HTML

Saturday, February 24, 2018

Apa Kaitan Ukur Lilit Pinggang dengan Kesihatan Anda?

obesiti
Kenapa penting ukur lilit pinggang? 


Apa Itu Ukur lilit pinggang?


Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR - Waist to hip ratio) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang. Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki.

Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal.


Penanda Aras Kesihatan Individu


Ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa selain berat badan, ukur lilit pinggang juga boleh menjadi penanda aras untuk tentukan tahap kesihatan kita. Hal ini kerana, kaedah yang mudah dan ia digunakan untuk menggambarkan taburan lemak dibahagian perut (abdominal fat).

Ia sangat berguna untuk orang yang mempunyai BMI yang normal dan mempunyai lebih berat badan. Hasil kajian Pusat Perubatan Southwestern Universiti Texas yang dilaporkan Reuters mengatakan, walaupun berat badan tidak bertambah, pakar perubatan berpendapat peningkatan ukuran pinggang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.


kepentingan ukur lilit pinggang
Bagaimana ukur lilit pinggang anda? 


Ini membimbangkan kerana peningkatan ukuran pinggang menandakan risiko mendapat pelbagai penyakit semakin tinggi. Tanpa kita sedari, kegemukan akan datang bersama peningkatan tekanan darah serta paras gula dan kolesterol yang secara tidak langsung mendekatkan kita kepada penyakit jantung atau strok.



Sindrom ini berlaku pada individu yang ukuran pinggangnya:


Ukuran Lilit Pinggang Maksimum:


Bagi lelaki = 88 hingga 94 cm (35.4 inci hingga 40 inci)
Bagi wanita = 80 cm (31.5 inci)


Tambahan, tekanan darah melebihi 130/85 mmHg, paras glukos melebihi 5.6 mmol/liter serta paras kolesterol tinggi melebihi 5.2 mmol/liter.

Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah menetapkan Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 22 sebagai berat badan baik (tetapi 23 juga diterima). Ia bukan saja boleh menjadi pengukur kepada keseimbangan berat badan, sebaliknya menjadi penanda aras bagi kekerapan untuk tekanan darah tinggi.

Ini kerana kajian menunjukkan hampir 50 peratus individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi mempunyai BMI melebihi 30.



penurunan berat badan
Info KKM : Penurunan Berat Badan Sihat & Selamat


Realitinya penurunan timbangan berat badan yang tidak memudaratkan fungsi tubuh ialah dua hingga empat kilogram setiap bulan sahaja. Antara panduan yang diberikan untuk menimbang berat badan ialah menimbang menggunakan penimbang yang sama selain kiraan diambil pada waktu sama setiap kali yang mana paling baik ialah seminggu sekali saja.



Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-

1. Betulkah duduk terlalu lama tidak baik untuk kesihatan??

2. KAJIAN TENTANG VAPE YANG ANDA WAJIB TAHU!

3. KANSER SERVIKS - APA YANG WANITA WAJIB TAHU?

Thursday, February 15, 2018

MANDI MALAM SEBABKAN PARU-PARU BERAIR??

MITOS MANDI MALAM
Mitos bahaya mandi malam

BAHAYA MANDI LEWAT MALAM? 


"Timahhhh, apasal mandi lewat ni? Jam 10 malam dah ni! 
Kan nenek selalu pesan, balik sekolah terus pergi mandi. Tak baiklah mandi lewat malam, 
nanti paru-paru kamu tu berair. Kamu nak ke sakit? "


Waktu kecik-kecik dulu, selalu kan kita dengar orang-orang tua marah jika kita mandi lewat malam.
Mereka sering ingatkan kita bahawa kerap mandi lewat malam boleh sebabkan paru-paru berair. Kononnya, liang roma akan terbuka dan akan menyebabkan air masuk ke dalam badan ketika mandi. Air yang berlebihan ini akan terkumpul di dalam paru-paru dan akhirnya menyebabkan paru-paru berair

TAPI BETULKAH??


Sebenarnya, mandi waktu malam TIDAK akan menyebabkan air masuk ke dalam tubuh dan berkumpul di paru-paru. Perkara ini hanyalah mitos semata-mata.

ALASANNYA? 

Alasan utamanya adalah, lapisan kulit kita merupakan lapisan yang tidak telap pada air. Dan liang roma juga tidak akan terbuka pada waktu malam.

Anda nak tahu lebih lanjut mengenai mandi malam ini? KLIK DI SINI !!


Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-

1. ANDA TIDAK BOLEH MENDERMA DARAH JIKA..??


Thursday, February 8, 2018

Betulkah duduk terlalu lama tidak baik untuk kesihatan??

akibat duduk terlalu lama
Tahukah anda duduk terlalu lama bahaya untuk kesihatan?? 

DUDUK TERLALU LAMA??


Pernah tak anda duduk terlalu lama sehingga berjam-jam dan kaki anda mula terasa kebas? Akhirnya anda sedar bahawa kaki anda sudah tidak dapat bergerak lagi. 

Menakutkan bukan? Tapi kalau anda nak tahu itulah yang telah terjadi pada seorang budak lelaki di China. Akibat terlalu leka bermain game selama 20 jam, akhirnya dia menyedari kakinya tidak dapat bergerak. Menyedari keadaan itu, dia meminta bantuan rakannya & dia disahkan lumpuh separuh badan dari paras pinggang hingga ke kaki. 


ARTIKEL PENUH BACA DI SINI ⇒ https://goo.gl/qBvyy9

AKIBAT DUDUK TERLALU LAMA

Tahukah anda bahawa duduk terlalu lama boleh meningkatkan risiko kematian awal?

Dianggarkan bahawa 60-75 minit sehari senaman ringan diperlukan untuk mengimbangkan peningkatan risiko kematian yang dikaitkan dengan lebih daripada lapan jam sehari duduk. Jadi, jom ketahui beberapa kesan duduk terlalu lama.


1. Meningkatkan Risiko Diabetes

Wanita yang menghabiskan masa untuk duduk selama 7 jam sehari akan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2. Ini kerana, Insulin yang bertanggungjawab menjaga kestabilan gula akan menjadi kurang sensitif.

2. Risiko Obesiti


kesan duduk terlalu lama
Duduk terlalu lama menyebabkan masalah berlebihan berat badan

Individu yang duduk terlalu lama juga berisiko dengan Obesiti kerasa ketika duduk pergerakan seseorang sangat minimum. Oleh itu, pembakaran kalori dalam tubuh sangat kurang manakala, tenaga yang sepatutnya digunakan hanya ter"simpan".

3. Masalah Jantung

Kalau anda nak tahu, duduk terlalu lama boleh menyebabkan otot hanya membakar sedikit lemak dan ini juga memperlambat peredaran darah. Maka secara tidak langsung, ia akan mengganggu organ jantung.

Orang yang memiliki kebiasaan duduk terlalu lama  juga lebih berpotensi terkena berbagai masalah kardiovaskular yang lain ini kerana lemak akan berkumpul di otot & pembuluh darah.

4. Mengganggu Postur Badan.

Kesan duduk lama
Duduk terlalu lama boleh sebabkan belakang anda sakit. 

Hal ini terjadi kerana, tulang belakang akan menahan badan kita ketika sedang duduk. Sehingga terjadi tekanan yang berterusan, lalu membuatkan tulang belakang kita semakin terbeban.

Di samping itu, ia juga boleh merosakkan sendi belakang. Ini kerana, sendi-sendi belakang badan kita tidak dapat bergerak dengan baik terutamanya sendi di bahagian pelvis. Akhir sekali, sendi kita dan sifat fleksibiliti berterusan terganggu.

5. Rasa kebas

Terlalu lama duduk juga boleh menyebabkan kebas & semut-semut. Ini kerana, keadaan badan yang statik dan kurang pergerakan selama beberapa jam, terutama pada bahagian kaki anda.

kesan duduk terlalu lama
JADI, ADAKAH ANDA MASIH MAHU DUDUK DALAM TEMPOH YANG LAMA? 

Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :-

1. 7 PETANDA ANDA MUNGKIN MENGHIDAP KENCING MANIS!

2. ATASI SAKIT BAHU ANDA TANPA PERLU KE HOSPITAL!

3. Inilah Cara Legakan Sakit Belakang Anda!

Sunday, February 4, 2018

Wah kulit mak semakin halus selepas mengambil Tasly Margaret Plus

 

Tasly margaret untuk keseimbangan hormon
TASLY MARGARET PLUS

Harga Pasaran : RM 130



Keistimewaan Tasly Margaret Plus Untuk Wanita

Tasly Margaret Plus mengandungi ramuan utama iaitu ekstrak kacang soya, Trifolium pratense, Paeoniae Alba dan Ganoderma lucidum. Kandungan utama Margaret plus adalah isoflavon soya yang berkualiti tinggi serta herba tradisional trifolium pratense digabungkan supaya menyelaraskan keseimbangan fisiologi keseluruhan dalam badan serta memberi kesan sinergetik.

Kelebihan mengambil Tasly Margaret Plus adalah :-


  1. •Mencegah penyakit alzheimer
  2. •Mencegah kanser payudara
  3. •Mencegah osteoporosis
  4. •Mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular
  5. •Memperlahankan proses penuaan



KHASIAT MARGARET PLUS TASLY


Bagaimana cara memelihara kesihatan dengan betul?

Menurut perubatan moden, banyak penyakit di kalangan wanita adalah disebabkan oleh gangguan paras estrogen dalam badan, di mana siri gejala seperti berikut boleh diperhatikan:-


  • Pendarahan uterin
  • Kepeningan
  • Pelupa
  • Rasa kecewa
  • kutit berasa gatal
  • Sakit belakang
  • Badan semakin bongkok 
  • Kekurangan stamina
  • Kemerahan muka
  • Perpeluhan spontan
  • Perpeluhan malam
  • Mudah naik marah
  • Ketidakstabilan emosi
  • Berpeluh di tapak tangan dan kaki
  • Kepanasan pada kepala dan pipi
  • Ketidakaturan haid samada terlalu awal atau lewat 
  • Pengaliran haid samada sangat banyak atau terlalu sedikit
  • Berasa demam panas atau sejuk demam tiba-tiba
  • Tidak dapat berdiri atau bekerja untuk jangka waktu panjang


Kandungan Tasly Margaret Plus di mana Ganoderma lucidum, Paeoniae alba dan Trifolium pratense boleh memberi kesan tersebut. Isoflavon soya berkualiti tinggi dan herba tradisional Trifolium pratense digabungkan supaya memberi kesan sinergetiknuntuk melaraskan keseimbangan hormon wanita.



Tasly Margaret plus kesan dalam 30 hari
BERKESAN DALAM 30 HARI




5 Fungsi Utama:

Kesan hampir sama seperti estrogen

Ia dapat merawat gangguan kitaran haid, sengugut yakni kesakitan semasa haid, pendarahan uterin dan penyakit lain. Ia juga sangat sesuai untuk meringankan gejala putus haid.

Anti-tumor.

Isoflavon kacang soya mempunyai kesan anti-tumor yang ketara, khususnya terhadap tumor yang berkaitan dengan hormon, seperti kanser payudara dan kanser prostat. Melalui kesan estrogen, ia dapat menghasilkan kesan pencegahan tumor pada tahap tertentu. Paeoniae alba dapat meneutralkan racun bahan-bahan karsinogen, manakala Ganoderma lucidum membawa kesan baik dalam pelarasan dan pengaktifan fungsi imuniti yang menguatkan kebolehan badan untuk mencegah tumor.

Mencegah osteoporosis

Apabila memasuki peringkat putus haid, kaum wanita menghadapi risiko osteoporosis (kehilangan jasad tulang yang ketara) yang lebih tinggi. Isoflavon kacang soya didalam Tasly Margaret Plus, boleh mengurangkan aktiviti osteoklas dan menyebabkan apoptosis padanya, ia meningkatkan fungsi osteoprotegerin dan mencegah kejadian osteoporosis.

Mempertahankan salur darah kardiak

Paeoniae alba dan Ganoderma lucidum berkesan dalam pengembangan arteri koronari dan perlindungan otot kardiak (jantung) daripada kekurangan bekalan darah; herba-herba ini digunakan secara meluas untuk membantu dalam perawatan dan pencegahan penyakit jantung koronari, angina dan sebagainya. 

Isoflavon kacang soya dan Ganoderma lucidum boleh mengurangkan kadar kejadian aterosklerosis; ia juga mempunyai kesan memperbaiki peredaran-mikro, mencegah trombosis dan sebagainya.

Meningkatkan keimunan

Isoflavon kacang soya berfungsi meningkatkan imuniti tak-spesifik pada badan. Ganoderma lucidum berkesan meningkatkan kekuatan dalaman, memperkhasiatkan dan memperkuatkan badan, memanjangkan umur, meningkatkan fungsi imun dan menguatkan rintangan melawan penyakit.


Jika kita ingin mengekalkan kesihatan dengan cara yang terbaik, kita harus bermula daripada keseluruhan konsep Perubatan Tradisional Cina, iaitu dari segi pelarasan keseimbangan fisiologi keseluruhan dalam badan.


PERTANYAAN
PERTANYAAN

wasap.my/60192266478/margaret+plus




Anda mungkin meminati aretikel ini.



Friday, February 2, 2018

KAJIAN TENTANG VAPE YANG ANDA WAJIB TAHU!

kesan rokok & vape
Mana lebih selamat, Vape atau rokok? 

Vape vs Rokok


Vape atau e-rokok bukan lagi sesuatu yang asing dalam masyarakat kita.
Ramai perokok yang dulunya "berteman" dengan rokok kini telah beralih kepada vape kerana dikatakan vape ini lebih baik berbanding rokok.

Namun, adakah benar vape lebih sihat jika dibandingkan dengan rokok?
Adakah benar vape ini kurang memberi kesan bahaya kepada jantung jika dibandingkan dengan rokok?

Hasil Kajian Mengejutkan! 


Persoalan tersebut pasti menjadi tanda tanya kepada para penggemar vape kan?
Oleh itu, satu kajian mengenai kesan bahaya vape telah dijalankan oleh Moon-Shong Tang, profesor perubatan alam sekitar di Universiti New York (NYU) dan hasilnya sangat MENGEJUTKAN!!

Anda nak tahu hasil kajian tersebut?? 

KLIK DI SINI

berhenti merokok
Anda nak berhenti merokok? 



Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-

1. KERANA 2 KOTAK ROKOK SEHARI.

2. TIPS POWERFUL UNTUK BERHENTI MEROKOK!

3. ROKOK VS JANTUNG !!