Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Namun, kebiasaannya rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.
PUNCA RASA KEBAS BERLAKU :-
1) MASALAH URAT SARAF
- Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
- Saraf perifer tertekan disebabkan oleh Herniated Disc atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
- Jangkitan pada saraf perifer seperti kayap.
- Carpel Tunnel Syndrome ( Saraf median tertekan di kawasan pergelangan tangan )
- Kerosakan saraf oleh bahan toksik seperti rokok dan pengambilan alkohol.
2) GANGGUAN PADA SALURAN DARAH
- Pemakanan tidak sihat, kurang bersenam serta amalan tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol adalah punca penyempitan salur darah.
- Apabila salur darah sempit, ia akan menyukarkan aliran darah ke seluruh tubuh badan.
- Salur darah yang menyempitkan akan membuatkan seseorang akan berasa kebas, sejuk atau sakit pada bahagian hujung tangan atau kaki.
- Keadaan ini sering terjadi kepada pesakit diabetes, tekakan darah tinggi, kolestrol tinggi dan strok.
3) LAIN - LAIN
- Kesan sampingan daripada ubat.
- Kekurangan vitamin seperti vitamin B12.
- Rasa kebas juga berlaku jika seseorang kekurang darah, terlalu gemuk, wanita mengalami putus haid serta orang yang kekurangan kalsium.
Apa yang perlu dilakukan jika rasa kebas berlaku ?
Dalam sesetengah keadaan, rasa kebas adalah tidak perlu dihiraukan. Contohnya, apabila tertindih lengan sewaktu tidur kerana urat saraf hanya terganggu sehingga menyebabkan aliran darah sempit.
Contoh lain apabila kita duduk bersila terlalu lama, kita akan merasa kebas. Keadaan ini biasanya akan hilang apabila kita bangun dan bergerak.
Kebas seperti dua contoh diatas adalah normal. Sekiranya ia berlaku anda hanya perlu menggerkkan anggot badan dan membuat regangan untuk melegakan rasa kebas yang dialami.
***tetapi anda digalakkan untuk berjumpa doktor sekiranya :-
1) Rasa kebas kerap berlaku dan berulang-ulang.
2) Keadaan kebas yang dialami bertambah teruk.
3) Kebas melibatkan kedua-dua bahagian badan.
4) Kebas terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu.