HTML

Sunday, February 21, 2016

Apakah Gejala Serangan Jantung?


serangan jantung
Serangan Jantung Boleh Berlaku Bila2 Sahaja

Serangan Jantung

Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba. Ia sering berlaku pada awal pagi ketika tidur, tetapi ia juga boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana saja, sama ada ketika melakukan aktiviti atau berehat.

Kira-kira 50% pesakit yang alami serangan jantung tidak mempunyai tanda awal. Bagi mereka, ini gejala pertama penyakit jantung koronari. Oleh itu, kita wajar mengetahui gejala Serangan Jantung iaitu :

  • Sakit di dada


Jantung sebenarnya terletak di bahagian tengah dada dan bukan di kiri, tetapi sakit dialami sering membabitkan keseluruhan dada.


sakit dada
SAKIT DADA

Simptom Sakit Dada


Ia seperti satu cengkaman kuat atau perasaan berat di dada. Ia kadangkala merebak ke bahagian atas dada hingga ke leher dan gusi atau ke tangan kiri atau kanan.

Antara simptom ketika sakit dada adalah :-
  • Sesak nafas
  • Berpeluh sejuk
  • Rasa lemah badan 
  • Pening
  • Sesak Nafas
  • Sakit dibahagian badan yang lain

Namun ada yang tidak mengalami gejala diatas. Malahan ada kes yang menghidap serangan jantung dihantar ke wad pembedahan kerana simptomnya yang ketara adalah sakit perut.

Ada sebahagian kes disebabkan sakit gusi tanpa rasa sakit di dada.

Bagi pengidap diabetes, seringkala tidak mengalami kesakitan di dada atau apa-apa simptom. Malahan kadangkala sukar untuk dikenalpasti sama ada gejala dialami adalah disebabkan serangan jantung terutama mereka yang tidak mengalami simptom klasikal.


simptom sakit jantung

Jika tidak pasti, segera ke hospital berdekatan. Usah bertangguh untuk menjalani pemeriksaan. Ingat, setiap masa sangat berharga dan jika dibiarkan, ia boleh merosakkan jantung dan mengorbankan nyawa.




Anda mungkin meminati artikel ini:-






No comments: