meniarap, mereka akan berisiko tinggi untuk mendapat sakit belakang & leher. Ini kerana, menurut pakar, tidur secara meniarap akan membebankan bahagian belakang dan tulang belakang. Ini kerana, berat badan seseorang akan tertumpu pada bahagian tengah tubuh. Oleh itu, sebaiknya anda perlu mengubah posisi tidur anda bagi mengelak sakit belakang.

Tekanan pada tulang belakang juga akan melemahkan badan anda. Sebab, apabila keadaan tulang belakang terjejas, kesakitan itu akan berjangkit ke bahagian tubuh yang lain kerana tulang belakang merupakan saluran kepada sambungan saraf-saraf dalam badan seseorang. Antara simptom awalnya adalah seperti kebas-kebas.

2. Sakit Leher


Tidur posisi yang betul
Posisi tidur yang salah boleh menyebabkan anda sakit leher

Perasan tak bila anda tidur secara meniarap, anda akan memalingkan wajah anda ke kiri/kanan supaya anda dapat benafas?  Tanpa kita sedar, tindakan ini sebenarnya telah memberi tekanan kepada urat leher (seolah anda memulas tulang tengkuk) dan dalam masa yang sama menjejaskan struktur tulang belakang.

Pada awalnya mungkin anda tidak akan terasa kesakitannya namun, hari demi hari jika berterusan, ia boleh menyebabkan sakit leher yang kritikal.

3. Jejaskan Kesihatan Jantung  


Tanpa kita sedar juga, tidur secara meniarap boleh menjejaskan kesihatan jantung  kerana oksigen kurang sampai kepada ke bahagian organ tersebut. Hal ini kerana, posisi tidur ini akan menyebabkan jantung terhimpit dan sukar untuk berfungsi dengan baik.

4. Jejaskan Kesihatan Otak


Posisi tidur yang baik
Tidur meniarap tidak baik untuk kesihatan otak anda


Tidur dengan posisi ini juga tidak baik untuk kesihatan otak anda. Ini kerana keadaan hidung yang berada dekat dengan bantal menyebabkan gas karbon dioksida yang dihembuskan akan disedut semula. Gas ini akan menyebakan otak menjadi lembap & lambat berfikir.

5. Menghadkan Pergerakan Janin


Apabila anda berbadan dua, sudah pasti si ibu harus peka untuk mendapatkan waktu tidur yang cukup agar janin boleh membesar dengan sempurna. Tidur secara meniarap ketika hamil adalah tidak membahayakan bayi atau ibu namun, berat yang semakin bertambah pada bahagian perut tetap akan memberi kesan pada stuktur tulang belakang si ibu.

Bahkan janin atau bayi dalam perut jika akan berada dalam kedudukan yang lebih selesa jika ibunya tidak tidur meniarap.

TIDUR YANG DISYORKAN DALAM ISLAM.


Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru-paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan.

Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:


Posisi tidur penghuni neraka
Tidur meniarap dilarang dalam Islam

Anda ada masalah tidur malam? 

Susah tidur malam?
Selalu pening & sakit kepala sampaikan nak tidur pun susah?
Perkenalkan Herba B-Cleansing!

Dapatkan SEGERA untuk melegakan sakit kepala anda.

masalah sakit kepala
Penyelesaian untuk sakit kepala anda!



Anda juga mungkin berminat artikel ini :-

1. KERANA 2 KOTAK ROKOK SEHARI....

2. ANDA TIDAK BOLEH MENDERMA DARAH JIKA..??

3. ANDA SERING SAKIT DADA? SILA AMBIL PERHATIAN!


Saturday, January 20, 2018

KERANA 2 KOTAK ROKOK SEHARI...

Jauhi rokok
Setiap sedutan membawa maut


Adakah anda juga seorang perokok?


Wajib merokok dalam 2 kotak sehari.
Satu kotak ada 16 batang. Harganya lebih kurang RM 4 ringgit.
Itu dulu. Namun kini, banyak KESAN ROKOK yang terpaksa di tanggung.
Hanya semata-mata kerana dia MEROKOK, ini terjadi.

Jika anda pun seorang perokok? Wajib baca!


Azman baru berusia 31 tahun. Pada hari ini dia sudah wajib untuk memakan ubat pencair darah iaitu ‘warfarin' dan juga ubat untuk membetulkan ritma jantungnya iaitu ‘amiodarone’.

Ritma jantung manusia selalunya berbunyi ‘Lub dub’ dan berlaku pada selang masa yang sama. Tetapi bagi jantung Azman ritmanya mudah berubah-ubah. Sekejap laju sekejap lambat. Menunjukkan pencetus maklumat yang memulakan pengecutan otot jantung mempunyai masalah.


Anda nak tahu kisah selanjutnya?? 

KLIK DI SINI 



Jauhi rokok
Berhenti sebelum terlambat


Anda mungkin berminat dengan artikel ini :-

1. TIPS POWERFUL UNTUK BERHENTI MEROKOK!

2. 7 Tanda Kanser Paru-paru, Anda Perlu Waspada!

3. BAHAYA 1 BATANG ROKOK DIHISAP SELEPAS MAKAN !

Thursday, January 18, 2018

ANDA TIDAK BOLEH MENDERMA DARAH JIKA..??

Tips derma darah
Anda ingin menderma darah?


Anda nak derma darah?? 


Kelayakan seseorang untuk menderma darah akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan atau Jururawat yang bertugas. Sebelum menderma darah, anda perlu memastikan bahawa anda sememangnya dalam keadaan yang sihat. 

Kenapa perlu lakukan sedemikian? 


Seseorang bakal penderma hendaklah berada pada tahap kesihatan yang baik bagi memastikan proses pendermaan darah tidak akan memudaratkan penderma dan darah yang didermakan juga tidak akan memudaratkan pesakit yang bakal menerima darah tersebut.

Oleh itu, berikut merupakan 12 kategori individu yang tidak boleh menderma darah buat sementara waktu. JOM baca satu persatu! 


Jangan Derma Darah Jika Anda...?

 individu yang tidak boleh menderma darah
Demam & mengambil antibiotik, paracetamol/ panadol 


 Individu yang tidak boleh menderma darah
Pernah melakukan pembedahan dalam masa 6 bulan sebelum menderma darah

Tips derma darah
Anda masih dalam proses menyusukan bayi anda (breastfeeding)

Menderma darah
Anda telah menindik telinga & bertatu dalam masa 6 bulan sebelum menderma darah

jangan derma darah
Anda telah membuat rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma darah

Tips derma darah
Berat badan anda kurang dari 45 kg!

nak derma darah
Anda kurang rehat & tidur

Tips menderma darah
Anda tidak boleh menderma darah ketika anda sedang mengandung

Derma darah
Seorang warganegara asing yang menetap kurang setahun di Malaysia tidak boleh menderma darah

tidak layak derma darah
Anda telah meminum minuman beralkohol

Kelayakan derma darah
Anda masih dalam tempoh haid

Derma darah
Anda telah melakukan Akupuntur

Sekiranya anda termasuk dalam 12 kategori di atas, anda sebaiknya tidak menderma darah. Hal ini bagi menjamin keselamatan anda dan penerima darah.


Proses Pendermaan Darah

  • Semua penderma perlu mengisi borang/kad pendaftaran pendermaan darah.
  • Para penderma perlu menimbang berat badan
  • Menjalani ujian darah bagi mengenalpasti kumpulan darah dan kandungan hemoglobin darah.
  • Menjalani sesi kaunseling dengan Pegawai Perubatan / Jururawat.
  • Pendaftaran dan penderma diberikan buku penderma darah.
  • Seterusnya, proses menderma darah yang mengambil masa di antara 7 – 15 minit.
  • Selepas selesai pendermaan, penderma perlu berehat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bangun. 
  • Penderma boleh makan/minum hidangan yang disediakan.



Anda mungkin berminat dengan artikel ini:-



Saturday, January 13, 2018

KANSER SERVIKS - APA YANG WANITA WAJIB TAHU?

Tanda-tanda kanser serviks
Kanser Serviks

Umi : Assalamualaikum, Nadia kan?

Nadia : Waalaikummussalam, ya. Eh, Umi kan? Lamanya kita dah tak jumpa!

Umi : A'ah, rasanya lepas habis study dulu terus kita tak pernah jumpa dah. Nadia buat apa kat hospital ni? Apasal muka nampak pucat jer?

Nadia : Hmm, ni tengah tunggu result ujian Pap-smear. Ni yang tengah risau ni.

Umi : Oh ya ke? Harap-harap semuanya ok & takda apa-apa.

Nadia : Harap-harap macam tu la Umi.


INFO : 

Hanya 24% wanita yang dikesan berada pada kanser tahap 1, selebihnya ditahap 2,3 dan 4.
Lebih malang lagi, tidak ramai yang menyedari bahawa kanser serviks boleh dikesan dengan ujian pap smear di klinik kesihatan / fasiliti kesihatan.

APA ITU SERVIKS??


Serviks merupakan otot yang menghubungkan rahim dan farajnya dan terletak di bawah rahim. Ia membentuk pembukaan yang membolehkan darah keluar semasa haid dan bayi keluar.


APA ITU KANSER SERVIKS? 

Kanser serviks lazimnya bermula dengan sel-sel pada permukaan serviks. 
Ia akan berlaku apabila sel-sel mula membesar dan membiak dengan tidak terkawal. Sel-sel ini kemudiannya akan merebak ke tisu serviks. Dari serviks ia kemudian akan merebak ke bahagian-bahagian tubuh lain seperti faraj atau rahim. 

Kanser serviks lazimnya mengambil masa 10 tahun untuk membentuk dengan perubahan awal dapat dilihat pada permukaan serviks. Pada peringkat ini, sel-sel yang abnormal dapat dilihat ketika melakukan ujian Pap-smear.


Terdapat dua jenis utama Kanser Serviks iaitu

1. Squamous cell carcinoma


Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

2. Adenocarcinoma.

Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.


TANDA-TANDA KANSER SERVIKS?


Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain.

1. Merasa Sakit Ketika Membuang Air Kecil

Apabila anda merasakan rasa pedih, sensasi ketat atau seperti terbakar semasa membuang air kecil anda harus berwaspada kerana boleh menjadi tanda kanser rahim. gejala ini berlaku kerana kanser telah merebak ke tisu yang berdekatan. tetapi tanda ini boleh terjadi kerana penyakit lain seperti penyakit kelamin, masalah pundi kencing, dan jangkitan yis.

2. Pendarahan selepas putus haid


Kanser serviks
Pendarahan selepas putus haid adalah salah satu tanda kanser serviks


Pendarahan selepas menopaus pasti harus diperiksa oleh doktor khusus wanita mengandung untuk mengetahui punca secara pasti. apabila anda tidak melakukan pemeriksaan di khuatirkan boleh menjadi serius di masa hadapan. kerana pendarahan selepas menopuase adalah salah satu antara tanda kanser yang kerap di didapati.

3. Faraj mengeluarkan cecair yang luar biasa.

Cecair keputihan dan berbau adalah sesuatu yang biasa dialami oleh wanita. 
Namun, jika lelehan cecair bertambah banyak, bau busuk & cecair yang keluar tidak tetap, ia boleh menjadi tanda awal jangkitan faraj. 

Oleh itu, sekiranya anda mengalami cecair keputihan yang keluar pucat, berair, mungkin berwarna coklat atau bercampur dengan darah, anda sebaiknya di nasihati untuk bertemu dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. 

4. Sakit semasa melakukan hubungan intim

Merasa sakit ketika melakukan hubungan intim juga merupakan salah satu tanda berlakunya kanser serviks. Kemungkinan kanser ini telah merebak ke seluruh tisu-tisu dan organ pembiakan. Dapatkan rawatan dengan doktor secepat mungkin.

5. Turun berat badan secara tiba-tiba


kanser serviks
Berat badan turun secara mendadak & tiba-tiba


Apabila kanser mula menyerang badan kita, sistem imun dalam badan akan berkerja kuat untuk melawannya. Ketika ini badan akan menghasilkan protein kecil yang dikenali sebagai cytokines yang berkerja untuk memecahkan lemak dalam badan kita pada kadar yang tinggi dari biasa.

Bila lemak dipecahkan, berat badan akan menurun dengan mendadak walaupun kita tidak berdiet ataupun bersenam.

6. Selalu keletihan

Walaupun telah berehat pada kadar masa yang lama, pesakit kanser serviks tetap merasa keletihan kerana pada waktu ini sel darah merah akan digantikan dengan sel darah putih untuk melawan sel-sel kanser. Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan anemia yang membawa kepada keletihan dan tidak bertenaga sehinggalah menyebabkan kurang selera makan. Seterusnya menyebakan masalah kekurangan oksigen.

7. Bengkak dan sakit pada kaki

Apabila kanser mula merebak, ia akan menghalang aliran darah dan menyebabkan pembengkakkan pada kaki. Akan tetapi bukan bermaksud apabila anda mengalami sakit kaki, anda terus dikaitkan dengan masalah kanser serviks, tetapi harus disertakan tanda-tanda awal yang lain seperti diatas.


Vaksin HPV
Dapatkan Vaksin HPV anda! 


Jika anda mengalami beberapa tanda di atas, anda dinasihati untuk melakukan pemeriksaan & dapatkan nasihat doktor dengan segera agar penyakit tersebut dapat dikawal dari awal. Akhir sekali, golongan wanita sangat disarankan untuk mendapatkan suntikan HPV untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit ini.







Saturday, January 6, 2018

BEBAS DARI DIABETES DENGAN 4 CARA INI!

Cegah diabetes
Tanda-tanda Diabetes


Tahukah anda? 


Jika anda mempunyai masalah Diabetes anda sebenarnya berisiko tinggi untuk penyakit jantung. Tetapi berita baiknya, anda boleh menurunkan kolesterol "jahat" dan meningkatkan kolesterol HDL yang baik. Bagaimana caranya? Anda hanya perlu membuat beberapa perubahan mudah.

Ketahui lebih lanjut tentang KOLESTROL di SINI. 



LANGKAH PENCEGAHAN DIABETES! 


1. Kawal Berat Badan



Cegah diabetes
Kawal berat badan anda


Berat badan adalah punca utama diabetes jenis 2. Sekiranya anda berlebihan berat badan, anda menjadi 20 hingga 40 kali lebih tinggi mendapat kencing manis daripada orang yang berat badan normal.

Oleh itu, menurut Sarah Samaan, seorang kardiologist, b
ersenam sekurang-kurangnya 2 1/2 jam seminggu cukup untuk meningkatkan HDL. Selain itu, anda juga perlu menurunkan berat badan anda sehingga ia berada di tahap ideal. Kehilangan berat badan sebanyak 7 - 10 peratus daripada berat badan semasa anda boleh mengurangkan separuh daripada risiko mendapat diabetes jenis 2. 



2. Kurangkan minuman manis.



Elak penyakitt kencing manis
Kurangkan pengambilan minuman manis


Dalam Kajian Kesihatan Jururawat II, wanita yang minum 1 cawan atau lebih minuman manis setiap hari mempunyai risiko 83 peratus lebih tinggi untuk diabetes jenis 2, daripada wanita yang minum minuman manis kurang daripada sekali sebulan.


Kenapa minuman manis boleh mencetuskan diabetes?

Hal ini boleh dikaitkan dengan penambahan berat badan. Dalam kajian di atas, wanita yang minum lebih banyak minuman manis mengalami peningkatan berat badan daripada wanita yang mengawal pengambilan minuman manis.

Walau bagaimanapun, pengambilan minuman manis bukanlah punca utama penambahan berat badan seseorang. Oleh itu, anda perlu merancang pengambilan makanan yang sihat dengan kuantiti yang sesuai. (mengikut piramid makanan)


3. Kawal pengambilan makanan. 


Gantikan sumber lemak jahat kepada sumber lemak yang baik.

Pengambilan lemak dalam makanan juga akan mempengaruhi masalah diabetes. Sebaiknya, anda perlu perbanyakkan pengambilan lemak baik yang boleh diperolehi daripada minyak sayuran, kekacang & bijiran. Makanan jenis ini boleh membantu untuk mencegah penyakit diabetes. 

Lemak tepu, didapati terutamanya dalam daging merah dan produk tenusu, meningkatkan kolesterol dan lipoprotein berkepekatan rendah (LDL), kolesterol "buruk". Sebagai peraturan, anda harus mendapat kurang daripada 7 peratus kalori harian anda dari lemak tepu. Pilih potongan daging yang lebih kecil, tenusu rendah lemak dan lemak tanpa monounsaturated yang boleh didapati dalam minyak zaitun untuk pilihan yang lebih sihat.

Pengambilan Serat (fiber)

Terdapat dua jenis serat yang larut dan tidak larut. Kedua-duanya mempunyai manfaat kesihatan jantung, serat larut juga membantu menurunkan tahap LDL anda. Anda boleh menambah serat larut dalam diet anda dengan memakan oat , buah-buahan, kacang-kacangan,, dan sayur-sayuran.

4. Hentikan Merokok Sekarang



TIPS ELAK KENCING MANIS
Setiap sedutan membawa maut!

Untuk pengetahuan anda, seorang perokok dianggarkan 50 peratus lebih terdedah kepada penyakit Diabetes daripada bukan perokok. Jika anda merokok, hentikan. Berhenti merokok mungkin meningkatkan tahap kolesterol HDL anda. Dan manfaatnya tidak berakhir di sana. 

Dalam masa 20 minit berhenti, tekanan darah dan kadar jantung anda akan berkurang. Jika anda berhenti meroko dalam tempoh satu tahun pula, risiko penyakit jantung adalah separuh daripada perokok. Manakala, dalam tempoh 15 tahun, risiko penyakit jantung anda adalah sama dengan seseorang yang tidak pernah merokok. 


CEGAH SEBELUM PARAH



Kencing manis
PILIH GAYA HIDUP SIHAT


Oleh itu, pencegahan kencing manis amat penting jika anda sudah mempunyai faktor risiko penyakit ini, seperti berat badan berlebihan atau mempunyai ahli keluarga yang diabetes.

Seperti yang dijelaskan, satu cara untuk mencegah diabetes memberi tumpuan kepada pemakanan yang sihat, aktif secara fizikal, dan mengekalkan berat badan ideal. Tidak pernah ada kata terlambat untuk memulakannya. Buat perubahan yang perlu dari sekarang untuk mengelakkan sebarang kesan buruk pada masa hadapan.




Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :-

1. TIPS POWERFUL UNTUK BERHENTI MEROKOK!

2. ANDA SERING SAKIT DADA? SILA AMBIL PERHATIAN!

3. 7 PETANDA ANDA MUNGKIN MENGHIDAP KENCING MANIS!