Jantung tiruan dapat bantu pesakit hidup lebih lama |
"Jantung Tiruan" ini memberi harapan baru kepada saya untuk terus hidup sebelum menerima jantung semulajadi daripada penderma," ujar penerima jantung mekanikal pertama di Asia, Muhammad Fikri Norazmi, kes pertama yang dikendalikan Institut Jantung Negara (IJN).
Sebelum mendapat jantung baru, Fikri menghidap sakit kronik pada injap kecil otot jantung dan dia perlu bergantung kepada sokongan Alat Bantuan Implan Ventricle (IVAD).
Jantung tiruan digerakkan oleh bateri |
Jantung mekanikal yang digunakan oleh Fikri masa itu adalah seberat sembilan kilogram. Pesakit yang menggunakannya juga tidak boleh mandi dan tidak boleh terdedah kepada hujan.
Manakala di Rom, Itali pula seorang remaja berusia 15 tahun menerima pam jantung tiruan berkuasa bateri yang akan kekal sepanjang hayatnya dalam satu pembedahan selama 10 jam pada 3 Oktober lalu.
Remaja yang menghidap sejenis penyakit otot, myopathic itu menjalani pembedahan menanam pam jantung tiruan kekal kerana dikatakan tidak boleh menerima organ yang didermakan manusia lain.
Jantung tiruan berkuasa bateri |
Remaja tersebut hampir mati sebelum doktor-doktor di Hopital Bambino Gesu mengambil keputusan untuk membedahnya dan memasukkan tiga pam jantung tiruan ke dalam tubuhnya.
Pam jantung itu dijangka akan membolehkan remaja itu hidup normal selama 20 hingga 25 tahun lagi.
Apa itu Jantung Mekanikal?
Jantung Mekanikal (Total Artificial Heart) atau dikenali juga sebagai jantung tiruan ialah satu peranti yang menggantikan kedua-dua ruang bawah jantung iaitu ventrikal kiri dan ventrikal kanan disebabkan kegagalan jantung.
Pesakit memerlukan jantung mekanikal apabila jantung gagal berfungsi atau kegagalan jantung kronik. Jantung tiruan digunakan sebagai jantung gantian sementara pesakit menunggu penderma jantung untuk pemindahan jantung. Dengan menggunakan jantung tiruan ini membolehkan pesakit melakukan aktiviti harian dan tidak perlu berada di hospital.
Jantung tiruan adalah peranti pilihan terakhir. |
Jantung tiruan digerakkan oleh bateri. Alat ini juga mempunyai pengecas bateri dan monitor. Jantung tiruan direka dengan berat kurang satu kilogram dan berkeupayaan untuk mengepam darah sehingga 10 liter seminit. Jangka hayat jantung tiruan boleh digunakan sehingga melebihi 5 tahun. Saiz peranti jantung tiruan yang terkini adalah lebih kecil dan ringan.
Sistem jantung tiruan ini merangkumi pam yang ditanam di dalam dada pesakit dan satu komponen terdiri daripada pam kawalan dan bateri berada di luar tubuh pesakit. Peranti jantung tiruan akan ditanam bersama jantung pesakit bagi mengambil alih fungsi ventrikel kiri untuk mengepam darah terus ke dalam pam mekanikal yang kemudiannya akan mengepam darah ke seluruh badan pesakit.
Siapa yang memerlukan JANTUNG TIRUAN?
Pesakit yang mempunyai masalah di mana kedua dua belah ventrikel tidak lagi berfungsi atau kegagalan jantung kronik. Kegagalan jantung adalah satu keadaan dimana jantung gagal berfungsi secara normal iaitu jantung tidak dapat mengepam darah ke seluruh tubuh badan secukupnya.
Jantung tiruan adalah peranti pilihan terakhir. Ia juga mempunyai had saiz di mana ia hanya boleh dimuatkan ke dalam kawasan bahagian dada yang besar. Oleh itu, jantung tiruan ini tidak boleh dimuatkan ke dalam dada kanak-kanak. Walaubagaimanapun penyelidik cuba untuk membuat model yang lebih kecil.
Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (US-FDA) meluluskan jantung tiruan digunakan untuk sesetengah pesakit. Doktor akan berbincang dengan pesakit terlebih dahulu samada pesakit tersebut menepati syarat-syarat yang ditetapkan atau tidak, kemudian pesakit dan doktor akan mengambil keputusan samada ia adalah pilihan terbaik untuk pesakit. Pesakit akan membincangkan yang mana satu yang terbaik dan sesuai antara dua jantung tiruan tersebut.
(ARTIKEL BERKAITAN : Bagaimana proses US-FDA dilakukan?)
Peranti jantung tiruan akan ditanam bersama jantung pesakit |
Sebelum Pembedahan
Sebelum pesakit mendapat jantung tiruan, pesakit akan meluangkan sekurang-kurangnya seminggu di dalam hospital untuk membuat persediaan pembedahan. Semasa berada di hospital pesakit akan belajar mengenai jantung tiruan dan bagaimana untuk hidup dengannya. Pesakit dan penjaga akan meluangkan masa bersama pakar bedah, pakar jantung dan jururawat untuk memastikan pesakit mendapat semua informasi yang diperlukan sebelum pembedahan.
Doktor akan memastikan badan pesakit cukup kuat untuk menjalani pembedahan. Jika mereka berfikir badan pesakit terlalu lemah, pesakit mungkin perlu mendapatkan makanan tambahan melalui tiub suapan sebelum pembedahan. Pesakit juga akan melakukan beberapa jenis ujian untuk memastikan bahawa pesakit bersedia menjalani pembedahan. Ujian–ujian ini termasuklah :
Melakukan imbas CT di bahagian dada di mana ianya bertujuan untuk memastikan terdapat ruang yang ckup di dalam dada untuk memasang peranti tersebut.
Melakukan ujian darah di mana ujian ini bertujuan untuk memeriksa samada hati dan buah pinggang berfungsi dengan baik atau tidak dan ia juga digunakan untuk memriksa tahap sel-sel darah dan bahan kimia penting dalam darah.
Melakukan sinar-X di bahagian dada untuk mengambil gambar di dalam dada sebagai persediaan awal kepada doktor sebelum menjalankan pembedahan.
Melakukan elektrodiagram (EKG) untuk memeriksa sejauh mana jantung anda bekerja sebelum ventrikel digantikan dengan jantung tiruan.
(ARTIKEL BERKAITAN : Apa itu Kaedah EKG)
Jantung buatan sepenuhnya memberi banyak kebaikan kepada pesakit yang menunggu untuk pemindahan jantung. Jantung tiruan dapat membantu beliau untuk hidup lebih lama. Jika kehidupan seseorang pesakit itu dianggarkan selama 30 hari sahaja dan tidak layak untuk melakukan pemindahan jantung, jantung tiruan sepenuhnya boleh memanjangkan jangka hayat hidup pesakit melebihi 30 hari.
Risiko?
Penggunaan jantung tiruan juga mempunyai beberapa risiko kepada pemakaiannya. Antaranya adalah pembekuan darah, pendarahan jangkitan dan kerosakan kegagalan jantung tiruan berfungsi. Disebabkan risiko ini, hanya terdapat segelintir golongan sahaja yang menggunakan jantung tiruan.
Kegagalan jantung tiruan berfungsi
Jantung tiruan adalah satu alat yang sangat kompleks, oleh itu risiko kegagalan jantung tiruan berfungsi dengan baik akan terjadi dalam pelbagai cara. Antaranya adalah :-
- Proses mengepam mungkin tidak betul
- Punca kuasa mungkin gagal
- Bahagian dalam jantung tiruan mungkin berhenti berfungsi dengan baik
Bagaimanapun, ini tidak menunjukkan bahawa jantung tiruan adalah satu alat yang gagal. Sebaliknya, jantung tiruan ini diimplankan kepada pesakit sejak dari dulu lagi dan terbukti mampu berfungsi dengan baik.
Bagaimanapun, kebanyakkan pesakit menjalankan pembedahan dengan jayanya dan pulih seperti biasa. Sekiranya seseorang pesakit itu layak untuk melakukan pembedahan untuk jantung tiruan, pesakit akan didedahkan dengan kesesuian dan manfaat dengan menggunakan jantung tiruan ini daripada pakar. Sehingga sekarang para pakar masih menjalankan kajian untuk memperbaiki penggunaan jantung tiruan dan mengurangkan risiko kepada pemakainya.
“Teknologi perubatan sentiasa berkembang dan para penyelidik juga sentiasa melakukan perubahan untuk menjadikan jantung tiruan sesuai digunakan oleh semua pesakit tanpa sebarang komplikasi"
Anda mungkin meminati:-