HTML

Friday, June 30, 2017

TANDA-TANDA SAKIT JANTUNG! TUA ATAU MUDA WAJIB TAHU.


Sakit dada, petanda serangan jantung
Sakit dada merupakan salah satu tanda serangan jantung. 


"Assalamualaikum kak, petang nanti kita hantar abah pergi hospital boleh tak?"

"Waalaikummussalam. Eh, kenapa dengan abah Zal? Abah sakit ker? Teruk ke?"

"A'ah. abah sakit kak. Mak kata, lepas balik dari surau solat Zohor tadi Abah kata dada rasa sakit, nafas rasa pendek. Tadi Zal tengok Abah pun, pucat je abah tu. "

"Ya Allah, betul ka? Habis tu, abah sekarang kat mana? Apasal tak bawa Abah pergi hospital sekarang??"

"Abah tak nak kak. Abah kata nak rehat, lepas rehat nanti ok la katanya. Tu yang mak pesan suruh call akak, kalau boleh petang ni balik awal sikit. Pujuk abah tu pergi hospital"

" Tak pa, Rizal pujuk abah, pergi hospital, Cakap kat abah, akak on the way balik rumah nak bawa abah pergi hospital. Akak risau, nanti abah terkena serangan jantung lagi sekali. Simptom-simptom yang Rizal bagi tahu tu pun, sama macam kali pertama Abah kena serangan jantung tahun lalu."

"Tu yang Rizal risau juga tu kak. Ok lah, saya pujuk abah dulu. Akak hati-hati drive ya"

"Ok Zal, nanti jangan lupa siapkan ubat-ubat abah juga tau. Manatau nanti Doktor tanya ubat yang abah makan."

"Ok kak, nanti Rizal siapkan semua tu. Assalamualaikum"


Serangan jantung
Serangan jantung: Tiga kali lebih tinggi punca kematian berbanding kanser!


Tanda-tanda sakit jantung

  • Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit. Jantung mungkin bermasalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah tau saluran koronari tersumbat
  • Kebas pada bahagian tangan kiri dan lengan. Jika sakit  yang dialami pada lengan tangan kiri berpanjangan, anda harus berhati-hati kerana anda  mungkin akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. Bagi wanita pula, sakit akan dirasa pada kedua-dua belah tangan. 
  • Lidah menjadi tegang dan terasa pendek
  • Perasaan menjadi risau yang berlebihan tanpa sebab.
  • Rasa sakit pada dada. Terasa seolah-olah dada dihempap sesuatu yang berat. 

Serangan jantung
Sakit dada seolah ada beban yang berat di atas dada 

  • Sakit pada tangan, lengan, tengkuk abdomen & rahang turut dirasa. Seterusnya, dada menjadi tidak selesa dan terasa seperti dipam angin dan terasa pedih.
  • Batuk tiba-tiba dan berpanjangan
  • Cepat & mudah merasa letih. Nafas menjadi pendek. 
  • Sering rasa loya & tidak mempunyai selera makan
  • Degupan jantung menjadi tidak menentu. 
  • Sering berpeluh walaupun hanya dalam keadaan rehat.
  • Sendi-sendi di kaki atau abdomen membengkak
  • Langsung tidak berdaya & keletihan. 
  • Kepala menjadi sakit & pening. Hilang keseimbangan.

Petanda serangan jantung.
Terasa sakit kepala & hilang keseimbangan badan.


Walau bagaimanapun, ketidakselesaan atau simptom-simptom ini mungkin berbeza mengikut
keadaan individu.


Rahang tidak selesa:
  • Berkemungkinan, anda akan merasa tegang pada sekitar bahagian bawah rahang pada salah satu atau kedua-dua belah bahagian. Rasa tidak selesa ini boleh merebak dari dada ke rahang anda..


Leher seolah-olah terbakar
  •  Leher terasa seperti dicekik dan seolah-olah terbakar di bahagian dalam leher. Seterusnya, rasa tidak selesa ini akan merebak dari dada ke bahu atau leher anda.


Sakit bahu
  •  Rasa tidak selesa pada bahagian bahu. Ia seolah-olah terasa berat.


Sakit belakang
  •  Sakit ini sering di rasai antara kedua-dua tulang belikat dan merebak ke bahagian belakang.



Petanda serangan jantung
Sering sakit belakang.


Rasa letih
  • Cepat berasa letih walaupun hanya melakukan aktiviti ringan seperti bejalan untuk mendapatkan air atau ketika hendak ke tandas.
  • Oleh sebab itu, mereka yang berisiko atau yang menghidap sakit jantung tidak disyorkan untuk melakukan aktiviti sukan yang berat.


Rasa Loya
  • Berasa loya & pening-pening juga adalah salah satu simptom serangan jantung. Kadang-kadang, peluh sejuk juga akan dapat dirasai. Dan seterusnya, merasa semput dan mengalami masalah kesukaran bernafas.




PERHATIAN!! 

Perhatikan tanda-tanda ini pada diri anda, sekiranya anda pernah/sedang mengalami tanda-tanda ini, JANGAN tunggu lagi, sila dapatkan pemeriksaan doktor! Sesungguhnya mencegah lebih baik dari merawat. 





Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-





Thursday, June 15, 2017

Kenyataan Akhbar KPK 14 Jun 2017 - Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum

Tepung gandum
Tepung Gandum selamat digunakan 

Baru-baru ini, telah tular di media sosial mengenai dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tentang penggunaan bahan peluntur Benzoil Peroksida dalam tepung gandum yang dikatakan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, berikut merupakan kenyataan jawapan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kenyataan tersebut. 

Klik untuk baca artikel penuh DI SINI. 

Saturday, June 3, 2017

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENGANDUNG


Tips berpuasa
Dilema ibu mengandung untuk berpuasa

DILEMA IBU MENGANDUNG 


"Doktor, esok dah puasa mula puasakan?"

"A'ah, dah mula puasa da puan. Esok nak kena bangun masak untuk sahur dah ni"

"Errm..saya boleh berpuasa ke Doktor?" 

"In shaa Allah boleh puan. Kenapa puan?"

"Takda la, saya takut baby dalam perut ni. Takda effect kat baby ke Doktor kalau saya puasa?

"Kandungan puan sekarang dah 5 bulan . Baby dan puan pun sihat. In Shaa Allah semuanya ok. Tapi, saya nasihatkan kalau puan rasa tak dapat nak puasa, jangan paksa diri puasa. Tapi, puan kena ingat, puan kena qada' puasa"

"Owh, saya rasa ok je ni kalau nak puasa. Cuma, risau sikit jer.."

"Biasalah puan, lagipun ni first baby kan. Perasaan risau tu memang ada."

"Ada apa-apa tips untuk pastikan kandungan sihat walaupun puasa ni tak Doktor?"

"Yang penting, puan kena jaga pemakanan, jangan ikutkan sangat selera nak makan macam-macam. Puan, kena banyakkan makan makanan berkhasiat, buah-buahan & sayur-sayuran tak boleh tinggal. Kena pastikan juga Puan jangan buat kerja berat-berat dan bila berbuka tu kena banyakkan minum air putih tau."

"owh, macam tu Doktor. In Shaa Allah esok saya puasa dan saya akan cuba jaga semua tu. Terima kasih Doktor!"



TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENGANDUNG  


Bila tiba bulan Ramadan, semua umat muslim pasti sibuk menyiapkan diri untuk memastikan rukun Islam ketiga ini ditempuhi dengan jayanya. Maklumlah setahun cuma sekali. 

Dalam kesibukan tu, tidak ketinggalan golongan ibu mengandung juga akan persiapkan diri fizikal & mental untuk menjalani ibadah puasa bagi memastikan kesihatan diri dan kandungan mereka sihat. 

Kalau puasa ni, kandungan tak apa-apa ker? Inilah antara persoalan yang selalu bermain difikiran golongan ibu mengandung. Sebenarnya dalam Islam sendiri telah memberi kelonggaran kepada para ibu mengandung. 


Mereka boleh berpuasa jika mampu dan dirasakan tidak memudaratkan kandungan & diri sendiri. Mereka juga boleh untuk tidak berpuasa jika dirasakan akan memudaratkan kandungan & diri sendiri dengan syarat, puasa tersebut perlu di qada' (ganti). 


Jadi, di sini ada beberapa TIPS untuk ibu mengandung yang ingin berpuasa! 


1. Sila pastikan anda bersahur setiap hari & mengambil makanan berkhasiat
2. Banyakkan minum air putih dan elakkan mengambil minuman berkafein
3. Jangan berlebihan dalam pengambilan gula & garam 
4. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup
5. Elakkan dari membuat aktiviti & kerja yang berat. 
6. Elakkan berada di tempat yang panas/ terdedah dengan cuaca panas 
7. Semasa berbuka, pastikan anda makan secara perlahan-lahan. Ini bagi mengelakkan usus dari terkejut sebab kemasukan makanan yang berlebihan.
8. Pastikan juga anda mendapatkan makanan yang mempunyai nutrien yang cukup
9. Pastikan juga anda memakan makanan dari sumber yang bersih dan sihat. 


Di samping itu, terdapat beberapa simptom yang anda perlu perhatikan ketika berpuasa. Hal ini bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 

PERHATIKAN SIMPTOM INI :-

Sakit bahagian bawah tulng belakang
Sakit bahagian bawah tulang belakang


1. Kekurangan pergerakan anak dalam kandungan
2. Kontraksi abdomen anda
3. Rasa mual atau muntah-muntah
4. Pening atau rasa di awang-awangan
5. Demam
6. Sakit bahagian bawah tulang belakang
7. Sakit semasa membuang air kecil
8. Sakit kepala
9. Rasa lemah/ Sengal badan
10. Dahaga atau kelaparan yang melampau


Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat & pemeriksaan lanjut. Sebaik-baiknya, anda dapatkan nasihat doktor untuk meneruskan puasa. 


Puasa ketika mengandung
Sila dapatkan nasihat doktor sekiranya terdapat perubahan pada kandungan anda.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua umat muslimin & muslimat. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu satu rahmat kepada kita semua & semoga anda semua dikurnia kesihatan yang baik agar dapat menunaikan ibadah dengan khusyuk. 




Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-

1. "Inilah 6 gejala sakit jantung wanita wajib tahu"


2. Insulin Alternatif Buat Pesakit Diabetes!


3. BAGAIMANA BANTUAN KECEMASAN PESAKIT STROK YANG BETUL??