HTML

Thursday, September 28, 2017

4 JENIS PEMBEDAHAN JANTUNG ANDA PERLU TAHU!

pembedahan jantung
Pembedahan jantung dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar. 

Dengar sahaja pembedaha jantung pasti sudah cukup merisaukan hati buat mereka yang mendengarnya. Hal ini kerana memikirkan sebarang kemungkinan yang boleh terjadi semasa pembedahan dilakukan. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita menjaga kesihatan tubuh & terutamanya jantung kita! 
Dalam bidang perubatan, pembedahan yang melibatkan jantung adalah satu prosedur perubatan yang akan dilakukan untuk menggantikan fungsi pembuluh darah yang sempit dan menyebabkan aliran darah tidak ke seluruh anggota badan tidak lancar
Jenis pembedahan yang sering kita dengar adalah pembedahan jantung by-pass. Namun, ada juga beberapa jenis pembedahan jantung yang lain.

JENIS-JENIS PEMBEDAHAN JANTUNG

1. Pembedahan Jantung By-Pass



By-pass
Pembedahan Jantung By-pass


Pembedahan jenis ini akan digunakan untuk merawat individu yang mempunyai masalah penyakit jantung koronari. Pembedahan ini dilakukan bertujuan untuk membuat saluran baru bagi menggantikan saluran pada pembuluh darah arteri yang telah tersumbat .

Saluran darah baru yang dibina adalah untuk menggantikan saluran darah yang telah rosak. Pada kebiasaannya saluran darah baru akan diambil dari bahagian tangan, kaki, dada atau bahagian lain anggota badan pesakit.


Pembedahan jantung
Saluran darah bahagian kaki diambil 


Pembedahan ini dilakukan bagi membolehkan proses pengaliran darah dapat berjalan seperti biasa agar darah, oksigen & nutrisi lain dapat disalurkan ke seluruh anggota badan. Pembedahan ini juga dikenali sebagai Coronary Artery Bypass Graft (CABG).

Ketahui lebih lanjut tentang pembedahan By-Pass DI SINI.


2. Pembedahan penggantian Injap Jantung.



Secara umumnya, injap jantung berfungsi untuk menentukan aliran darah dalam satu arah. Jika dilihat pada proses pengaliran darah, ketika injap jantung terbuka, aliran darah akan mengalir dari bilik jantung terus menuju ke arteri. Sebaliknya, ketika injap tertutup, maka alirah darah juga akan terhenti. 

Oleh itu, tujuan utama pembedahan jenis ini dijalankan bertujuan untuk menggantikan injap jantung yang tertutup. Injap jantung yang tertutup ini akan mengganggu proses aliran darah sekiranya ia dibiarkan.

Dalam kebanyakan kes, penggantian injap jantung akan dilakukan dalam bentuk operasi jantung terbuka. Ini bermakna, pakar bedah akan membuka dada dan jantung pesakit untuk mengeluarkan injap jantung  yang rosak. Injap buatan (prostetik) baru akan menggantikan injap yang rosak dan kemudian dijahit. 

Namun, terdapat juga dalam beberapa kes, injap jantung pesakit boleh diganti tanpa membuka dada. Pembedahan tersebut dipanggil pembedahan invasif yang minimum. Injap yang rosak digantikan melalui kepak kecil berhampiran "tulang dada" atau di bawah otot dada kanan anda.

Dalam kebanyakkan prosedur pembedahan, jantung pesakit akan berhenti buat sementara waktu. Semasa pembedahan tersebut, pesakit akan disambungkan dengan "mesin jantung" yang akan mengambil alih pernafasan & pengaliran darah. Walau apapun, pakar bedah akan menentukan prosedur pembedahan yang sesuai untuk keadaan seseorang pesakit. 


3. Pembedahan Laser Jantung (Transmyocardial Laser Revascularization)



Merawat Angina
Pembedahan Laser


Transmyocardial Laser Revascularization turut dikenali sebagai TMLR dan ia merupakan salah satu kaedah pembedahan jantung yang digunakan untuk merawat masalah angina. TMLR biasanya hanya dilakukan sekiranya kaedah-kaedah lain tidak dapat digunakan. 

Sebagai contohnya, setelah pesakit menjalani satu pembedahan CABG dan tidak boleh melakukan satu lagi pembedahan CABG maka, TMLR akan digunakan. Ataupun, dalam kes-kes tertentu TMLR akan digabungkan dengan CABG. 

TMLR adalah sejenis pembedahan yang akan menggunakan laser untuk membuat saluran kecil melalui otot jantung dan ke ruang bawah kiri jantung (ventrikel kiri) iaitu ruang pam utama jantung kita. 


pembedahan jantung
Transmyocardial Laser Revascularization


Selepas TMLR dilakukan,  darah yang mengangkut oksigen akan masuk ke ventrikel kiri, sebahagian daripada darah itu boleh mengalir melalui saluran kecil. Seterusnya, ia akan membawa oksigen ke bahagian otot-otot jantung yang memerlukan. 

TMLR juga adalah sejenis pembedahan, namun, pembedahan jenis ini boleh dilakukan semasa jantung masih berdegup dan penuh dengan darah. Oleh itu, mesin jantung-paru-paru tidak diperlukan dan pakar bedah juga tidak perlu memotong bilik jantung, jadi TMLR ini bukanlah pembedahan jantung terbuka



4. Pembedahan Pemindahan Jantung. 




Pembedahan jantung pertama
Pembedahan pemindahan jantung yang pertama dilakukan di Selatan Afrika

Pembedahan pemindahan jantung lazimnya dilakukan kepada pesakit yang mengalami gagal jantung sama ada masalah lemah jantung atau jantung telah rosak. Ia dilakukan kerana, jantung tidak lagi mampu mengepam darah seperti yang diperlukan ke seluruh anggota badan. 

Pembedahan pemindahan jantung ini dilakukan dengan cara memindahkan jantung pesakit kepada penderma (biasanya yang telah meninggal dunia) yang memiliki jantung yang sihat. 

Kebanyakkan pesakit yang menjalani pembedahan jenis ini adalah mereka yang mengalami kegagalan jantung peringkat akhir. Kegagalan jantung peringkat akhir bermaksud keadaan yang parah dan kaedah lain selain pemindahan jantung telah gagal.  



Pembedahan jantung
Salah satu kes pemindahan jantung


JAGALAH JANTUNG ANDA SEBAIKNYA!


Berikut merupakan 4 jenis pembedahan yang melibatkan jantung yang anda perlu tahu. Menakutkan bukan? Jadi, tepuk dada tanya diri, adakah anda telah menjaga kesihatan anda sebaiknya? Jom, kita mencegah kerana ia lebih baik dari merawat. 



Anda mungkin berminat dengan artikel ini:-

1. NAK TAHU TANDA-TANDA BUAH PINGGANG ROSAK?

2. Jantung Tiba-tiba Berdebar Laju atau Terlalu Perlahan? JANGAN Pernah Abaikannya!

3. TANDA-TANDA SAKIT JANTUNG! TUA ATAU MUDA WAJIB TAHU.







Thursday, September 14, 2017

NAK TAHU TANDA-TANDA BUAH PINGGANG ROSAK?


Buah pinggang rosak
Contoh: Seorang pesakit sedang menjalani proses Dialysis


Teringat peristiwa semalam, ketika tengah menunggu giliran di panggil oleh nurse, aku duduk di ruangan menunggu di hadapan kaunter. Kelihatan ramai lagi pesakit menunggu giliran. "Nampaknya lambat lagi giliran aku ni", Munirah bermonolog sendiri. 

Tak lama kemudian, datang seorang kakak yang berumur lebih kurang 30-an duduk di kerusi kosong sebelah ku. Aku hanya melemparkan senyuman kepadanya, dan tumpukan perhatian semua pada drama korea di telefon pintar ku. 

Tiba-tiba kakak sebelah aku tu memecahkan kesunyian antara kami. Dia bertanya, aku sakit apa. Aku cuma jawab ringkas, demam panas dan kakak tu mengangguk. Aku pun cuba berlagak mesra, dengan bertanya, dia pun sakit ker? Dia balas, katanya temankan ibunya dan tengah menunggu ibunya selesai jalani rawatan. 

Rupanya, ibu kakak tu ada masalah buah pinggang. Dah hampir setahun, dah semua disebabkan ubat tahan sakit. 



sakit buah pinggang
Ubat tahan sakit

"Ibu akak memang senggugut dari zaman remaja lagi. Bila senggugut tu, memang tak dapat tahan sampaikan berpeluh & guling-guling kat lantai. Kadang memang tak larat nak berdiri." 




"Jadi, untuk kurangkan rasa sakit tu, ibu selalunya akan mengambil ubat PONSTAN 500 mg tu. Setiap kali senggugut, memang itulah yang akan dicari oleh ibu."


Akak tu sambung cerita lagi, 


"Tapi, suatu hari tu, ibu tiba-tiba mengadu, masa buang air kecil, air kencing ada darah. Ibu dah risau & terus ajak akak pergi hospital kerajaan. Bila dah sampai hospital, doktor kata nak buat pemeriksaan terhadap buah pinggang. Tak lama lepas tu, doktor sahkan, memang ibu ada masalah buah pinggang tahap 5. Doktor sarankan ibu jalani dialisis. Kami sekeluarga setuju. Jadi, ibu jalanilah dialisis sampai sekarang."


Aku yang mendengar cerita akak tu tetiba rasa takut. Sebab aku pun bila tengah-tengah nak datang bulan, akan senggugut juga. Cuma aku jarang ambil ubat tahan sakit, pernah pun cuma 3 kali jer. Lepas ni, memang kena lebih berhat-hati. 


JAGA BUAH PINGGANG ANDA SEBAIKNYA!

punca buah pinggang rosak
Perbezaan Buah pinggang sihat & rosak


Fungsi asas buah pinggang adalah sebagai penapis untuk membersihkan darah, memelihara keseimbangan garam dan mineral dalam tubuh dan mengawal tekanan darah. Apabila buah pinggang mulai rosak, lebihan cecair dan sisa buangan tubuh tidak akan dapat dikeluarkan dengan sempurna melalui air kencing.

Antara punca popular kerosakan buat pinggang adalah disebabkan oleh masalah diabetes atau kencing manis dan obesiti. Pengambilan makanan dan minuman manis/ berkarbonat juga antara penyumbang utama masalah ini.

Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai gangguan kepada fungsi tubuh dan akhirnya, pelbagai komplikasi mulai muncul secara berperingkat mengikut kadar kerosakan buah pinggang.

Tanda-tanda kerosakan buah pinggang


Apakah tanda-tanda awal penyakit buah pinggang? Ok, jom kita bincangkan di dalam artikel ini. Terdapat 9 tanda-tanda yang boleh diperhatikan untuk mengenalpasti buah pinggang yang bermasalah. Antaranya adalah:-


1. KEKERAPAN MEMBUANG AIR KECIL



Secara normalnya, kita akan membuang air kecil 4 hingga 6 kali sehari dan kebanyakkannya berlaku ketika siang. Kebiasaanya ia akan terjadi ketika kita meminum banyak air.

Cuba perhatikan kekerapan masa anda membuang air kecil. Adakah ia seperti biasa atau lebih kerap dari kebiasaan? 
Jika anda kerap membuang air kecil ketika waktu malam, anda harus berhati-hati kerana ia sering dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang. Hal ini kerana, air kecil tidak dapat dibuang ketika waktu siang (aktif) dan membuangnya pada waktu malam (waktu rehat.)  

2. SERING LETIH & FIKIRAN TERGANGGU


Buah pinggang yang sihat akan menghasilkan hormon yang dikenali sebagai erythropoietin atau EPO. Hormon ini berfungsi untuk memberi signal kepada tubuh bagi menghasilkan lebih sel darah merah untuk mengangkut oksigen.
Apabila fungsi buah pinggang semakin merosot dan kekurangan fungsi hormon EPO, pengeluaran sel darah merah juga akan berkurangan. Kekurangan sel darah merah ini disebut sebagai anemia.


Akibatnya, otot dan otak akan mengalami masalah kekurangan sumber oksigen untuk berfungsi dengan baik. Hal inilah yang akan menyebabkan kita cepat penat dan secara tidak langsung, fungsi otak juga terganggu menyebabkan seseorang mudah lupa, pening dan cepat mengantuk.

3. KULIT KERING & GATAL PADA BAHAGIAN BADAN


simptom sakit buah pinggang
Kulit kering dan kegatalan


Salah satu fungsi utama buah pinggang adalah untuk mengawal keseimbangan mineral dalam tubuh. Ia akan melibatkan proses keseimbangan paras kalsium dan fosforus di dalam darah.
Kekurangan kalsium dalam darah menyebabkan kelenjar paratiroid yang terletak di leher untuk merembeskan hormon paratiroid. Hormon ini bertindakbalas melakukan mekanisma menyerap kembali kalsium daripada komposisi tulang untuk disalurkan ke dalam darah.
Oleh itu, penghasilan hormon paratiroid yang tinggi inilah yang akan menyebabkan masalah kulit kering dan kegatalan. Selain itu, kandungan fosforus yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan kesan yang sama.
Penyebab lainnya, bahan buangan atau toksin yang terkumpul dalam salur darah di bawah kulit juga juga adalah penyumbang utama masalah kulit kering dan gatal.

4. TERASA SEPERTI ADA LOGAM PADA MULUT/ MUNTAH


Pernah tak anda terasa seperti ada logam di dalam mulut dan tidak dapat menelan makananPenting untuk anda tahu bahawa, ini merupakan tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah. 


5. SEJUK SEPANJANG MASA


Keadaan sejuk ini adalah disebabkan daripada anemia yang dialami oleh pesakit.
Keadaan sejuk ini mungkan akan dialami sepanjang masa walaupun sebenarnya cuaca pada ketika itu panas.

6. KESUKARAN UNTUK BERNAFAS


secara lazimnya, mereka yang mengalami masalah buah pinggang juga akan berhadapan dengan masalah kesukaran bernafas.


Keadaan ini akan terjadi disebabkan badan kekurangan oksigen. Buah pinggang tidak dapat membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen. Maka, kita akan kekurangan oksigen dan sukar untuk bernafas.


Selain itu, keadaan ini juga boleh terjadi jika terdapat cecair terkumpul di dalam paru-paru dan anda akan berasa sesak nafas.

7. SAKIT PADA BAHAGIAN BELAKANG


Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi sakit belakang anda adalah berpunca daripada ketumbuhan yang terdapat di bahagian belakang dan menyebabkan rasa sakit pada buah pinggang anda. 

8. AIR KENCING BERBUIH/ BERDARAH/ KOTOR


Kencing berbuih
Buih menunjukkan terdapat protein pada air kencing.



Sentiasa perhatikan sebarang perubahan pada air kencing anda. Sekiranya terdapat buih pada air kencing anda itu menunjukkan terdapat protein pada air kencing anda. Ini disebabkan buah pinggang anda tidak dapat menapis protein yang muncul.


Selain buih, perhatikan juga sekiranya air kencing anda bertukar kepada warna keruh atau terdapat darah. Sekiranya, anda pernah merasa sakit apabila membuang air kecil adalah lebih baik sekiranya anda segera bertemu doktor.


berikut merupakan tanda-tanda terdapat masalah pada bahagian saluran kencing anda. Jika ia tidak dirawat, masalah-masalah ini boleh memudaratkan kesihatan anda suatu hari nanti.



9.BENGKAK PADA MATA / KAKI



Bengkak pada sekitar mata & pergelangan kaki adalah salah satu tanda yang sering terjadi pada individu yang mempunyai masalah buah pinggang. Hal ini terjadi kerana, keadaan buah pinggang yang tidak dapat menyingkirkan lebihan cecair dan garam sodium yang terdapat dalam darah secara keseluruhan.


tahap kerosakan buah pinggang
Tahap-tahap kerosakan buah pinggang


Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-

1. Tips Penjagaan Buah Pinggang Anda!

2. Tangan Kerap Rasa Kebas?? Nak Tahu Apa Puncanya?
.
3. Jantung Tiba-tiba Berdebar Laju atau Terlalu Perlahan? JANGAN Pernah Abaikannya!

Tuesday, September 5, 2017

Tangan Kerap Rasa Kebas?? Nak Tahu Apa Puncanya?

Kebas bahagian tangan
Kerap kebas tangan sehingga mengganggu kerja harian

Dibedah kerana selalu rasa kebas...



Watie baru sahaja balik dari melawat anak buahnya Jiah yang baru membuat operation pada bahagian tangan. Apa yang terjadi?? Semuanya disebabkan oleh tangan Jiah yang sering rasa kebas terutama waktu malam dan bila cuaca sejuk. Kata Jiah keadaan itu memang mengganggu kehidupan sehariannya.

Pernah sekali, ketika Jiah sedang memasak, tiba-tiba tangannya terasa kebas dan pinggan terjatuh ke lantai. Jiah menceritakan situasi tersebut kepada suaminya dan, suaminya menyarankan agar Jiah bertemu doktor bagi mendapatkan rawatan. Selepas beberapa kali berjumpa doktor, akhirnya Jiah menjalani pembedahan saraf tangan atas nasihat doktor pakar.



Kebas Tangan
Saraf yang bergumpal dileraikan 


Menurut Jiah, pembedahan tersebut cuma ambil masa sekejap sahaja, katanya doktor akan melihat saraf-saraf yang ada dalam tangan, jika ada saraf-saraf yang bergumpal dan berkumpul sesama sendiri, maka doktor akan leraikan saraf-saraf tersebut.


Rasa Kebas Pada Hujung Jari, Tangan dan Kaki ??



Rasa Kebas Tangan
Rasa kebas tangan mengganggu kehidupan seharian

Jika ada saraf-saraf yang bergumpal dan berkumpul sesama sendiri, maka doktor akan leraikan saraf-saraf tersebut.. Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf perifer terhimpit.

Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Namun, kebiasaanya rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.



Bagaimana rasa kebas berlaku?


1. Masalah urat saraf
  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan. 
  • Saraf perifer tertekan disebabkan oleh ‘Herniated Disc‘ atau oleh Osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
  • Jangkitan pada saraf perifer  seperti kayap.
  • Carpel Tunnel Syndrome (saraf median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.


2. Gangguan pada saluran darah
  • Pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, serta amalan tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol adalah antara punca penyempitan saluran darah
  • Keadaan ini menyukarkan proses aliran darah keseluruh tubuh
  • Salur darah di hujung kaki yang menyempit akan membuatkan seseorang itu akan berasa kebas, sejuk atau sakit di hujung kaki.
  • Keadaan ini sering terjadi kepada pesakit diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan strok.


3. Lain-lain
  • Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit Tuberculosis seperti Isoniazide.
  • Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
  • Keadaan kebas juga boleh berlaku jika seseorang kekurangan darah, terlalu gemuk, wanita mengalami putus haid dan kadang-kadang orang yang kekurangan kalsium.


Apa yang perlu dilakukan jika terasa kebas ??



Dalam sesetengah situasi, rasa kebas adalah sesuatu yang tidak perlu dirisaukan. Contoh bila tertindih lengan semasa tidur. Keadaan itu menyebabkan kita merasa kebas disebabkan ketika lengan kita tertindih, urat saraf terganggu sehingga membuatkan aliran darah menjadi sempit.

Contoh lain apabila, kita duduk atau bersila terlalu lama, kita akan merasa kebas. Keadaan ini biasanya akan hilang apabila kita bangun dan bergerak. Kebas seperti dalam dua kes ini adalah normal.

Sekiranya ia berlaku, anda cuma perlu gerakkan anggota badan yang terasa kebas secara perlahan-lahan dan buat aktiviti regangan untuk melegakan rasa kebas yang dialami.



Senaman atau renggangan tangan
Renggangan tangan boleh dilakukan untuk meredakan rasa kebas 


Tetapi, anda digalakkan untuk berjumpa doktor sekiranya :-


  • Rasa kebas kerap berlaku dan berulang-ulang
  • Keadaan kebas yang dialami bertambah teruk
  • Kebas melibatkan kedua-dua bahagian badan
  • Kebas terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu
  • Rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan


Paling penting, sila berjumpa doktor dengan serta-merta, sekiranya anda berasa kebas dalam keadaan berikut:


  •  Anda baru mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian kepala.
  • Anda juga mengalami gejala seperti lemah anggota , susah bertutur, pening dan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dengan teruknya






Anda juga berminat dengan artikel ini :-