HTML

Tuesday, November 28, 2017

JANGAN PANDANG REMEH TANDA-TANDA KANSER LIMFOMA!

Kanser Limfoma
Punca Limfoma masih tidak dapat dijelaskan. 


Menurut ketua perkhidmatan Hematologi kebangsaan iaitu Datuk Dr. Chang Kian Meng, kanser jenis ini termasuk dalam kategori penyakit berbahaya yang sangat jarang berlaku. Lebih mengejutkan lagi, kes ini banyak terjadi pada golongan muda. 


Dr. Kim Meng pula mengatakan bahawa Kanser Limfoma boleh dikenalpasti melalui kaedah biopsi seperti ujian darah, X-ray, CT Scan, MRI Scan dan PET Scan. 

Anda nak tahu lebih lanjut? KLIK https://goo.gl/NBsTtt


Friday, November 24, 2017

7 PETANDA ANDA MUNGKIN MENGHIDAP KENCING MANIS!

tanda-tanda diabetes
Penyakit Diabetes


Pagi-pagi lagi mak dah mengadu kat abang, katanya Abah kerap bangun malam & pergi buang kecil. Mak syak, barangkali abah terkena penyakit kencing manis. Jadi, pagi tu mak ajak abang bawa abah ke klinik, takut jadi lebih teruk katanya. 

Setibanya di klinik, & sampai giliran, abah pun masuk berjumpa doktor. Abah menceritakan beberapa simptom yang dialami semenjak beberapa minggu ni. Abah beritahu doktor, bahawa dia kerap kencing pada waktu malam, kerap rasa lapar & selalu rasa penat & lelah. 


Setelah mendengar kata-kata abah, doktor lakukan ujian darah untuk melihat kadar gula dalam darah abah. Setelah selesai, doktor mengesahkan abah memang menghidap diabetes kerana bacaan gula abah 15.8. 

Selain itu, doktor juga memberitahu bahawa tekanan darah abah juga tinggi. Oleh itu, doktor menasihati abah untuk mengawal cara pemakanan & gaya hidup. Selesai, pemeriksaan doktor, abah dinasihati untuk mengambil ubat yang dibekalkan secara konsisten. 


Tanda-tanda diabetes
1 daripada 5 orang dewasa menghidap kencing manis

APA ITU KENCING MANIS?


Tahukah anda bahawa 1 daripada 7 dewasa menghidap penyakit kencing manis! Penyakit ini bukanlah suatu penyakit berjangkit, namun, ia boleh menjadi berbahaya sekiranya tidak di kawal dengan baik.

Penyakit Kencing manis atau Diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin. Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. 

Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi. Oleh itu, badan anda akan menunjukkan beberapa petanda menunjukkan bahawa anda mengalami penyakit ini. 


Anda nak tahu 7 petanda tersebut?? 



Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus


  • Diabetes mellitus jenis 1.
  • Diabetes mellitus jenis 2.
  • Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.

7 TANDA PENYAKIT KENCING MANIS! 


Tanda-tanda kencing manis
Tahukah anda, 1 daripada 7 dewasa menghidap penyakit kencing manis?

simptom diabetes
Kerap buang air kecil pada waktu malam

diabetes
Mudah rasa lapar sepanjang waktu

Kencing manis
Berat badan semakin berkurangan

Diabetes
Penglihatan menjadi kabur

Tanda diabetes
Luka lambat sembuh

tanda diabetes
Kaki kerap kebas

petanda kencing manis
Mudah letih & lemas


Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :-

1. Inilah Penyebab Sakit Kepala Anda & Cara Atasinya!

2. APA ITU SERANGAN JANTUNG?

3. Apa itu Darah Tinggi/ Hipertensi?

Wednesday, November 15, 2017

KENAPA STRESS TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN?


Keburukan Stres
Terdapat banyak perkara yang boleh membuatkan seseorang menjadi stres.

Situasi 1 

"Rahmat, kenapa prestasi kerja awak semakin menurun? Semalam client call dan mengadu kat saya, kata awak tak hantar lagi quotation yang mereka minta. Kalau kerja senang macam ni awak tak boleh buat, baik awak tulis surat resign, serahkan kat saya! Saya tak nak disebabkan awak seorang, reputasi syarikat jatuh!!"

Situasi 2 

"Fit, kau dah siap tak assgment Prof Roslee yang dia bagi minggu lalu? Semalam Syahrul call aku, dia cakap Prof dah awalkan due date untuk assignment tu. Prof nak kita submit kerja tu esok pagi, jam 9 kat bilik dia. 

Aku rasa nak nangis weehh, aku tak siap lagi ni, bahan rujukan pun aku tak jumpa!! Apasal la Prof tiba-tiba ubah tarikh submit ni, kan dah elok-elok dia kata submit next week hari tu!! Aku bengang weeii"


Situasi 3 

"Adan!! kenapa rumah bersepah ni? Mak kan dah pesan, jangan sepahkan permainan kamu!! Bila dah tak nak main, permainan tu semua kemas!! Mak, dah la penat, baru balik kerja, nak kena masak lagi, kamu pula sepahkan rumah. Mak nak kamu kemas kan barang permainan kamu sekarang juga!!"



********



Situasi-situasi seperti di atas mesti akan menguji kesabaran kita kan?  Ada ker yang tak stress bila dalam situasi ini? Mesti ramai yang stress, marah & mengeluh kan?? 

Rasanya tidak salah kalau dikatakan stress adalah keadaan jiwa yang paling popular abad ini. Betul tak? Dengar macam lawak, tapi cuba anda ingat semula berapa ramai orang yang anda jumpa dan katakan  mereka sedang stress? Atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya?

Walaupun stress tu bukan suatu penyakit, tapi ia banyak kesan negatif sekiranya tidak dikawal dengan bijak. Dan jika itu berlaku, sedarlah bahawa anda telah membuka "pintu" dengan pelbagai jenis masalah kesihatan.



16 FAKTA TENTANG STRESS!



1. Ketika stress, pupil mata seseorang akan membesar. Ini kerana tubuh mendapatkan signal tentang apa yang terjadi dan memberikan reaksi seperti itu.




Bahaya Stress
Rambut gugut disebabkan stress



2. Stress juga boleh menyebabkan rambut gugur. Rambut yang gugur kerana stress boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu :

  • Alopecia areata: Rambut  gugur disebabkan oleh sel-sel darah putih menyerang folikel rambut, ia selalunya disebabkan oleh stress berat. 
  • Trikotilomania: Dorongan yang sangat kuat untuk mencabuti rambut dari kulit kepala. Gangguan ini turut disebut 'kelainan mencabut rambut'.

    Penyebabnya, penderita menghadapi emosional tinggi untuk mencabut rambut mereka, sehingga keadaan ini boleh menyakitkan penderita. 
  • Telogen Effluvium: Merupakan jenis rambut gugur yang mengakibatkan botak sementara yang terjadi secara mendadak, penyebab paling umum adalah stress dan usai pemulihan dari sakit.

    Jumlah rambut gugur ini boleh boleh dikatakan segenggam ketika menyisir menggunakan tangan dengan tarikan perlahan. Jenis keguguran rambut ini menyebabkan penipisan secara menyeluruh dan kelihatan seolah-olah botak.

3. Stres juga akan mempengaruhi kesihatan kulit dan mampu membuat anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Satu penelitian pernah dilakukan dan ia menunjukkan bahawa stres dapat menurunkan kesihatan kulit.

4. Ketawa mampu mengurangkan tingkat hormon stres iaitu Adrenaline dan Cortisol. Jadi semasa ketawa, sebenarnya anda juga sedang menurunkan tingkat stres dalam tubuh. Ketawa juga boleh membantu meningkatkan kesihatan anda dengan meningkatkan hormon lain dalam tubuh.

5. Stres sebenarnya dapat mempengaruhi jerawat anda. Jerawat memang muncul akibat kotoran yang terperangkap dalam pori-pori kulit. Namun stres juga mampu mempengaruhi jerawat. Hal ini kerana, stres akan menyebabkan peradangan yang meningkatkan produksi sebum dan mempengaruhi jerawat di wajah anda.



Hindari Stres
Awas!! Stres "Silent Killer"


6. Stres juga dikenali dengan gelaran 'silent killer' atau pembunuh senyap. Banyak orang yang terkena stres namun mereka tidak menyedari bahawa stres  akan mengundang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan diabetes.

7. Dipercayai juga bahawa stres boleh membuatkan darah menjadi kental. Ini adalah berita buruk untuk tubuh kita kerana ia boleh menyebabkan pembekuan darah dan penyumbatan pembuluh darah.

8. Stres juga akan mempengaruhi tingkat gula dalam darah kerana ia akan menyebabkan gula darah naik dan menyebabkan mood yang tidak menentu dan rasa lemah pada tubuh. 

9. Stres mempengaruhi aliran darah dalam tubuh. Ketika seseorang merasa stres, mereka akan mengalami sakit kepala. Salah satunya adalah sakit kepala yang seperti dicucuk-cucuk akibat daripada stres yang teruk. Ia terjadi kerana aliran darah ke otak terganggu dan menyebabkan kepala sakit. 

10. Stres yang teruk akan menyebabkan masalah seperti Insomnia dan Apnea tidur (gangguan pernafasan semasa tidur). Jika anda mengalaminya, sebaiknya anda mula mengawal stres dalam diri anda.

11. Stres juga mempengaruhi ghairah seksual pada seseorang. Saat mengalami stres, seseorang tidak akan memiliki ghairah seks dan libido.

12. Wang punca utama stres. Pada 2009, satu soal selidik telah dilakukan oleh CNN dan berjaya menunjukkan bahwa alasan utama stres di sebagian besar negara adalah kewangan. Malaysia, Tiongkok, Singapura, dan Amerika Syarikat merupakan negara yang paling stres tentang kewangan. 

13. Lelaki lebih terdedah dengan stres. Wanita umumnya lebih baik dalam menangani situasi emosional dan stres. Sementara, lelaki lebih terdedah untuk mengalami gangguan kesihatan akibat terlalu banyak stres. Gangguan yang berhubungan dengan stres adalah hipertensi, perilaku agresif, pengambilan ubat-ubatan dan alkohol.

14. Menurut sebuah kajian yang dilakukan laman web pencarian kerja CareerCast, pekerjaan paling stres pada 2014 adalah anggota tentera, bomba, juruterbang, dan penyelaras majlis. Kemudian, pekerjaan paling stres 2015 adalah audiologi, penata rambut, perhiasan, profesor universiti, dan tukang jahit.




Bahaya Stress
Stress boleh menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.


15. Stres meningkatkan kemungkinan kelahiran bayi pra-matang. Beberapa data hasil penyelidikan menunjukkan bahawa pencetus stres kronik pada ibu hamil yang tidak diiringi dengan kemampuan mengawal stres yang baik boleh menyebabkan kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah atau lahir secara pra matang. 

Hal ini disebabkan menurunnya aliran darah ke rahim yang dapat secara signifikan mempengaruhi pertumbuhan janin. Stres juga dapat mempengaruhi plasenta ibu hamil. Ketika ibu hamil mengalami stres, terutama pada trimester pertama, plasenta meningkatkan penghasilan hormon pelepas kortikotropin (CRH). 

Hormon ini sebenarnya berperanan untuk mengatur waktu kehamilan. Ketika stres, kadar hormon tersebut menjadi lebih tinggi daripada yang sepatutnya dan secara tidak langsung ia akan mempercepat durasi kehamilan, sehingga bayi terdedah dengan risiko lahir secara pra matang.

16. Stres mencetuskan perubahan susunan neurokimia tubuh. Sebanyak 30% dari masalah ketidaksuburan adalah disebabkan stres. Bagi seseorang wanita, stres akan mempengaruhi pematangan dan pelepasan sel telur. 

Hal ini dapat menyebabkan kejang pada saluran tube dan rahim sehingga mempengaruhi implantasi. Manakala bagi seorang lelaki, stres berlebihan akan mempengaruhi jumlah sperma mereka.




AYUH!! BEBASKAN DIRI DARI STRES!!



1. Hirup Udara Segar, dan Lihat Pemandangan

Cara Atasi Stress
Matahari pagi mampu meningkatkan Vitamin D di dalam badan. 



Ketika stres, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah meninggalkan ruangan anda dan melepaskan kepenatan sejenak untuk mencari udara segar seketika. Cara ini mampu menenangkan diri kita dari tekanan yang mampu menganggu kestabilan mental dan jiwa. 

Carilah tempat yang mempunyai udara segar dan memiliki pemandangan indah. Jika beban permasalahan masih mendera maka sebaiknya kita berjalan-jalan pada waktu pagi di tempat yang sejuk dan memiliki pemandangan indah terutamanya tempat yang mempunyai sinar matahari pagi.

Menurut penelitian ternyata bahawa ketika tubuh terkena matahari pagi ia akan meningkatkan vitamin D di dalam badan, yang akan membantu untuk meningkatkan penghasilan hormon Serotonin. Hormon ini turut dikenal sebagai hormon “bahagia“, dengan demikian kita akan merasa lebih gembira.

2. Manjakan diri Dengan Mandi atau Berendam


Sudah sekian lama di yakini bahawa air mempunyai kesan yang sangat baik untuk menenangkan diri dan fikiran. Ketika seseorang berada dalam air, fikiran akan merasa tenang dan tubuh juga akan berasa sangat nyaman. 

Hal ini tentunya tak terlepas dari stimulus suasana mengingatkan tubuh dan fikiran pada keadaan kita semasa berada di dalam rahim dimana kita merasa sangat tenang dan disayangi. Selain itu kesan air itu mampu memberikan ketenangan pada tubuh. 

Ia boleh dilakukan dengan cara mandi atau berendam di tab mandi ataupun mandi dengan air suam dan siram tubuh secara perlahan-lahan sambil  menikmati setiap basuhan air di tubuh anda. Rasa nyaman tersebut boleh membuatkan anda terlupa dari  kepenatan dan masalah anda.

3. Bersenam


“Di dalam tubuh yang sihat terdapat jiwa yang kuat”, mungkin peribahasa ini sangat sesuai sebagai kiasan. Senaman bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh tetapi sangat baik untuk kesihatan jiwa.
Ketika anda dilanda stres maka bersenaman merupakan salah satu kegiatan yang sangat digalakkan untuk anda lakukan.

Ketika bersenam tubuh kita akan meningkatkan produksi hormon Endorphin, iaitu hormon yang mampu memberi ketenangan pada fikiran kita. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda memperuntukkan masa untuk melakukan aktiviti sukan yang anda gemari.

4. Tenangkan Diri dan Bayangkan Tempat yang Indah dan Nyaman


Jika sedang stres tetapi tidak dapat meninggalkan ruangan kerja untuk seketika bagi menghirup udara segar, cuba untuk menenangkan diri dengan  cara membayangkan pemandangan yang nyaman seperti pemandangan pantai, langit biru, gunung, bukit,  atau suasana yang kita suka. 

Cara mengatasi stres menggunakan cara ini memang cukup sederhana namun memiliki kesan yang cukup baik agar fikiran tidak terlalu tegang.

5. Meditasi atau Yoga



Cara Mengatasi Stres
Yoga dapat mengatasi stres


Meditasi atau yoga sudah lama dikenali sebagai aktiviti yang sangat baik dalam mengawal emosi dan fikiran. Banyak pakar yang mengakui bahawa kesan dari meditasi dan yoga sangat baik bagi 
menenangkan jiwa seseorang.

Bahkan menurut hasil penelitian, melakukan meditasi selama 15 minit sudah bersamaan dengan kesegaran tubuh badan ketika melakukan senaman selama sejam.

Apabila stres yang menerpa anda dirasa semakin berat maka adalah lebih baik untuk melakukan meditasi secara rutin. Sama seperti yoga, mengatasi stres dengan yoga cukup dilakukan selama 5 minit saja  dengan teknik membuka diri dan melepaskan beban di bahu, dada, dan fikiran.

6. Meluah Dengan Teman, Sahabat, atau Keluarga


Stres biasanya disebabkan oleh fikiran yang terbeban dengan masalah yang dihadapi. Semakin besar beban masalah yang ditanggung oleh seseorang maka kecenderungan untuk stres akan meningkat. 
Maka dengan bercerita atau meluahkan dengan sesorang adalah cara yang paling berkesan dalam mengatasi stres. 

Bahkan menurut penelitian orang yang tertutup memiliki kecenderungan lebih besar untuk mudah mengalami stres dari orang yang membuka diri dan sering berbicara dan berkongsi masalah dengan orang lain. Selain itu, berkongsi masalah mungkin akan memberikan idea  kepada anda untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. 


7. Berhubungan Intim dengan Pasangan


Tips terakhir untuk mengatasi stres ini hanya disyorkan bagi mereka yang sudah berumah tangga. Cara ini merupakan cara unik namun terbukti mampu mengurangkan kadar stres seseorang iaitu dengan berhubungan dengan pasangan iaitu suami atau isteri masing-masing.

Mendatangi pasangan saat stres boleh dilakukan dengan berkongsi cerita dan ditutup dengan hubungan mesra. Sudah bukan rahsia lagi bahawa perasaan yang menyenangkan merupakan lawan kepada stres. Bukan itu saja, hubungan intim juga mampu meredakan kemarahan seseorang.





Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :-

1.  Rokok vs Jantung !!

2. Apa Salah Mencuba Daripada Menderita...

3. "Kewangan" punca Wanita Sakit Jantung !


Monday, November 6, 2017

Apa itu Darah Tinggi/ Hipertensi?


KENALI DARAH TINGGI


Darah tinggi bermaksud apabila bacaan tekanan darah menunjukkan bacaan sistolik 140 mm/Hg atau lebih dan atau diastolik 90 mm/Hg atau lebih dan turut dibantu dengan pengambilan ubat darah tinggi.


Masalah TEKANAN DARAH TINGGI sebenarnya berpunca daripada makanan yang telah dimakan sejak bertahun-tahun lamanya & bukan disebabkan oleh makanan yang anda makan semalam.


Tekanan darah tinggi bukanlah satu penyakit, cuma ia merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah semakin tercemar dengan pelbagai bahan yang terkandung dalam makanan zaman moden ini.

Disebabkan oleh pembentukan endapan lemak, kolesterol dan substansi lain dikenali sebagai plak yang mengeras di dinding arteri selama bertahun-tahun.



Faktor risiko Darah Tinggi

1. Berat badan berlebihan / Obesiti
2. umur semakin meningkat
3. Merokok
4. Tidak bersenam
5. Stress atau tekanan
6. Pengambilan garam yang berlebihan
7. Sejarah keluarga
8. Tahap kolestrol yang tinggi


Komplikasi dari Darah Tinggi


Tekanan darah yang tinggi dapat mengakibatkan bebanan kepada organ lain dan boleh menyebabkan kerosakan. Antara kesan dari tekanan darah tinggi ini adalah :-

1. Jantung 

- Penyakit jantung koronari
- Kegagalan jantung kongestif
- Hypertrophy Ventricular Left


2. Otak

- Strok/ Angin Ahmar

Kesan darah tinggi
Darah tinggi menyebabkan risiko Strok/Angin Ahmar

3. Buah Pinggang

- Kegagalan fungsi buah pinggang


4. Mata

- Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
- Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy


JENIS HYPERTENSI/ DARAH TINGGI


Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

  • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
  • Jalani cara hidup yang sihat
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat
  • Mengurangkan pengambilan garam
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Kurangkan stres
  • Berhenti merokok
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertension/Tekanan darah tinggi
  • Periksa semula tekanan darah anda untuk mengesahkan tiada Hypertension/Tekanan Darah Tinggi
  • Jika anda disahkan mengidap Hypertension/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

  • Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertension/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3
  • Rawatan dengan pengambilan ubat-ubatan atas nasihat doktor
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Dapatkan keterangan lanjut dari doktor
  • Hypertension sistolik sahaja
  • Rawatan dengan pemberian ubatan jika BP ≥ 160/100

Cara menurunkan & mengawal darah tinggi


Kesan darah tinggi
Amalkan gaya hidup sihat untuk dapatkan tekanan darah normal


1. Amalkan cara hidup sihat dengan cara bersenam & konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
2. Amalkan pemakanan yang seimbang dengan kurangkan pengambilan gula, lemak & garam.

 3. Hipertensi perlu dikawal dengan sebaiknya kerana ia turut menyumbang ke arah diabetes.
4. Makan ubat darah tinggi mengikut nasihat doktor.
5. Dapatkan berat badan yang ideal
6. Berhenti merokok
7. Kurangkan stress



Kenapa perlu check tekanan darah? 




Pengidap Hypertension/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Oleh itu, penghidap hypertensi/ tekanan darah tinggi perlu mengukur tahap tekanan darah mereka secara berkala agar mereka dapat mengelak risiko untuk mendapat tekanan jantung.


Jaga kesihatan anda dan mulakan gaya hidup sihat. Ingat, mencegah adalah lebih  baik daripada merawat. 




Anda mungkin berminat dengan artikel ini:-


1APA ITU SERANGAN JANTUNG?

2. Inilah Penyebab Sakit Kepala Anda & Cara Atasinya!

3. Tekanan Darah Rendah atau Hipotensi.