HTML

Tuesday, April 3, 2018

SAKIT KEPALA YANG TERUK? KENALI GEJALA VERTIGO.


gejala vertigo
Penyakit Vertigo menyebabkan kepala menjadi sakit


Iqa: Syikin, kau tak pergi kerja ke hari ini?

Syikin: Aku rasa nak ambil MC la hari ni. Aku rasa pening sangat, sakit kepala. 

Iqa: Eh, ye ker? kau dah makan ubat ke?

Syikin: Aku dah makan ubat pagi tadi, tapi tak ada rasa perubahan. 

Iqa: Bila lagi kau mula rasa sakit ni? Semalam kau ok jer kan?

Syikin: Itu la pasal. Semalam ok jer. Pagi tadi, masa nak bangun solat subuh tu, aku rasa kepala aku sakit sangat, pening sampai rasa macam nak muntah. 

Iqa: Ish, risau pula aku dengar. Kau dapat bangun tak Syikin? Jom aku hantar pergi klinik. 

Syikin: Aku tak larat nak berjalan sekarang ni Iqa, serius aku rasa keadaan sekeliling macam berpusing, bila bangun aku jadi tak seimbang dan nak jatuh. 

Iqa: Entah-entah kau ni alami Vertigo tak? 

Syikin: Vertigo? Apa tu, tak pernah dengar lah. 

Iqa: Tak apa, kau rehat dulu, aku nak pergi bersiap lepas tu aku bawa kau pergi klinik. Nanti doktor boleh jelaskan apa itu vertigo kat kau. 
.
.
.
.

Siapakah yang mudah terdedah kepada Vertigo?


Vertigo meningkat dengan peningkatan umur dan adalah kira-kira dua hingga tiga kali lebih tinggi di kalangan wanita berbanding dengan lelaki.

  • Melibatkan 2.5% daripada penduduk umum (US) (Hain 2009)
  • 1 daripada 5 orang dewasa yang terlibat (Yardley 1998)
  • Gejala yang biasa bagi pesakit yang melebihi 65 tahun (65%)

Jenis-Jenis Penyakit Vertigo

  • Vertigo Ocularis; rasa berpusing-pusing akibat gangguan saraf di sekitar organ mata.
  • Vertigo nocturna; pesakit berasa seolah-olah akan terjatuh semasa hendak tidur.
  • Vertigo laryngea; tubuh rasa berpusing-pusing akibat daripada serangan batuk.
  • Vertigo epileptica; keadaan berpusing setelah mengalami serangan sawan.
  • Vertigo positional; serangan vertigo mendadak yang menyerang kurang dari satu minit. Pencetusnya seperti perubahan posisi kepala ketika seseorang itu berpaling ke belakang atau ketika berbaring, bangun dan berguling di tempat tidur.

PETANDA VERTIGO


gejala vertigo
Telinga kerap bunyi berdesing

gejala vertigo
Keadaan sekeliling terasa bergoyang

gejala vertigo
Badan berpeluh walaupun dalam keadaan rehat 

petanda vertigo
Terasa mual & muntah-muntah kerana pening

penyakit vertigo
Kepala terasa amat sakit

petanda vertigo
Keadaan sekeliling terasa berpusing laju

vertigo
Kedudukan badan terasa tidak seimbang


JIKA TERJADI SERANGAN VERTIGO

  • Anda cuba bertenang, baring dan berehat. 
  • Cuba pejamkan mata sambil ambil nafas dalam-dalam. Cari posisi yang selesa untuk berehat sama ada duduk atau berbaring.
  • Cuba meminta pertolongan sesiapa yang berdekatan. Bila terasa mual dan ingin muntah, teruskan sahaja.
  •  Jangan kerap melakukan gerakan secara tiba-tiba. Cuba berehat sepenuhnya.
  • Buka mata perlahan-lahan dan dalam gerakkan kepala dengan perlahan. Sekiranya masih lagi berasa pusing, berehat kembali pejamkan mata dan minta pertolongan untuk ke klinik.

Post a Comment