HTML

Thursday, February 8, 2018

Betulkah duduk terlalu lama tidak baik untuk kesihatan??

akibat duduk terlalu lama
Tahukah anda duduk terlalu lama bahaya untuk kesihatan?? 

DUDUK TERLALU LAMA??


Pernah tak anda duduk terlalu lama sehingga berjam-jam dan kaki anda mula terasa kebas? Akhirnya anda sedar bahawa kaki anda sudah tidak dapat bergerak lagi. 

Menakutkan bukan? Tapi kalau anda nak tahu itulah yang telah terjadi pada seorang budak lelaki di China. Akibat terlalu leka bermain game selama 20 jam, akhirnya dia menyedari kakinya tidak dapat bergerak. Menyedari keadaan itu, dia meminta bantuan rakannya & dia disahkan lumpuh separuh badan dari paras pinggang hingga ke kaki. 


ARTIKEL PENUH BACA DI SINI ⇒ https://goo.gl/qBvyy9

AKIBAT DUDUK TERLALU LAMA

Tahukah anda bahawa duduk terlalu lama boleh meningkatkan risiko kematian awal?

Dianggarkan bahawa 60-75 minit sehari senaman ringan diperlukan untuk mengimbangkan peningkatan risiko kematian yang dikaitkan dengan lebih daripada lapan jam sehari duduk. Jadi, jom ketahui beberapa kesan duduk terlalu lama.


1. Meningkatkan Risiko Diabetes

Wanita yang menghabiskan masa untuk duduk selama 7 jam sehari akan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2. Ini kerana, Insulin yang bertanggungjawab menjaga kestabilan gula akan menjadi kurang sensitif.

2. Risiko Obesiti


kesan duduk terlalu lama
Duduk terlalu lama menyebabkan masalah berlebihan berat badan

Individu yang duduk terlalu lama juga berisiko dengan Obesiti kerasa ketika duduk pergerakan seseorang sangat minimum. Oleh itu, pembakaran kalori dalam tubuh sangat kurang manakala, tenaga yang sepatutnya digunakan hanya ter"simpan".

3. Masalah Jantung

Kalau anda nak tahu, duduk terlalu lama boleh menyebabkan otot hanya membakar sedikit lemak dan ini juga memperlambat peredaran darah. Maka secara tidak langsung, ia akan mengganggu organ jantung.

Orang yang memiliki kebiasaan duduk terlalu lama  juga lebih berpotensi terkena berbagai masalah kardiovaskular yang lain ini kerana lemak akan berkumpul di otot & pembuluh darah.

4. Mengganggu Postur Badan.

Kesan duduk lama
Duduk terlalu lama boleh sebabkan belakang anda sakit. 

Hal ini terjadi kerana, tulang belakang akan menahan badan kita ketika sedang duduk. Sehingga terjadi tekanan yang berterusan, lalu membuatkan tulang belakang kita semakin terbeban.

Di samping itu, ia juga boleh merosakkan sendi belakang. Ini kerana, sendi-sendi belakang badan kita tidak dapat bergerak dengan baik terutamanya sendi di bahagian pelvis. Akhir sekali, sendi kita dan sifat fleksibiliti berterusan terganggu.

5. Rasa kebas

Terlalu lama duduk juga boleh menyebabkan kebas & semut-semut. Ini kerana, keadaan badan yang statik dan kurang pergerakan selama beberapa jam, terutama pada bahagian kaki anda.

kesan duduk terlalu lama
JADI, ADAKAH ANDA MASIH MAHU DUDUK DALAM TEMPOH YANG LAMA? 

Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :-

1. 7 PETANDA ANDA MUNGKIN MENGHIDAP KENCING MANIS!

2. ATASI SAKIT BAHU ANDA TANPA PERLU KE HOSPITAL!

3. Inilah Cara Legakan Sakit Belakang Anda!

No comments: