HTML

Thursday, February 25, 2016

'TIGA SALURAN ARTERI USTAZ KAZIM TERSUMBAT"


Ustaz Kazim kena serangan jantung
Marilah kita mendoakan kesihatan Ustaz Kazim 

Ustaz Kazim Berdakwah Tanpa Mengenal Penat


Jadual pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang sangat padat, selain memaksa beliau menjelajah ke seluruh negara bagi memenuhi jemputan orang ramai dipercayai menjadi punca beliau terpaksa dimasukkan ke hospital.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim tetap memenuhi setiap undangan diterima semata-mata ingin bertemu orang ramai tanpa pernah mengadu penat.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Ustaz Kazim yang hanya sempat menyampaikan ceramah kira-kira tujuh minit selepas mengadu penat dan sakit dada di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok. 




Dalam kejadian Jumaat lalu, Ustaz Kazim yang hanya sempat menyampaikan ceramah kira-kira tujuh minit selepas mengadu penat dan sakit dada di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok. 

Menerima rawatan Angiogram


Beliau di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di mana beliau pihak perubatan mengesahkan terdapat otot di bahagian jantung beliau mengalami luka. Beliau kemudiannya menjalani rawatan jantung ‎'Coronary Angiography'.

“Syukur ALLAH SWT mudahkan saya dengan sedikit ujian. Tiga saluran arteri saya tersumbat 99 peratus, 90 peratus dan ketiga 50 peratus. Ada dua lagi saluran arteri yg belum diletakkan ‘stent. Angiogram akan dibuat selepas jantung saya stabil"


[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Memahami rawatan Angiogram.....]


Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias meluahkan isi hatinya melalui kemas kini status di Facebook selepas rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita dirinya Jumaat lalu.

Beliau memberitahu ketika menerima serangan jantung di Kelantan, penceramah berusia 44 tahun ini merasakan itulah saat akhirnya di dunia ini dan beliau sudah pasrah sekiranya dijemput ALLAH SWT.


Kesihatan ustaz kazim bertambah baik
Meluahkan isi hatinya di laman FB

Berkongsi Keadaan Kesihatannya


Mohd Kazim berkongsi keadaan kesihatannya selain meminta maaf kepada semua pihak termasuk keluarganya.

“Semalam sekitar jam 1 petang saya sangat tidak selesa, penat sangat-sangat dada pedih dan berdebar dengan kuat. Sampi saat ini saya masih tidak boleh bercakap dgn baik, tersekat dan mudah penat bila bercakap,” katanya.

“Saya mengambil kesempatan di sini memohon maaf zahir dan batin, dunia dan Akhirat jika saya ada tersalah silap dengan saudara-saudara (dan) sahabat-sahabat sekalian"

“Buat anak-anak ayah minta maaf sebab sangat kurang masa kita bersama. Harap anak-anak ayah faham kerja dakwah ayah,” tulisnya

"Skrg sy kmbali di rawat di sebuah hospital di Ipoh, keadaan sy x brp baik.."


Pesan Ustaz Jangan Mengalah


"Buat staf n pelajar Al Barakah teruskn usaha selama ini, jgn mengalah jgn lemah semangat dan kalau jd apa2 pd sy jgn ditutup sekolah Al Barakah. Al Barakah adalah jiwa sy"

"Doakn sy ye.Tq semua doktor, nurse dan yg membantu n menziarah sy. Kalau sy panjang umur kita jumpa lg... Sy rindu dgn anda semua. .. Sy insan dhoif maafkan sy....."





Ustaz Kazim di HUSM
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob ketika di wad HUSM, Kubang Kerian


Berjanji akan lebih menjaga kesihatan


Ustaz Mohd Kazim kini sedang menerima rawatan lanjutan di Hospital KPJ Ipoh sejak Isnin lalu.

“Doktor mahu memastikan dia mendapat rehat cukup kerana tubuhnya masih lemah. Rehat itu paling penting"

Ustaz Kazim juga berjanji akan memberi lebih perhatian kepada kesihatanya.

Marilah kita mendoakan Ustaz Kazim agar beliau sihat seperti sediakala agar dapat meneruskan usaha dakwahnya disamping kekal menjaga kesihatan.




Anda mungkin meminati artikel ini



No comments: