Proses dialisis akan dijalankan 3 kali seminggu. |
UBAT TAHAN SAKIT "PENYELAMAT"?
Seawal usia 35 tahun, Iza terpaksa menanggung sakit menjalani proses dialisis kerana masalah buah pinggang yang dialaminya awal bulan ini. Iza disahkan mengalami masalah buah pinggang selepas dia mengadu sakit pinggang dan muntah darah.
Risau dengan keadaan itu, dia di bawa ke hospital oleh suaminya. Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan buah pinggangnya telah gagal berfungsi dan dinasihati untuk menjalani proses dialisis.
Hasil penerangan daripada doktor, barulah Iza sedar, bahawa semua ini berlaku akibat tabiatnya yang sering mengambil ubat tahan sakit secara berlebihan setiap kali senggugutnya menyerang. Dia memang akui dia selalu mengambil ubat tahan sakit, sebab senggugut yang dia alami sangat sakit.
Pesakit buah pinggang dikatakan semakin meningkat saban tahun |
Sepanjang menjalani dialisis, Iza akui dia kadang-kadang alami tekanan. Ia disebabkan kesan sampingan yang dialaminya seperti kekejangan otot, loya, muntah-muntah, pening dan berlaku pendarah pada tempat cucukan jarum.
Disebabkan pengalamannya ini, sekarang, Iza hanya mampu bersabar dan mengingati anak dan saudara-maranya agar tidak terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit. Kerana kesannya terpaksa di tanggung sampai bila-bila.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG??
1. Minum air putih secukupnya.
Kita sering diingatkan supaya minum 3 liter air setiap hari. Namun, ramai yang hanya memandang ringan pada pesanan ini. Ramai yang tak tahu bahawa air putih merupakan rakan kerja buah pinggang yang sangat rapat!
Hal ini kerana, air putih akan membantu untuk memastikan buah pinggang dapat menjalankan tugasnya dengan lancar iaitu menapis segala bahan buangan seperti toksin. Sekiranya badan kekurangan air putih, ia akan menyebabkan toksin dan bahan buangan yang lain terkumpul dan ini akan merosakklan buah pinggang.
Oleh itu, amat penting untuk kita meminum air putih yang secukupnya iaitu 3 liter sehari. Selain daripada baik untuk buah pinggang, minum air putih yang cukup juga bagus untuk kekalkan kelembapan kulit tau!
Minum 3 liter air setiap hari |
2. Kurangkan makanan masin
Kalau nak tahu, kebanyakkan orang membuat pengambilan garam yang banyak dalam diet seharian mereka. Mereka tidak sedar, bahawa tabiat ini membawa kepada punca berlakunya kerosakan buah pinggang! Kenapa??
Sebenarnya, badan kita tidak memerlukan sodium atau garam yang banyak untuk berfungsi. Garam yang tinggi dalam darah hanya akan menyebabkan kesan darah tinggi dan keadaan ini secara tidak langsung membahayakan buah pinggang anda!
Jadi, ubah cara pemakanan anda. lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan pengambilan makanan yang bergaram dan masin.
3. Jauhi tabiat suka tahan kencing
PERINGATAN KERAS bagi mereka yang suka menahan kencing!
TOLONG ubah tabiat ini! Tabiat anda yang suka menahan kencing ini akan menyebabkan anda sengsara akibat masalah batu karang jika berterusan seperti itu.
Tabiat suka menahan kencing ini memang akan menyebabkan kerosakan buah pingang yang membawa kepada masalah batu karang. Selain itu, ia juga akan menyebabkan berlaku jangkita kuman pada pundi kencing anda.
Jadi INGAT!! JANGAN tahan kencing anda, cepat-cepat cari tandas dan buang apa yang patut!
4. Jangan amalkan pengambilan ubat tahan sakit
Jangan amalkan pengambilan ubat tahan sakit |
Siapa kat sini yang selalu ambil ubat tahan sakit? Kalau nak tahu, salah satu penyebab kerosakan buah pinggang dan hati adalah melalui tabiat penggunaan berlebihan ubat tahan sakit. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mendapatkan nasihat doktor sebelum membuat pengambilan ubat tahan sakit.
5. Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman bergas.
Bagi mereka yang gemarkan minuman beralkohol dan bergas, anda perlu mengubah tabiat anda ini. Kalau nak tahu, kedua-dua jenis minuman ini mampu meninggalkan kesan buruk kepada buah pinggang dan hati anda. Apa kata, awak ubah minuman ni kepada air putih! kan lebih sihat!
6. Kurangkan minum kopi
Ada tak kat sini yang memang tak boleh tinggalkan kopi? Tiap hari mesti kena minum kopi, kalau tak boleh sakit kepala?
Nak tahu tak? sebenarnya pengambilan kopi yang berlebihan boleh sebabkan kerosakan buah pinggang. Sebab, kafein boleh meningkatkan tekanan darah dan juga menambah berat pada buah pinggang.
7. Kurangkan memakan daging
Bila sebut daging, tiba-tiba teringat pula rendang dan daging masak kicap kan? memang sedap! Tapi, perlu ingat daging tidak boleh dimakan banyak sangat. Ini kerana, sumber protein dari daging haiwan tersebut akan meningkatkan beban metabolik pada buah pinggang.
Ini bermaksud, semakin banyak anda makan daging, semakin banyak protein haiwan yang anda ambil. Seterusnya, semakin susahlah buah pinggang anda bekerja dan menyebabkan buah pinggang anda semakin sukar untuk bekerja.
8. Pengambilan Vitamin dan Mineral secukupnya
Kekurangan vitamin seperti B6 dan magnesium juga antara faktor yang menyebabkan masalah batu karang dan kegagalan buah pinggang. Oleh itu, penting untuk kita mengamalkan diet yang sihat dengan memastikan pengambilan makanan yang lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-