HTML

Wednesday, May 31, 2017

"Inilah 6 gejala sakit jantung wanita wajib tahu"




Bulan Ramadan kaum wanita lah paling sibuk menyediakan pelbagai juadah untuk keluarga.
.
Namun dalam kesibukan, WaniTa jangan abaikan jika Anda mengalami simptom berikut kerana tanda sakit jantung pada wanita tidaklah sama dengan tanda serangan jantung pada lelaki,
.

Wednesday, May 24, 2017

BAGAIMANA BANTUAN KECEMASAN PESAKIT STROK YANG BETUL??


Tanda-tanda Strok
Ketahui tanda-tanda penyakit Strok! 

HANYALAH MITOS?


Sebelum ni pernah tak dengar atau baca artikel tentang cara untuk berikan pertolongan cemas pada mereka yang terkena serangan strok adalah dengan mencucuk jarum pada hujung jari tangan, jari kaki atau telinga?? Tahukah, bahawa semua itu adalah MITOS!! Kenapa? 

Menyucuk jarum bahagian hujung jari mahupun telinga tiada kaitan dengan menurunkan paras tekanan darah. Hal ini kerana, strok yang terjadi hanya melibatkan salur darah pada otak dan bukannya pada hujung jari atau telinga.

Tatacara berkenaan sebenarnya tidak membawa sebarang manfaat malah  boleh menyebabkan pendarahan tanpa henti dan sekiranya berterusan ia boleh membawa kepada KEMATIAN!!

Tindakan utama yang perlu anda lakukan sekiranya berlaku serangan Strok pada seseorang adalah dengan membuat panggilan kecemasan "999" atau membawa pesakit ke hospital yang berhampiran! 
Sekiranya anda terpaksa untuk melakukan pertolongan pertama kerana terdapat faktor-faktor tertentu, anda boleh lakukan seperti ini:-


Sekiranya pesakit masih berada dalam keadaan SEDAR, anda boleh lakukan:-


1. Tenangkan pesakit
2. Dudukkan atau baringkan mereka sementara menunggu bantuan tiba
3. Pastikan anda membawa rekod kesihatan lampau dan senarai ubat yang pesakit ambil jika ada. 



Sekiranya pesakit dalam keadaan SEPARA SEDAR atau TIDAK SEDAR, anda boleh lakukan ini;-


1. Pusingkan badan pesakit ke arah kiri.
2. Tinggikan kepala dan bahu mereka dengan kedudukan 45 atau 60 darjah. Ini bertujuan untuk menggelakkan mereka tersedak jika muntah (aspiration).
3. Bawa rekod kesihatan lampau dan senarai ubat yang mereka makan ke hospital.
4. Sentiasa memeriksa pernafasan pesakit bagi memastikan pesakit masih bernafas dengan baik. 


STROK
BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT STROK YANG BETUL! 




Jika anda ingin ketahu lebih lanjut tentang STROK jom baca di :-


Kenal Tanda-tanda Strok? Tahniah!! Anda Mampu Mencegahnya!



Friday, May 12, 2017

Insulin Alternatif Buat Pesakit Diabetes!




fakta tentang insulin
Insulin alternatif pesakit kencing manis

Fakta tentang Insulin


Insulin merupakan satu alternatif untuk para pesakit kencing manis dalam pengawalan gula. Insulin sebenarnya boleh dimulakan di peringkat AWAL penyakit kencing manis, bagi mereka yang bermotivasi untuk mengamalkannya.


Apa itu insulin?

Insulin merupakan hormon polipeptida yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin memegang peranan yang sangat penting dalam mengatur kadar glukosa dalam darah serta membantu mengubah gula darah (glukosa) menjadi tenaga. Hormon ini juga membantu tubuh menyimpan gula berlebihan di dalam otot, sel-sel lemak, serta hati untuk  digunakan ketika tubuh memerlukannya.
Setelah makan, gula darah (glukosa) akan naik. Peningkatan glukosa ini memicu pankreas untuk melepaskan insulin ke dalam aliran darah. Insulin masuk ke sel-sel tubuh, memberitahu sel untuk membuka ruang, dan membiarkan glukosa masuk. Setelah masuk, sel-sel akan mengubah glukosa menjadi tenaga atau menyimpannya untuk digunakan nanti.
Tanpa insulin, tubuh tidak dapat menggunakan atau menyimpan glukosa untuk ditukar dan dijadikan tenaga. Oleh itu, glukosa akan tetap berada dalam aliran darah.

Jenis-jenis Insulin?

Insulin diklasifikasikan berdasarkan cara ia bertindak di dalam tubuh (bekerja di awal, saat berada di puncak, dan berdasarkan durasinya) juga berdasarkan aksinya apakah cepat, singkat, lama atau sangat lama. Ada 4 jenis insulin, iaitu:

  • Insulin dengan aksi cepat. Hormon ini akan mula bekerja sekitar 15 minit setelah ia disuntik ke dalam tubuh, puncaknya sekitar 1 jam, dan terus bekerja selama 2-4 jam. Contohnya adalah insulin glulisine (Apidra), insulin lispro (Humalog), dan insulin aspart (Novolog).
  • Insulin dengan aksi biasa. Biasanya mencapai aliran darah dalam waktu 30 minit setelah disuntik, puncaknya 2-3 jam setelah disuntik, dan efektif sekitar 3-6 jam. Contohnya Humulin R dan Novolin R.
  • Insulin dengan aksi intermediate. Biasanya mencapai aliran darah sekitar 2-4 jam setelah injeksi, puncaknya 4-12 jam kemudian, dan efektif untuk 12-18 jam. Contohnya NPH (Humulin N, Novolin N).
  • Insulin dengan aksi lambat. Hormon ini akan mencapai aliran darah beberapa jam setelah injeksi dan cenderung menurunkan kadar glukosa cukup merata selama periode 24 jam. Contoh: Insulin detemir (Levemir) dan insulin glargine (Lantus).



Terdapat beberapa perkara yang ditakuti serta selalu disalah anggap oleh para pesakit? Antaranya ialah :

1. Benarkah Insulin menyakitkan?

Kebanyakan pesakit sering membayangkan penggunaan jarum dan tiub yang besar dalam penggunaan Insulin. Namun, sebenarnya anggapan itu adalah salah sama sekali. Kini, Insulin tersedia dalam bentuk suntikan pen dengan “ultrafine needle" yang sangat halus dan tidak menyakitkan.

Suntikan cara menegak kepada permukaan kulit juga adalah kurang menyakitkan berbanding menyuntik jarum secara mendatar di permukaan kulit seperti yang sering dibayangkan oleh kebanyakkan orang.

Namun, sekiranya anda terasa sakit ketika mencucuk insulin kepada tubuh anda. Anda boleh ikuti tips ini:

  1. Ubah kedudukan kawasan suntikan setiap hari dan setiap kali menyuntik.
  2. Kelajuan semasa menyuntik dos Insulin.
  3. Biarkan alkohol kering dahulu sebelum menyuntik. Jika masih ada alkohol yang berbaki ia boleh menyebabkan anda terasa seperti kulit terbakar.
  4. Suhu Insulin. Pastikan suhu insulin berada dalam suhu bilik. sekiranya suhu insulin sejuk ia akan menyebabkan otot anda kaku dan boleh menyebabkan peradangan.

2. Benarkah Insulin boleh merosakkan buah pinggang?


Insulin yang tersedia dalam bentuk cartridge sebelum ini diekstrak daripada sumber haiwan. Ia telah diproses dengan lebih terperinci untuk mengubah ciri-ciri dan bentuknya kepada formula yang boleh diterima oleh tubuh manusia tanpa sebarang tindak balas atau kesan sampingan.



Fakta tentang insulin
Insulin tersebut mengandungi unsur-unsur protein



Perlu anda fahami, Insulin tersebut mengandungi unsur-unsur protein seperti enzim-enzim lain yang selamat untuk proses fisiologi dalam badan manusia. Apatah lagi, kini telah tercipta insulin analogue yang dihasilkan daripada teknologi makmal menggunakan pengubahsuaian DNA dan genetik yang canggih untuk membentuk semula struktur molekul insulin secara terperinci dan selamat.

3.  Insulin menyekat kebebasan saya untuk melakukan kerja seharian.


Pen insulin boleh dibawa ke mana-mana sahaja asalkan tidak terdedah kepada cuaca yang terlalu panas. Ia boleh dimasukkan ke dalam poket seluar. Pesakit juga boleh membawa insulin tersebut sekiranya perlu berjalan jauh atau bercuti bersama keluarga. Namun ia tidak boleh ditinggalkan di dalam kereta serta cuaca panas. 

Sekiranya anda berada di tempat awam, anda hanya perlu pergi ke bilik air sebentar untuk meyelak pakaian untuk memberi suntikan insulin di badan atau duduk sebentar di dalam kereta untuk melakukan suntikan. 

Ternyata, penggunaan insulin tidak menghalang pesakit yang senantiasa aktif bergerak dan bekerja.


4. Insulin menyukarkan saya untuk melakukan kerja seharian


Ini adalah tidak benar. Kini terdapat pelbagai jenis insulin, termasuk insulin yang bertindak untuk jangka masa panjang (24 jam) seperti glargine yang memerlukan suntikan insulin diberikan sebanyak satu kali sahaja sehari.

Kekerapan paling banyak Insulin perlu diberikan adalah empat kali sehari, yang mana ianya boleh dilewatkan mengikut waktu makan utama para pesakit kencing manis. Malah untuk suntikan semasa hendak tidur, Insulin boleh diberikan selewat yang mungkin apabila pesakit bersedia untuk tidur.



Fakta tentang insulin
Contoh waktu pengambilan ubat yang sesuai


Justeru, tidak timbul isu suntikan insulin memberi ganguan kepada kualiti kerja seharian pesakit. Masa yang diambil untuk penyediaan suntikan insulin dan simpanan juga memerlukan kurang daripada dua minit pada satu-satu masa.

Melainkan jika anda perlu menggunakan Insulin dari catridge yang baru daripada peti sejuk. Kebiasaannya, tiada kesan darah dilihat pada kawasan suntikan.


5. Saya mudah mendapat gejala “hypoglycaemia” (kurang gula) apabila menggunakan Insulin.


Insulin yang diambil pada masa yang betul dengan cara serta teknik yang tepat tidak akan menyebabkan pesakit mengalami masalah kurang gula (hypoglycaemia) yang melampau. Gejala hipoglisemia tidak akan berlaku jika pesakit makan pada masa yang ditetapkan selepas pengambilan insulin.

Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, kini telah terdapat insulin analogue yang lebih mesra kepada tubuh manusia dan kurang memberi risiko hipoglisemia, di samping tidak menyebabkan perubahan mendadak pada paras gula sebelum & selepas makan. 

Ini dapat meningkatkan kepuasan pesakit terhadap penggunaan insulin. Pesakit juga digalakkan untuk menggunakan mesin glukometer di rumah sekiranya terdapat tanda-tanda kurang gula dan sentiasa menyediakan gula ringkas bersama mereka sekiranya terdapat gejala kurang gula.

6. Saya mudah menjadi gemuk sejak menggunakan Insulin?


Fakta tentang Insulin
Insulin tidak akan menyebabkan kegemukan


Sejujurnya, pengawalan paras gula semuanya bergantung pada jati diri dan tahap disiplin pesakit tersebut. Insulin tidak akan menyebabkan kegemukan secara mendadak melainkan pesakit sering mempunyai rasa lapar yang kerap akibat pengambilan insulin tidak tepat pada masanya dan pesakit mengambil makanan yang tidak seimbang dengan nilai insulin yang diberi.

Ambillah air masak yang kerap dan makanlah banyak sayur-sayuran sebelum makan makanan utama untuk mengelakkan/mengawal nafsu daripada makan dengan banyak. Pastikan suntikan dilakukan selari dengan masa makanan utama bagi mereka yang menggunakan “pre-meals” insulin (insulin jangka pendek).

Insulin analogue juga amat membantu dalam memberi kesan penurunan gula yang lebih mesra, tanpa pengurangan gula secara mendadak atau kelaparan yang kerap.


7. Penggunaan insulin menggambarkan kegagalan saya mengawal gula?


Keperluan menggunakan insulin tidak bermaksud kesalahan/kegagalan pesakit kencing manis dalam mengawal paras gula mereka. Kencing manis adalah penyakit yang berterusan dan tidak boleh sembuh dalam masa beberapa hari atau bulan.

Dari setahun ke setahun, fungsi organ pankreas yang merembeskan insulin akan berkurangan dan menjadi tenat, yang mana akhirnya ia tidak mampu lagi mengeluarkan insulin yang mencukupi dan berkesan seperti pada peringkat awal.

Justeru, di dalam diari pesakit kencing manis tersebut, akan tiba masanya bila mereka perlu bergantung pada rawatan insulin untuk merehatkan organ pankreas yang telah tenat dan kembali mengawal bacaan gula ke paras normal secara lebih efektif.

Perlu ditegaskan, insulin adalah rawatan unggul yang memberi peluang kepada pesakit untuk turut sama terlibat dalam mengawal bacaan gula mereka. Ini juga merupakan simbol amanah di mana pengamal perubatan telah memberikan kepercayaan tinggi terhadap pesakit mereka ketika berada di rumah. Justeru pesakit harus berasa bangga dengan penggunaan insulin ini.




Anda juga mungkin bermina dengan artikel ini;-

1. Baca Jika Sayangkan Buah Pinggang Awak!

2. SUBHANALLAH!!..Seorang qari yang sedang khusyuk mengalunkan bacaan al-Quran tiba-tiba rebah dan meninggal dunia

3. Bekerja keras, Jangan Sampai Kesihatan Terabai.