HTML

Saturday, October 28, 2017

APA ITU SERANGAN JANTUNG?

Elak serangan jantung
Jaga kesihatan jantung anda 



JANTUNG NORMAL



Tahukah anda bahawa saiz jantung adalah sebesar penumbuk kita sendiri dan ia merupakan otot yang paling kuat dalam tubuh? Jantung juga merupakan organ terpenting dalam tubuh kita kerana ia berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh tubuh kita.

Secara normal, jantung kita akan berdegup kira-kira 70 kali seminit dalam keadaan berehat. Kadar degupan jantung akan bertambah apabila kita bergerak aktif ataupun dalam emosi yang agak kuat seperti marah, dalam ketakutan & sedang berlari.


SERANGAN JANTUNG

Serangan jantung akan terjadi sekiranya jantung tidak mendapat bekalan darah yang mengangkut oksigen secukupnya. Sebenarnya, jantung kita juga memerlukan oksigen & nutrien dan ia akan diperolehi melalui saluran darah yang disebut sebagai arteri koronari.

Maka, sekiranya aliran darah ke jantung terputus, kekurangan bekalan oksigen boleh menyebabkan kerosakan pada otot jantung. Apabila berlaku sumbatan secara tiba-tiba pada arteri ia dikategorikan sebagai serangan jantung.

Namun, sekiranya sumbatan tersebut hanya sebahagian dan aliran darah ke jantung berkurangan, seterusnya menimbulkan rasa sakit dada ia dikenali sebagai Angina.

Keadaan Angina ini tidak akan menyebabkan kerosakan kepada otot jantung. Namun, harus diingat bahawa ia merupakan amaran awal badan kepada kita bahawa keadaan ini boleh membawa kepada serangan jantung yang besar.


PENYEBAB SERANGAN JANTUNG



Penyebab UTAMA berlakunya serangan jantung adalah disebabkan oleh berlakunya sumbatan yang telah menghalang darah daripada mengalir ke jantung.


Apakah yang menyebabkan berlakunya sumbatan?



Aterosklerosis atau pengerasan arteri.


Alasan utamanya adalah berlaku pembentukan lemak pada dinding dalaman salur darah yang membekalkan jantung. Sumbatan ini akan menyebabkan saluran darah menjadi lebih sempit dan kurang fleksibel. Keadaan ini dikenali sebagai Aterosklerosis atau pengerasan arteri.

Pembuluh darah kemudian lebih cenderung untuk disekat oleh pembekuan darah. Apabila itu berlaku, saluran darah tidak dapat membekalkan darah ke jantung, lalu otot jantung akan menjadi rosak. Oleh itu, sangat penting untuk kita menjaga jantung kita sebaiknya. Jika anda tidak, anda meletakkan diri anda berisiko penyakit kardiovaskular (CVD).

Walau bagaimanapun, berita baiknya ialah 80% serangan jantung awal dapat dicegah. Diet yang sihat, aktiviti fizikal biasa, dan tidak menggunakan produk tembakau adalah kunci pencegahan. Memeriksa dan mengawal faktor risiko penyakit jantung dan strok seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan gula darah tinggi atau diabetes juga sangat penting.


Bagaimana Mencegah Serangan Jantung??


  • Mengamalkan cara pemakanan yang sihat & seimbang.

Mencegah Serangan Jantung
Piramid Makanan : Panduan makan cara sihat


Pemakanan seimbang adalah penting untuk jantung dan sistem peredaran yang sihat. Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, biji-bijian, daging tanpa lemak, ikan dan kurangkan pengambilan garam, gula dan pengambilan lemak. Alkohol juga harus digunakan secara sederhana.

  • Lakukan Aktiviti Fizikal.

Sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal biasa setiap hari membantu mengekalkan kecergasan kardiovaskular; Sekurang-kurangnya 60 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu membantu mengekalkan berat badan yang sihat.


  • Jauhi Rokok!
Elak serangan jantung
Jauhi rokok untuk jantung yang sihat



Tembakau dalam setiap bentuk sebenarnya sangat berbahaya kepada kesihatan, tidak kiralah sama ada rokok, paip, ataupun tembakau yang dapat dikunyah. Pendedahan kepada asap tembakau terpakai juga berbahaya.

Risiko untuk mendapat serangan jantung akan mula jatuh selepas seseorang berhenti menggunakan produk tembakau. Risiko mendapat serangan jantung juga boleh turun sebanyak setengah selepas 1 tahun meninggalkan rokok.


  • Dapatkan khidmat nasihat & kaunseling


Aspek penting untuk mencegah serangan jantung adalah dengan menyediakan rawatan dan kaunseling kepada individu yang berisiko tinggi (mereka yang mempunyai risiko kardiovaskular 10 tahun sama atau lebih dari 30%) dan mengurangkan risiko kardiovaskular mereka.

  • Pemeriksaan Tekanan Darah

Punca serangan jantung
Pastikan anda lakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala


 Tekanan darah tinggi biasanya tidak mempunyai gejala, tetapi merupakan salah satu punca penyebab serangan jantung secara tiba-tiba. Sekiranya ia tinggi, anda perlu mengubah gaya hidup anda dengan cara mengamalkan diet yang sihat dengan kurangkan pengambilan garam dan meningkatkan aktiviti fizikal. Dan bagi sesetengah individu mereka mungkin memerlukan ubat untuk mengawal tekanan darah mereka.


  • Pemeriksaan kadar kolestrol


Meningkatkan kolesterol darah dan lipid darah yang tidak normal meningkatkan risiko serangan jantung. Kolesterol darah perlu dikawal melalui diet yang sihat dan, jika perlu, dengan ubat-ubatan yang sesuai.


  • Pemeriksaan gula dalam darah 

Punca serangan jantung
Diabetes meningkatkan risiko serangan jantung

 Gula darah meningkat (diabetes) meningkatkan risiko serangan jantung. Jika anda menghidap diabetes, sangat penting untuk mengawal tekanan darah dan gula darah anda untuk mengurangkan risiko serangan jantung.

Kesimpulannya, kita semua wajib menjaga kesihatan tubuh badan terutamanya jantung kita. Ingat, jantung kita tiada penggantinya. Oleh itu, mencegah adalah lebih baik dari merawat.





Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :-

1. Jantung Tiba-tiba Berdebar Laju atau Terlalu Perlahan? JANGAN Pernah Abaikannya!

2. Tanda-Tanda Sakit Jantung! Tua atau Muda Wajib Tahu.

3. "Inilah 6 gejala sakit jantung wanita wajib tahu"

Saturday, October 21, 2017

Inilah Penyebab Sakit Kepala Anda & Cara Atasinya!



punca sakit kepala
Kenapa sakit kepala itu terjadi?


TEKANAN & SAKIT KEPALA


Petang itu Munirah sibuk menyiapkan assignmet yang diberikan oleh pensyarahnya, tiba-tiba rasa sakit kepalanya datang menyerang lagi. Entah kenapa, sejak beberapa hari yang lalu, Munirah sering mengalami sakit kepala.

Sebelum ini, dia fikir sakit kepalanya disebabkan kurang tidur namun, apabila semakin teruk, Munirah membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor di Pusat Kesihatan yang disediakan oleh pihak Universiti.


Ketika berjumpa doktor, Munirah menceritakan simptom-simptom yang dihadapinya sejak beberapa hari yang lalu kepada doktor wanita dihadapannya itu. Doktor yang mendengar penerangan itu memberitahu bahawa Munirah mungkin berhadapan dengan masalah migrain. Doktor menyarankan agar Munirah berehat & berikan surat MC agar Munirah dapat berehat secukupnya.



INILAH PUNCA SAKIT KEPALA BERLAKU.


Terdapat banyak sebab kenapa sakit kepala itu terjadi. Antaranya adalah:-

1. Migrain

Migrain atau sakit kepala sebelah, biasanya muncul dengan gejala sakit kepala berdenyut-denyut hanya pada bahagian satu sisi kepala saja. Beberapa ilmuwan mengatakan, sakit kepala jenis ini adalah disebabkan masalah pembuluh darah dan masalah sistem saraf pusat (otak).

Migrain juga merupakan sakit kepala yang tenat dan berkemungkinan boleh berpanjangan dari 6 hingga 24 jam. Setiap orang mungkin berhadapan dengan gejala migrain yang berbeza. Misalnya, sakit kepala hingga hilang selera makan, mual, muntah dan sakit kepala seperti dicucuk & pancaran petir. 



Migrain biasanya didapati dalam kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.
sakit kepala
Jenis-jenis sakit kepala.

2. Sinusitis

Selain daripada migrain, masih ada penyebab lain mengapa sakit kepala sebelah kiri boleh terjadi dan salah satunya adalah SInusitis. Penyakit Sinusitis ini sering dianggap sebagai penyakit migrain, mungkin kerana gejala yang sama.

Penyakit Sinusitis boleh berlaku kala lapisan sinus pada kawasan kepala itu diserang jangkitan seperti mengalami alahan atau keradangan. Penyebab lain adalah kerana tegang/ tertekan yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti kurang tidur, stress, lambat makan,  postur badan kurang baik, khususnya, mereka yang sering bekerja terlalu lama.


3. Sakit kepala tegang

Sakit kepala disebabkan tension (tegang) merupakan jenis sakit kepala paling banyak dihadapi oleh masyarakat kita. Munculnya sakit kepala jenis ini dapat dilihat dengan gejala rasa sakit kepala sehingga turut dirasa pada bahagian kepala, leher, dan belakang mata. 


punca sakit kepala
Jenis sakit kepala paling banyak dihadapi oleh masyarakat.

Terdapat juga individu yang menggambarkan sakit kepala jenis tension ini seperti ada seutas tali yang mengikat sekeliling kepala dengan sangat ketat.

Sakit kepala yang disebabkan  tension ini terjadi akibat tekanan pada bahagian otot leher dan kepala. Bagi mereka yang asyik tertumpu dengan komputer, memandu terlalu lama dan  membaca terlalu lama sangat berisiko untuk mendapat sakit kepala yang disebabkan oleh stress.  

4. Kanser

Sakit kepala juga boleh dikaitkan dengan serangan penyakit kanser otak. Seperti yang diketahui bahawa struktur tengkorak kepala itu padat, ruang untuk perkembangan adalah sempit. 

Maka, apabila kanser membesar, bahagian kepala akan menjadi lebih sempit dan akan terus memenuhi ruangan. Hal inilah yang akan menyebabkan terjadinya sakit kepala khususnya pada sebelah kiri kerana tekanan pembesaran kanser tersebut.

Oleh itu, sakit kepala hanya satu sisi sahaja tidak boleh dipandang remeh. Anda dinasihati agar mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan sakit kepala tersebut bukan disebabkan kanser. Ini adalah jalan yang terbaik kerana, semakin awal kanser otak di diagnosis, maka harapan untuk pulih juga semakin besar.


5. Stroke


Sakit kepala sebelah kiri juga boleh dikaitkan dengan stroke. Apabila seseorang mengalami stroke, maka aliran darah ke bahagian otak akan tertutup oleh gumpalan darah. Ini yang menyebabkan sakit kepala di sebelah kiri terjadi, di mana otak akan kekurangan oksigen.

Selain sakit kepala, tubuh juga akan mengalami beberapa perubahan. Ia bermula dengan tubuh lemah, mati rasa, kehilangan koordinasi badan, dan menjadi sukar bercakap. Berikut merupakan tanda-tanda penyakit stroke akan menyerang.


6. Menstruasi



Punca sakit kepala
 Kitaran bulanan haid juga punca sakit kepala

Untuk wanita pula, kitaran bulanan haid juga merupakan salah satu faktor penyebab sakit kepala khususnya di sebelah kiri. Hal ini terjadi kerana, kitaran semulajadi tubuh, maka seringkali faktor ini terjadi & tidak dapat dielakkan.

Jadi, kalau anda mengalami sakit kepala ketika dalam masa haid, ia bukanlah suatu perkara yang perlu anda risaukan. Ia adalah keadaan yang normal. Sakit kepala  ini boleh terjadi sama ada sebelum haid ataupun semasa haid. Pencetus utama ia terjadi kerana kadar estrogen yang menurun sewaktu proses haid.


7. Kurang tidur


Pola tidur yang tidak teratur juga akan menyebabkan sakit kepala yang berdenyut-denyut.
Selain memperbaiki waktu tidur, anda juga tidak digalakkan untuk tidur terlalu lama. Sebab dengan tidur terlalu lama, otak akan mengalami gangguan. Oleh itu, waktu tidur ideal yang disyorkan adalah 8 jam sehari.


CARA KURANGKAN SAKIT KEPALA TANPA PANADOL!


1. Gunakan pek ais.



Legakan sakit kepala


Cara ini boleh digunakan untuk memberi rasa kebas pada bahagian yang terasa sakit. Selain daripada pek ais, boleh  juga gunakan tuala basah dan letakkan ia di dahi.

Cara ini mampu mengecutkan salur darah dan mengurangkan pengaliran darah agar tidak terlalu tertekan. Anda boleh lakukannya sambil berbaring dan bertenang.


2. Urut dengan minyak panas.


Antara cara yang boleh kurangkan sakit kepala adalah dengan menyapu minyak panas seperti minyak cap kapap atau minyak gamat pada bahagian kepala, dahi, tengkuk atau belakang telinga.

Setelah letakkan minyak panas tersebut, urut dengan cara yang buatkan anda selesa. Selepas beberapa minit, sakit kepala akan beransur kurang.

3. Rendam kaki dengan air panas



Rawatan sakit kepala


Cara ini dikatakan mampu menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan sekaligus dapat mengurangkan tekanan pada bahagian kepala anda.


4. Banyakkan minum air


 Adakalanya sakit kepala juga boleh berpunca dari dehidrasi akibat kurang minum air. Jadi pastikan anda minum air secukupnya terutama sekali ketika musim panas ataupun ketika anda melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh dengan banyak berbanding biasa. 


5. Berehat & tidur yang cukup


Antara cara paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala adalah dengan cara berehat dan tidur. Cara ini paling sesuai diamalkan jika seseorang itu sakit kepala disebabkan oleh kurang tidur, kurang rehat & stress. 


Untuk tips tambahan, anda boleh tidur dalam bilik yang gelap dengan aroma terapi yang dapat memberi unsur ketenangan yang boleh buatkan anda lebih relaks.




ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI:-



1. Inilah Cara Legakan Sakit Belakang Anda!

2. Layak Ke Saya Menderma Darah??

3. Darah Pekat, Bagaimana cara atasinya?

Thursday, October 5, 2017

ATASI SAKIT BAHU ANDA TANPA PERLU KE HOSPITAL!

Rasa sakit bahu
Sakit pada bahu & leher buatkan kita kurang selesa berkerja


Dari pagi lagi Aida masuk pejabat sehinggalah waktu lunch hour, Aida cuma duduk menaip depan komputer di mejanya sahaja. Semuanya disebabkan kerjanya yang tertangguh sebab cuti yang diambilnya 3 hari lalu. " Baru cuti 3 hari, tapi kerja dah bertimbun seperti cuti seminggu" keluh Aida. 

Akibat terlalu fokus untuk menyiapkan kerja yang diarahkan, Aida ambil keputusan untuk tidak keluar rehat dan hanya makan sebungkus bun sambil meneruskan kerjanya. Sekali-sekala Aida akan berhenti menaip dan mengurut bahunya yang terasa sengal. Seterusnya, dia akan menyambung kerjanya semula. 



*******


Andy kerja di kawasan tapak pembinaan sebagai seorang buruh. Rutin harian Andy sememangnya akan mengangkat bahan binaan seperti batu bata, kayu dan simen. Hari ini, Andy terpaksa bekerja lebih kuat kerana dua orang kawannya cuti.

Tanpa memikirkan hal lain, Andy dan beberapa orang kawan kerjanya berkerja seperti biasa. Oleh kerana kekurangan orang, bahan-bahan yang perlu diangkat terasa seperti banyak. Setelah mengangkat beberapa bungkus simen, Andy merasakan sakit pada bahagian bahu & belakangnya. Andy hanya cuba membuat  sedikit renggangan badan dan menyambung kerjanya semula. 




*******


SAKIT BAHU? JOM LAKUKAN LANGKAH MUDAH INI ! 



1. COLD PACK

Jika anda rasa sakit bahu, perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah menggunakan pek ais untuk sejukkan bahagian yang sakit. Suhu sejuk sebenarnya akan membantu mengurangkan kesakitan dan membantu mengurangkan keradangan Ia juga mengehadkan pembentukan asid laktik, yang merupakan hasil sampingan dari metabolisme otot yang boleh meningkatkan kesakitan dan kesakitan otot.
Caranya sangat mudah:
1. Balutkan beberapa kiub ais dengan tuala nipis. 2. Letakkan di bahagia yang sakit selama 10-15 minit. 3. Ulang setiap 2 jam sekali dalam 48 jam pertama (2 hari). 4. Sekiranya tiada ais kiub, anda juga boleh menggunakan beg sayur-sayuran beku dengan cara yang sama. Nota: Jangan letakkan ais secara terus ke kulit, kerana ia boleh menyebabkan radang dingin dan memburukkan keadaan.



2. HOT PACK



Sekiranya rasa sakit bahu anda belum beransur baik walaupun selepas menggunakan pek sejuk untuk 48 jam pertama, anda boleh menggunakan cara seterusnya, iaitu menggunakan pek panas.

Haba panas akan meningkatkan aliran darah ke bahu, dengan itu ia akan mengurangkan ketegangan dan kesakitan di bahu.

Caranya sangat mudah: 
1. Isikan air panas ke dalam pek khas. 
2. Letakkan ke bahu selama 10 - 15 minit. Ulangi beberapa kali sehari sehingga anda berasa lebih baik. 
4. Cuba dalam keadaan selesa agar suhu panas meresap ke bahu yang sakit.


3. BERURUT



Terapi urut sakit bahu
Urutan mampu melegakan sakit bahu. 


Urutan adalah cara terbaik untuk mengatasi sakit bahu anda. Urutan yang lembut akan membantu melegakan dan mengetatkan otot, serta melancarkan aliran darah halus. Ini akan membantu untuk mengurangkan rasa sakit di bahu.

Urutan ini juga dapat membantu anda untuk dapatkan tidur yang lebih baik, dan ia sangat penting untuk proses penyembuhan sebarang kesakitan.

Dalam tinjauan sistematik 2017 dan meta-analisis 15 kajian yang diterbitkan dalam Journal of Physical Therapy Science, penyelidik mendapati bahawa terapi urut mempunyai kesan yang signifikan dalam mengurangkan sakit bahu dalam jangka pendek dan panjang.


  1. Sebelum mulakan urutan, sebaiknya anda mandi terlebih dahulu dengan sedikit air panas selama 10 minit untuk merehatkan otot yang tegang.
  2. Sapukan minyak zaitun yang hangat ke bahu anda.
  3. Urut dengan gerakan lembut selama beberapa minit.
  4. Di hujung urut, gunakan kedua-dua tangan untuk urut dari atas ke bawah.
  5. Letakkan tuala yang telah direndam dalam air suam pada bahu selama 30 minit.
  6. Lakukan urutan ini beberapa kali sehari sehingga rasa sakit berkurangan.
  7. Minta bantuan daripada rakan atau ahli terapi untuk urut bahagian belakang bahu anda kerana anda mungkin tidak dapat mencapainya.


4. LAKUKAN RENGGANGAN


renggangan adalah cara yang berkesan untuk mengatasi sakit bahu. Ia sebenarnya boleh mengembalikan fleksibiliti pergerakan sendi dan mengurangkan rasa sakit. Ia juga membantu jangkauan otot yang akhirnya meningkatkan fleksibiliti dan pergerakan otot.

Anda boleh menggunakan beberapa kaedah regangan berbeza, tetapi salah satu yang paling berkesan adalah seperti di bawah.

1. Berdiri tegak, angkat kedua-dua bahu dan tahan kedudukan ini selama 5 saat atau lebih.
2. Tekan kedua bahu kembali, dan tahan kedudukan ini selama 5 saat.
3. Seret kedua bahu ke bawah, dan tahan kedudukan ini selama 5 saat.
4. Bersantai dan ulangi regangan ini selama 10 minit.
5. Lakukan ini 3 - 4 kali sehari.


5. SENAMAN BAHU



Sakit bahu
Senaman mudah yang boleh berikan kelegaan pada bahu


Ini adalah senaman yang sangat mudah. Senaman ini boleh dilakukan ketika duduk untuk melepaskan ketegangan di bahu sambil meredakan kesakitan. Ia juga membantu melepaskan kekejangan pada otot di bahagian leher dan bahagian atas.

1. Duduk dan angkat bahu anda perlahan-lahan sambil menolak belakang anda.
2. Angkat bahu ke arah telinga dan mula kan pergerakan secara berputar. Bermula ke hadapan, ke bawah, ke belakang, dan ke atas.
3. Putarkan bahu  sebanyak 5 hingga 10 bulatan.
4. Bersantai selama beberapa saat, kemudian gerakkan bahu seperti no.2 tapi berlawanan arah. 
5. Lakukan latihan ini 4 - 5 kali sehari.

Orang yang sepatutnya duduk di tempat yang sama selama berjam-jam di tempat kerja, atau di rumah, boleh melakukan latihan sederhana ini dengan kedudukan berdiri dan bukan duduk.



6. VITAMIN D



sakit bahu
Matahari bekalkan vitamin D 


Vitamin D diperlukan untuk tulang rawan dan untuk otot berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin D dalam badan akan menyebabkan sakit otot serta kekejangan otot.

Selain itu, kekurangan vitamin D juga akan menyebabkan kalsium tidak diserap oleh tulang. Itulah sebabnya peningkatan pengambilan vitamin D boleh memberi manfaat kepada orang yang menderita sakit bahu.

Kajian 2011 yang diterbitkan dalam Journal of Neuroscience menunjukkan bahawa vitamin D tambahan berfungsi sebagai pelukis otot.

Vitamin D paling baik diperoleh dengan secara langsung di bawah matahari pagi selama kira-kira 10 minit. Selain itu, anda juga memperolehinya daripada makanan. Anda boleh makan makanan kaya vitamin D, seperti ikan berlemak (tuna dan salmon), kuning telur, dan vitamin D makanan diperkaya seperti jus oren dan bijirin. Anda juga boleh mengambil suplemen vitamin D, tetapi pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.