HTML

Tuesday, February 23, 2016

"5 AMARAN" awal di alami Ustaz Kazim sebelum kena Serangan Jantung!

Ustaz kazim nerima rawatan
Datuk Ustaz Mohd. Kazim 

Serangan Jantung

Tanggungjawab untuk berdakwah melalui ceramahnya menyebabkan beliau sentiasa sibuk dan kurang berehat, namun peringkat permulaan serangan jantung cukup memberi kesan besar kepada Datuk Ustaz Mohd. Kazim Elias, 44 tahun berhubung penjagaan kesihatan.  

Berita penceramah bebas ini diserang sakit jantung ketika sedang memberikan ceramah di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, amat menggemparkan rakyat Malaysia. Sejurus itu beliau telah dikejarkan ke hospital Universiti Kubang Kerian. 

Kesihatan Datuk Ustaz Mohd. Kazim kini beransur pulih selepas menjalani rawatan angiogram dan beliau akan pulang ke rumahnya di Manjoi, Perak dengan menaiki helikopter selepas empat hari menerima rawatan akibat penat dan sakit dada. 


Ustaz Kazim serangan jantung
Berjanji fokus menjaga kesihatan

Menurut Ustaz Kazim, seminggu sebelum SERANGAN JANTUNG, beliau telah melalui tanda-tanda AMARAN seperti :-
  • Sakit Telinga
  • Sakit Belakang
  • Sakit Dada 
  • Tidak dapat tidur malam
  • Cepat penat ketika berceramah

Kini beliau berjanji akan memberi lebih fokus kepada kesihatan dan merancang semula jadual ceramah selepas ini. 

Sumber Utusan DISINI


Anda mungkin meminati artikel ini





No comments: