HTML

Friday, January 20, 2017

Minyak Masak, Mahu Jimat @ Sihat??

Sekarang ni ramai yang sibuk perkatakan tentang masalah bekalan & harga minyak masak. Katanya bekalan minyak masak di pasaran dah habis dan ada peniaga yang sembunyikan bekalan minyak masak. Disebabkan masalah bekalan minyak masak ini, ramai yang dah ambil keputusan untuk berjimat cermat dengan cara gunakan minyak masak tersebut berulang kali. 

Berapa kali anda gunakan minyak masak anda untuk memasak? Sekali? dua kali? atau 5 kali?? Memang jimat bukan? Tapi anda sedar tak perbuatan anda ni mengundang penyakit berbahaya kepada anda dan keluarga anda?? 




Minyak masak terpakai punca darah tinggi
MInyak masak terpakai punca darah tinggi


Mahu Jimat atau Sihat?? 


Ini kerana minyak masak yang dipanaskan pada suhu yang tinggi akan mengalami suatu siri tindak balas kimia yang akan menghasilkan pelbagai jenis produk yang mengubah fizikal dan menjejaskan kualiti minyak tersebut. Kerana itulah kita boleh melihat perubahan warna dan rasa kepada minyak tersebut selepas digunakan beberapa kali. 

Minyak masak seperti minyak sawit terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu. Pada suhu yang tinggi, asid lemak ini akan mengalami pengoksidaan yang menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas banyak dikaitkan dengan penyakit barah dan penyakit kardiovaskular. 

Pada asalnya minyak sawit amat berkhasiat untuk semua orang kerana ia mengangungi vitamin E yang tinggi yang merupakan sejenis antioksidan. Namun, apabila minyak sawit ini telah dipanaskan, kandungan vitamin E akan terhapus sedikit demi sedikit bergantung kepada berapa kali minyak tersebut dipanaskan. 

Hasil daripada kajian mendapati, setelah minyak tersebut dipanaskan sehingga lima kali, lebih kurang 98% Vitamin E telah terhapus berbanding sebelum minyak dipanaskan. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa minyak tersebut telah kehilangan banyak nutrien yang diperlukan dan sekiranya kita menggunakan minyak tersebut secara berterusan ia akan memberikan kesan toksik kepada kesihatan kita. 





Elak guna minyak masak secara berulang
Jangan guna minyak masak berulang kali



Apa yang terjadi pada Jantung & salur darah?? 



Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa penggunaan minyak masak secara berulang dapat memberi kesan buruk pada jantung dan salur darah.Satu kajian telah dijalankan dan ia menunjukkan bahawa penggunaan minyak sawit sebanyak lima kali dan sepuluh kali dapat menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kerosakan tisu pada jantung manusia. 


Kajian ini telah disokong oleh satu kajian lain yang telah dijalankan berkaitan masalah ini. Kajian ini telah dilakukan pada model tikus yang telah menopouse. Minyak sawit yang telah digunakan sebanyak lima kali telah menyebabkan peningkatan aras kolestrol darah. Selain itu, ia juga menyebabkan pembentukan lesi aterosklerosis kepada model tikus tersebut. 


Seperti yang kita tahu, Aterosklerosis adalah suatu keadaan di mana terdapat pembentukan lemak di dalam salur darah arteri yang akan menghalang pengaliran darah ke seluruh bahagian badan. Disebabkan pembentukan lesi aterosklerosis ini ia boleh menyebabkan berlakunya serangan jantung, strok dan ia boleh menyebabkan maut. 


Kebarangkalian seseorang wanita untuk menghidap penyakit kardiovaskular seperti aterosklerosis akan meningkat secara mendadak selepas menopouse. Keadaan ini disebabkan oleh penurunan aras hormon estrogen yang mempunyai pelbagai kesan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular. 


Oleh sebab itu, adalah amat penting untuk setiap wanita yang telah mencapai tahap menopause untuk mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah tidak menggunakan minyak masak berulang-ulang. Hal ini adalah penting untuk mengelak mereka daripada menghidap penyakit-penyakit berbahaya. 



Tanda-tanda Minyak Masak Yang Perlu Diganti 


  • Minyak telah berubah warna menjadi lebih gelap
  • Minyak masak yang strukturnya telah berubah menjadi likat
  • Terdapat banyak mendapan di bawah bekas simpanan minyak masak
  • Minyak masak telah berubah bau


Gunakan Minyak Masak Anda Seoptimum mungkin? Caranya??


  • Jangan gunakan minyak masak yang telah digunakan 2 kali dan yang baru, kerana ia mempunyai Smocking Point yang berbeza. 
  • Jangan panaskan minyak masak terlalu lama di atas api kerana semakin panas minyak, semakin cepat struktur minyak berubah bentuk dan semakin tidak sihat minyak tersebut. Oleh itu, jangan panaskan minyak masak terlalu lama jika anda hendak memasak sesuatu. 
  • Tapiskan serpihan-serpihan makanan yang tertinggal di dalam minyak  kerana jika tidak dibuang ia akan mereput dan mempercepatkan lagi struktur minyak berubah. 
  • Selepas minyak sejuk, sebaiknya minyak tersebut ditapis menggunakan kitchen tissue towel, supaya sisa makanan tidak bercampur dengan minyak. 
  • Simpan minyak sebaik-baiknya di dalam bekas yang berpenutup. 



Tahap Kolestrol anda TINGGI? Mungkin anda perlukan Herba Tasly Danshen Plus! 



Anda mungkin berminat dengan artikel ini :-




No comments: