HTML

Monday, November 16, 2015

Serangan Jantung Tak DiDuga !


Azlan 37 tahun berada dalam keadaan riang gembira bersama keluarga. Beliau meraikan ulangtahun kelahiran anaknya apabila tanpa  terduga sesuatu berlaku. Secara tiba-tiba Azlan mengadu sakit dada, dia merasakan badan semakin lemah serta peluh dingin berlebihan. Degupan jantung Azlan semakin laju, nafas terasa sesak.....Apakah yang berlaku kepada Azlan?

Serangan Jantung!



serangan jantung-sakit dada


Lewat ini, serangan jantung tidak lagi mengenal usia. Sakit jantung boleh terjadi pada bila-bila masa. Kita sangkakan diri kita sihat sebenarnya punyai peluang 50-50 mendapat penyakit jantung!.

Serangan jantung berlaku kepada Azlan apabila darah tidak sampai ke otot jantung. Ia berlaku secara tiba-tiba dan menutupi seluruh arteri lalu menghalang perjalanan darah. Otot jantung yang terbabit akan mengalami kerosakan, ia mengakibatkan jantung terhenti.


Kematian akan terjadi apabila jantung terhenti sekitar 10-20 minit. Pada waktu tersebut, otak dan sebahagian besar sel-sel dalam tubuh mati. Berhadapan dengan seseorang yang jantung  terhenti seumpama berperang dengan waktu. Semakin cepat pertolongan diberikan, semakin besar harapan mereka untuk hidup.




sakit jantung-jantung tehenti
TEKNIK CPR

Keadaan jantung  terhenti sebenarnya tidak selalu berakhir dengan kematian, ia masih mampu diselamatkan. Jika Anda pernah melihat atau mungkin menonton di layar tv menunjukkan doktor mengepam dada seseorang yang terbaring kaku seolah sudah meninggal, maka itu adalah teknik CPR untuk “menghidupkan” kembali orang yang baru saja mengalami jantung terhenti!

Pertolongan Pertama!

Teknik ini boleh dilakukan ditempat awam sekiranya paramedik belum tiba di tempat kejadian. Di negara Barat, teknik mengepam jantung ini sebenarnya ditunjuk ajar kepada awam.


Mengepam Jantung


sakit dada-sakit jantung

1. Letakkan pangkal tapak tangan di pertengahan dada
2. Letakkan tangan yang lain di atas tapak tangan yang satunya
3. Kompres atau tekan dada dengan laju minimal 100 kali per minit, kedalaman 5 cm dan secara berulang
4. Lakukan selang setiap 2 minit.

Teknik Mengepam Jantung

Teknik mengepam jantung boleh dilakukan dengan segera, dan dengan teknik yang betul, dapat “menghidupkan” seseorang, dalam erti kata jantungnya akan kembali berdetik. 

Namun ramai yang tidak tahu bagaimana mahu melakukan terutama apabila ketika anggota keluarga terkena serangan jantung dan jantung terhenti secara tiba2.

Kelewatan inilah yang menjadi penyebab peningkatan angka kematian akibat Serangan Jantung dan Jantung Terhenti!.

Dapatkan rawatan dengan herba penawar jantung DISINI




Anda mungkin meminati :






No comments: